Tips Jimat Elektrik di Rumah

Tips pemilihan peti sejuk jadi ukuran


Kalau bercerita mengenai bil elektrik rumah, mesti ada yang pening kepala. Betul tak?



Memang bil elektrik ni memainkan peranan penting. Mana taknya, bagi yang berkerja di bandar, keluar rumah awal pagi. Sampi rumah dah malam. Biasanya ada yang sampai rumah pukul 9 atau 10 malam.

Balik rumah pun untuk tidur je. Dekat rumah memang ada air-cond. Tapi sebiji je. Buka air-cond pun dari pukul 11.00 malam sampai 6.00 pagi. Bukan lama pun.

Tapinya, bil elektrik bulan-bulan sampai RM200. 

Tu yang pening tu. Kenapa ye sampai RM200. Itulah yang selalu jiran Abe We cakap.

Pemilihan barang elektrik yang mempunyai Inverter


Zaman sekarang ni, kebanyakan barang elektrik di lengkapi sistem Inverter yang mampu menjimatkan penggunaan elektrik.

Contohnya, air-cond yang mempunyai sistem inverter.

Untuk menggunakan air-cond inverter ni, kita haruslah hidupkan atau on kan air cond kita lebih 6 jam barulah sistem inverter tu berfungsi dengan baik. Memang semua sistem inverter air-cond perlu di on kan lebih 6 jam. Kalau kita pakai kurang dari waktu tu, dia umpama air-cond tanpa inverter.

Abe We selalu on air-cond sampai 12 jam terutama weekend. Hahahaha...

Kenalpasti barang elektrik yang sentiasa beroperasi 24 jam


Agak-agak lah kan, apakah barang elektrik yang sentiasa on 24 jam dalam rumah?

Sudah tentulah peti sejuk. Betul tak? Setakat lampu, kalau pakai lampu LED sekalipun, berapa jam dan berapa banyak tempat kita nak buka waktu malam kan?

Jadinya, peti ais penyumbang terbesar kepada penggunaan elektrik di rumah kita.

24 jam, 7 hari 1 minggu tu. Tak pernah berhenti. Jadinya, bagi sesiapa yang belum membaca Tips Membeli Peti Sejuk dari Abe We ni, Abe We nak recap atau nak ingatkan semula.

Tips membeli peti sejuk


1. Penggunaan elektrik yang rendah. 


Pilih peratusan penggunaan elektrik yang paling rendah. Setakat ni hanya Hitachi sahaja yang mampu memberi 55% kurang tenaga. Kalau boleh dapatkan yang lebih rendah dari Hitachi, boleh share dengan Abe We.



2. Kenalpasti sistem Inverter


Setakat ni lah, atas survey yang Abe We jalankan, ada 2 jenis Inverter untuk peti ais:-

1. Digital Inverter

Digital Inverter ni, apa yang di beritahu oleh Abe We, ia hanya merangkumi sistem lampu dalam peti sejuk itu sahaja. Bukan keseluruhan sistem peti sejuk. Antara produk yang mempunyai sistem ini ialah Samsung. Walaupun design dia grand, tapi dari segi penggunaan elektrik tidak begitu baik

2. Inverter x Dual Fan Cooling

Anda boleh membuat pilihan samada Hitachi ataupun Sharp. Tapi apa yang di beritahu, Hitachi lebih baik lagi. Dan sebentar tadi, Abe We ada lah buka website Sharp dan di katakan penggunaan elektrik peti sejuk mereka sehingga 77%. Apa-apa pun, kita perlu menyemak seperti gambar di atas ni. Jangan hanya bergantung kepada apa yang di beritahu di laman web mereka sahaja.




p/s : saya bukan sales person Hitachi. Hihihii

SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Tips Jimat Elektrik di Rumah"

Owh yeke? LeYa baru tahu..
Tapi LeYa jimat elektrik dengan menggunakan Pantyliner Bio Seleza. Memang betul2 dapat kurangkan elektrik sbb LeYa dah cuba.. Bil LeYa bulan ni xbergerak.. RM32.20 sama dgn bulan lepas.. Rumah pun ade air cond 1. Kalau nak tahu Pantyliner Bio Seleza boleh WA LeYa 017-6321680

macam mana nak buat tu? macam berminat pulak nak tau kaedah baru ni

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF