">

Ego kita bermula dari tandas

/
1 Comments

Ego kita bermula dari tandas


Siapa setuju dengan kenyataan ini? Kenapa Abe We berkata begitu? Walaupun mungkin ada yang tidak setuju, tapi percayalah kebanyakan kita seperti itu.


Bagaimana kita menggunakan tandas


Jika di perhatikan, cuba kita lihat bagaimana seseorang itu menggunakan tandas. Dari mula dia masuk hingga dia keluar.


Adakah seseorang itu dari mula dia masuk sehingga dia keluar, dia menggunakan tandas dengan sebaiknya?

Atau kita lihat diri kita sendiri, bagaimana kita menggunakannya.

Baiklah, kita ambil contoh selepas kita selesai menggunakan tandas, adakah selepas itu kita kemaskan tandas itu?

Ada yang tak flush, ada yang paip di biarkan jatuh dan itu menunjukkan diri kita sebenarnya.

Kita merasakan diri kita bersih sehingga membiarkan paip terjatuh di lantai. Ada juga yang menggunakan tisu, di campak begitu sahaja.

Tidakkah kita sedar akan sikap pentingkan diri kita itu.

Lebih teruk lagi mereka yang tidak flush. Membiarkan sahaja dengan menyatakan ini kerja orang lain.

Sepatutnya, tandas yang sekecil itu kita jaga bersama. Nampak sahaja ianya kecil, ia melambangkan diri kita sebenarnya.

Bila tandas itu kotor, tersumbat, berbau, pandai pula kita komplen. Cakap cleaner tak cuci lah, maintenance lambatlah, tetapi sebenarnya sikap kita sendiri yang menyebabkan perkara itu berlaku.

Setuju?




SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!


Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35


Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra





You may also like

1 comment:

  1. Yup...kejam yang terpencil...kejam selalu dinilai bila nampak secara terang terangan mencederakan,menyeksa...tapi orang lupa bila tak bertanggungjawab jaga kebersihan tandas juga kejam..

    ReplyDelete