BIODATA RASULULLAH S.A.W

BIODATA RASULULLAH S.A.W

BIODATA RASULULLAH S.A.W



BIODATA RASULULLAH S.A.W
sumber Google


πŸ–Œ *Nama* : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim.

πŸ–Œ *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

πŸ–Œ *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
πŸ–Œ *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
πŸ–Œ *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
πŸ–Œ *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
πŸ–Œ *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
πŸ–Œ *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

🎈 *USIA 5 TAHUN*

πŸ’“ Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

🎈 *USIA 6 TAHUN*

πŸ’“ Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

🎈 *USIA 8 TAHUN*

πŸ’“ Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

🎈 *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

πŸ’“Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
πŸ’“Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

🎈 *USIA 20 TAHUN*

πŸ’“Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

πŸ’“Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

🎈 *USIA 25 TAHUN*

πŸ’“Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

πŸ’“Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

πŸ’“Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

πŸ’“Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

🎈 *USIA 35 TAHUN*

πŸ’“Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

πŸ’“Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

πŸ’“Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

🎈 *USIA 40 TAHUN*

πŸ’“Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

🎈 *USIA 53 TAHUN*

πŸ’“Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

πŸ’“Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

🎈 *USIA 63 TAHUN*

πŸ’“Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


πŸ’š Khadijah Binti Khuwailid.
πŸ’šSaudah Binti Zam'ah.
πŸ’šAisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
πŸ’šHafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
πŸ’šUmmi Habibah Binti Abu Sufyan.
πŸ’šHindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
πŸ’šZainab Binti Jahsy.
πŸ’š Maimunah Binti Harith.
πŸ’š Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
πŸ’š Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


1.πŸ’œ Qasim
2.πŸ’œAbdullah
3.πŸ’œ Ibrahim
4. πŸ’œZainab
5.πŸ’œ Ruqaiyah
6.πŸ’œUmmi Kalthum
7.πŸ’œFatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW


πŸ’™Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
πŸ’ž  "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga" (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„Ω‰ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ’Ω„Ω‡ ΩˆΨ§Ψ΅Ψ­Ψ§Ψ¨Ω‡ ΩˆΨ³Ω„Ω…

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

🎯 *KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*

πŸ’“Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat

πŸ’ž Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
πŸ’žAku melihat cahaya dari lidahnya.
πŸ’ž Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
πŸ’ž Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
πŸ’žRasulullah umpama matahari yang bersinar.
πŸ’ž Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
πŸ’ž Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
πŸ’ž Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
πŸ’ž Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
πŸ’ž Wajahnya seperti bulan purnama.
πŸ’ž Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
πŸ’žUrat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
πŸ’ž Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
πŸ’ž Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
πŸ’žHidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
πŸ’žMulut baginda sederhana luas dan cantik.
πŸ’ž Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
πŸ’žApabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
πŸ’žJanggutnya penuh dan tebal menawan.
πŸ’žLehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
πŸ’ž Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
πŸ’žKepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
πŸ’žRambutnya sedikit ikal.
πŸ’ž Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
πŸ’ž Rambutnya terbelah di tengah.
πŸ’žDi tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
πŸ’žDadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
πŸ’žSeimbang antara kedua bahunya.
πŸ’žPergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
πŸ’žTapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
πŸ’žPerut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
πŸ’ž Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
πŸ’žTerlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
πŸ’žWarna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
πŸ’žWarna putihnya lebih banyak.
πŸ’žWarna kulit baginda putih kemerah-merahan.
πŸ’žWarna kulitnya putih tapi sihat.
πŸ’žKulitnya putih lagi bercahaya.
πŸ’ž Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
πŸ’ž Badannya tidak gemuk.
πŸ’žBadannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
πŸ’ž Perutnya tidak buncit.
πŸ’ž Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


2 comments

avatar

nice sharing abe ewan.

Balas
avatar

nice sharing. salam jumaat

Balas

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.