Kenapa perlu tonton Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

/
10 Comments

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng bermain dengan emosi


Siapa dah tengok Upin Ipin Jeng Jeng Jeng? Best tak?

Ya, memang terhibur kalau tengok Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni. Penuh dengan emosi.


Kelmarin, dapatlah Abe We bawa Danish tengok antara cerita kartun kegemarannya. Dah janji dari hari Selasa lagi. Asyik lah dia dok tanya. Bila nak pergi.


Tengoklah tu. Senyum kemain lagi. Suka sangat. Mana taknya, makan pun dah, minum susu pun dah. Lagi la senang hati dia tengok Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.


Selain dari preview malam tadi, ada juga performance dari Yubi band yang menyanyikan lagu tema Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ni.

Review Upin Ipin Jeng Jeng Jeng


Secara keselurahannya cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng memang terbaik. Penuh emosi. Cuma di sebabkan Danish duduk sebelah, kena la cover sikit. Kan? Cover macho sikit.

Secara keselurahannya cerita ini akan membuatkan kita bermain dengan perasaan. Memang penuh pengajaran cerita ni. Ada satu babak akan membuat kita rasa nak menitiskan air mata. Ada babak lain pula akan membuatkan kita rasa marah, geram.

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini berkisarkan kisah Akish dan rakan-rakannya yang merupakan anak yatim piatu yang tinggal bersama Noreen lakonan Sara Ali di satu rumah yang di bina khas oleh ayahnya Hj Marzuki lakonan Dato' Rahim Razali.
Upin dan Ipin mula muncul apabila Akish yang meminati kembar berdua itu muncul setiap kali Akish mempunyai masalah dan memerlukan bantuan si kembar ini. 
Kegembiraan mereka mula berubah sedih apabila Noreen mulai tidak mampu menanggung semua perbelanjaan harian mereka.
Dan lebih menyedihkan lagi apabila Abang Jahat @ Zahar lakonan Gambit mula menyerang Noreen untuk mendapatkan tanahnya di situ yang mana tanah itu merupakan tanah perjanjian antara Hj Marzuki dan ayahnya.
Noreen yang tertekan dengan situasi itu mula memikirkan cara-cara untuk menyelamatkan rumah itu namun gagal.
Kehadiran Awie lakonan Awie dan Bo lakonan Remy Ishak banyak membantu masalah yang di hadapi Noreen. Tapi bagaimana Awie dan Bo menyelamatkan Noreen? Sama-sama kita tonton di wayang ye.


Sara Ali membawakan watak utama selepas Akish, Upin dan Ipin yang bermain dengan perasaan.



Watak Awie dan Bo menceriakan lagi filem ini dengan gelagat mereka yang kelakar.

Jom sama-sama kita tonton Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ini. Sememangnya kesan grafik dia sangat TIP TOP!!!!!!!!

Watak Upin dan Ipin sangat padu dan seakan seperti realiti. Tiada kesalahan grafik boleh di lihat.




SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra




You may also like

10 comments:

  1. adoi. disebabkan filem inilah, anak sulung saya asyik tanyakan benda yang sama. ingat esok nak kena bawa juga dia tengok filem ni. kalau tak memang dia akan tanya sepanjang masa. hehehhe.

    http://www.ceritaejoy.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi. best. tapi bukan sepanjang masa upin ipin ada

      Delete
    2. tak jadi pergi sebenarnya. sebab banyak baca blogger review, watak upin ipin tak banyak keluar, jadi anak-anak bosan. mereka datang sebenarnya nak tengok kartun kegemaran mereka tu. ish..

      Delete
    3. Mungkin anak bawah 3 tahun kurang sesuai.

      Delete
  2. InshaAllah dalam senarai ni..nak tengok juga.. :)

    ReplyDelete
  3. wuih best la dpt tgk yubi band live. nk tgk tapi dh balik klantan. haha so tnggu download je

    ReplyDelete
  4. smlm suami dh pegi tgk bwk ank sulung..best dorg kate

    ReplyDelete