Izinkan ku undur diri

Izinkan ku undur diri

Undur diri - bukan mengalah, bukan menyerah


Dalam kehidupan kita, keputusan yang sukar di buat ialah undur diri.

Ia memberi pengertian yang berbeza mengikut situasi yang berbeza.


Keputusan mengubah perjalanan


Bila kita berkata mengenai undur diri ini, apa yang mengaitkan dengan kekecewaan, kekalahan, putus asa dan sebagainya.

Kebanyakan persepsi mengenai undur diri ini berkaitan dengan pemikiran dan tingkah laku negatif.

Sebenarnya, dalam kehidupan ini, tidak semestinya apa yang kita rancang itu benar. Dan tak semestinya apa yang kita tak rancang tidak benar. Kita tidak boleh berjalan di atas satu jalan sahaja. Kita boleh pilih pelbagai jalan yang ada di sekeliling kita.

Dalam kehidupan kita ini, ada banyak jalan yang kita tidak nampak. Setiap jalan ada liku-liku tersendiri. Sama ada kita kuat atau tidak untuk memilih jalan-jalan tersebut. Jika kita tidak kuat, pastinya kita akan berpatah balik.

Yakin dan istiqomah


Setiap pilihan kita semestinya ada baik dan buruknya. Hal ini di kenali sebagai kos melepas ataupun di dalam bahasa inggerisnya opportunity cost.

Kos melepas ini boleh di takrifkan jika di beri pilihan untuk pilih A, B dan C. Jika kita pilih A, kita tak kan dapat B dan C. Begitulah seterusnya.

Jadi, jika kita tekad memilih jalan yang lain, kita perlu kuat, yakin dan istiqomah.

Kita jangan terlalu cepat berputus asa. Seperti kata pepatah inggeris "every cloud has its silver lining".

Walaupun kita susah melalui jalan yang kita lalui, pastinya ada sesuatu yang baik di sebaliknya. Jangan cepat berputus asa, tetapi haruslah kita yakin dan sentiasa beristiqomah dengan jalan yang kita pilih. Insya allah, kejayaan bersama kita

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.