Terima Kasih Bateriku.com Putrajaya

Bateriku.com beri servis terbaik


Siapa pernah berurusan dengan Bateriku.com?

Ni first time Abe We gunakan khidmat Bateriku.com.


Ceritanya, Jumaat lepas kereta Viva mama harraz baterinya kong. Elok je pula tu. Habis waktu kerja, bateri pun kong. Dah la guna bateri sel basah. Terpaksa lah Abe We pergi kedai aksesori kereta untuk cari air bateri.

Bila dah beli air bateri dan jump bateri Abe We, kereta dah boleh hidup. Happy la kita kan. Dah tambah air bateri, dah boleh start, ingatkan terus kekal lama.

Sekali, balik je dari Penang, pagi Isnin tu ingat nak bawa kereta viva tu. Sekali start, tak mau hidup da....

Abe We pun pergi kerja naik la kereta Porsche buatan tempatan. 

Tengah hari tu Abe We pun whatsapp la Bateriku,com di 012-245 8027. Lalu pihak Bateriku.com pun suggest la beberapa jenama antara:-
  1. Shogun (Wet) - RM135. 1 year warranty;
  2. Amaron GO (Maintenance Free) - RM190. 18 months warranty;
  3. Amaron Hi-Life (Maintenance Free) - RM250. 30 months warranty.
Maintenance Free di atas bermaksud bateri sel kering. Senang bateri ni. Tak payah nak top-up air bateri. Sebab lupa top-up air bateri la kereta viva tu kong baterinya.

Bateri Amaron Go 


Setelah sessi berfikir secara rawak, Abe We pun pilih la bateri Amaron Go (MF) yang berharga RM190. Amaron Go ni ialah bateri buatan India. Dalam website dia ada sebut bateri ni bateri nombor 1 di India. 


Sebelum tu, Abe We ada juga buat survey dekat kedai bateri. Tengok jenama dan harga bateri lain. Antara jenama dan harga bateri lain ialah:-
  1. Niko - RM150 (harga offer)
  2. Yokohama - RM190. 12 bulan warranty
  3. Lupa nama bateri tu. Tapi harga dia RM190 dan 12 bulan warranty
Setelah temujanji di buat, runner Bateriku.com pun datang pada pukul 7.10 malam. Kalau ikutkan dia akan datang antara pukul 6.30 - 7.00 malam. Tapi oklah kan? Lambat sikit je. Lagipun kita tak payah pening-pening cari bateri di kedai dan tak perlu menempuh kesesakan lalu lintas.


Sesiapa yang hadapi masalah macam ni, call terus je bateriku.com. Tak payah susah-susah cari bateri dekat kedai lain.

Sementara dia datang tu, boleh lah ngeteh dulu. Hihiii



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Previous
Next Post »
2 Komentar untuk "Terima Kasih Bateriku.com Putrajaya"

Cantik bateri kaler hijau tu..

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF