Nasi Ganja Ipoh

Pertama kali makan nasi ganja ipoh


Bila sebut nasi ganja pasti ramai di antara kita yang pernah makan. Terutama mereka yang berada di sekitar Ipoh.

Inilah pertama kali Abe We makan nasi ganja ni walaupun 3 tahun duduk dekat Seri Iskandar, Perak.

Nasi Ganja Ipoh

Mana taknya, zaman belajar dulu, tekak ni bukan nak makan sangat. Lagi pun dulu-dulu Abe We memang tak berapa suka sangat makan nasi kandar ni.

Bila dah meningkat dewasa ni, barulah teringin makan itu ini. So sempena Treasure Hunt ke Penang hujung minggu lepas, kami berempat pun singgah lah di Ipoh. Dah lapar sangat masa tu.  Memang teringin pun nak makan nasi ganja ni. Masing-masing baru sekali dua je makan.

Nasi Ganja Ipoh

Sesampai dekat restoran ni, memang ramai orang yang makan. Tapi mujur kami cepat sikit. Masa tu lagi beberapa minit nak pukul 12 tengah hari. So kami pun tak perlu tunggu lama untuk mendapatkan meja.

Apa yang kami order simple je. Nasi, ayam dan semangkuk sotong. Lagipun masa ni tak lah lapar bebenor. Lapar juga lah. Tapi makan banyak ni pun dah cukup.

Nasi Ganja Ipoh

Nampak sedap kan?

Nasi Ganja Ipoh

Apa yang paling best sekali ialah kuah kari dia. Pekat betul. Ate, teman suka bebenor makan kari pekat gitu. Memang feel bebenor la. Selamatlah tak berapa lapar sangat. Kalau tak, mau tambah lagi 1 pinggan.

Lokasi nasi ganja ipoh

Bagi yang tak tahu di mana tempatnya, tempatnya tertera seperti di bawah ni. Lagi senang kalau kita pakai Google Maps dan taip Nasi Ganja. Nanti keluarlah direction ke tempat tu.





SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Previous
Next Post »
6 Komentar untuk "Nasi Ganja Ipoh"

sy yg duduk Sabah ni lagilah tak pernah dengar.. mesti sedap ni

Haha abe we baru cecah kedewasaan.. hemm patutla nampak mcm hadik2 je.. jgn marah na nt abg lee payung mkn ganja. Ok

Wah...boleh cuba ni...jangan kemaruk sudah lepas makan..

dulu ingat nasi ganja ni ada ganja ke dalam dia..hehee

Lama dah mengidam nak makan nasi ganja nie..
Bila la nak sampai nie..

Posting terbaru AM
PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN HABBATUS SAUDA


Ikhlas dari
AlongMisuari.com

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF