Hemp oil selamat sampai di tangan





Terima Kasih DHL dan Kastam Malaysia


Alhamdulillah...

Selamat juga hemp oil ni sampai ke tangan. Cuak juga Abe We bila kena tahan kastam. Dalam 4-5 hari jugalah.

Hemp oil malaysia

Setiap masa Abe We check tracking dari DHL.

Sesampai sahaja barang tu di Subang Airport, Kastam akan check dulu. Abe We memang biasa beli barang di iHerb. Selalu beli supplement yang memang akan lepas. Tetapi kali ni kita try and error untuk beli supplement yang agak mencabar sikit.

Barang ni sampai Jumaat lepas. Tapi sebab Danish muntah-muntah, Abe We pun EL la.

Dan pagi ni, sampi je ofis, cepat-cepat Abe We tengok atas meja. Wahhh.......

Hemp oil malaysia

Tak sabar nak buka. Dan tak sabar juga tengok surat dari kastam. Hahahaha....Takut kena bayar je dekat kastam.

Dan bila buka plastik tempat dia letak surat tu, alhamdulillah, tiada apa-apa bayaran kena bayar.

Hemp oil malaysia

Mungkin kastam perlukan penjelasan dari pihak pengilang. Dan DHL telah membantu dalam menyelesaikan masalah itu. Abe We duduk diam saja. kikikiiii.....

Cara minum Hemp Oil

Cara minum hemp oil ni senang sahaja. 1 sudu besar, 2 kali sehari.

Rasa Hemp Oil

Nak tahu rasa hemp oil ni?

Buka je botol dia, bau dia agak kuat juga.

Lepas tu, Abe We ambil la sudu besar. Tuang ke dalam sudu dan masukkan ke dalam mulut.

Rasa dia..........

Macam minyak zaitun!!!! Pergkhhh....Lagi kuat dari minyak zaitun! Memang tak lalu kalau nak minum setiap hari.

Kebaikan Hemp Oil


Hemp oil malaysia

Tu ha, boleh baca dekat gambar. Punyalah malas nak taip kan. Hahaha....

Kandungan Hemp Oil


Hemp oil

Harga Hemp Oil


Ohhh, hampir lupa pula. Bagi yang nak tahu harga hemp oil ni, harganya dalam RM30.98 sebotol. Campur postage RM50.17. Tolak pula diskaun RM20.91.

Total semua sekali RM60.24.

Murah la tu.



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Amy J
AUTHOR
11 October 2016 at 18:35 delete

hemp oil tu. tanya kawan-kawan semua tak tahu pebenda hemp tu. hee

Reply
avatar
wayne harraz
AUTHOR
13 October 2016 at 12:21 delete

hihihi....kalau yang nakal sikit biasanya diorang tau.

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.