">

Jangan Sebar Berita Tanpa Periksa di Mana-mana Media Sosial.

/
3 Comments

Periksa berita yang hendak di sebar dahulu


Pagi ni, terkejut Abe We bila dapat mesej dalam satu group Whatsapp yang mengatakan 13 December ni public holiday.



Abe We pun pelik. Di hantar oleh orang yang mempunyai kedudukan dalam sebuah organisasi yang berkaitan dengan hal-hal pekerja baik dari segi kebajikan dan sebagainya.

PUTRAJAYA 06 Dis. – Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V, akan diadakan pada Selasa, 13 Disember ini di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, sempena istiadat tersebut kerajaan mengisytiharkan 13 Disember sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.
‘‘Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,” kata kenyataan itu di sini hari ini.
Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang telah tamat tempoh pemerintahan.
13th Dec 2016 will be a National Public Holiday.
Betapa kita ni mudah untuk menyebarkan sesuatu berita tanpa periksa. Bila orang cakap bab cuti, cepat-cepat kita sebarkan. Dah malas nak kerja ke apa? Nak cuti je kerjanya.

Lalu, Abe We pun semak lah di Utusan Malaysia di sini http://www.utusan.com.my/berita/terkini/tiada-cuti-umum-tambahan-pada-13-disember-1.417289


Bayangkan apa yang orang akan fikir tentang kita. Kita mempunyai satu jawatan yang penting dalam syarikat. Tapi menyebarkan berita yang tak tahu kesahihannya.

Bila di semak, tiada pun cuti.

Dia sendiri sebar, dan dia sendiri kata hoax.

Ingat, sebelum kita sebar, kita semak dulu. Jangan memandai sebar tanpa usul periksa.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra




You may also like

3 comments:

  1. Sekarang ni semuanya sangat mudah tersebar..dengan 1 klik sahaja pun kadang menjadi masalah besar..oleh itu jangan sewenang wenangnya menyampai sesuatu yang tidak sahih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PC. mana boleh suka suka send msg yg xsohih

      Delete
  2. Setuju sgt. Periksa dlu & jgnlah terus sharing

    ReplyDelete