">

Harga Mounting Kereta Viva

/
4 Comments

Mounting Kereta Viva Murah Di Dengkil


Salam Jumaat Semua. Semoga sihat hendaknya hari ni.

Ok, kali ni Abe We nak cerita sedikit pasal kereta. Kalau nak ikutkan, Abe We ni bukan lah tau sangat pasal kereta walaupun masa sekolah teknik dulu ambil jurusan Automotif.

Harga Mounting Kereta Viva

Capture Garage Dengkil beri harga servis yang murah


Capture Garage merupakan bengkel servis kereta pilihan Abe We. Dah 3 tahun rasanya Abe We melanggan di bengkel ni. Di samping itu, bengkel ni bengkel bumiputera. So, kita tolong sesama kita la ye.

Kereta Mama Harraz ni dah 9 tahun berkhidmat. Bila dah 9 tahun tu, macam-macam bunyi dan gegar ada. Yang paling terasa ialah stereng dan dashboard.

Bila bahagian stereng dan dashboard bergegar semasa bergerak, besar kemungkinan mounting kereta dah haus.

Mounting bertugas untuk menyerap gegaran enjin. So, bila encik mounting ni dah sampai tahap monopaus, terpaksa la kita tukar. Abe We dengar, kalau tukar mounting ni mau jejak RM1,000.00.

Bila fikir gitu, memang gigil poket dan akaun bank. So, Abe We tanya lah dulu bengkel Capture Garage ni. Boss dia nama Awang. Orang ganu kite. Bagus budaknya. Jujur.

Harga yang di berikan oleh Awang ni ialah:-

Harga Mounting Kereta Viva

Harga Mounting Viva

Harga yang di berikan oleh Awang ada 3 iaitu Original (RM690), 2nd gred (RM430) dan low gred (RM295).

Abe We ambil yang original sebab ia lebih tahan lama. Ok sangatlah harga servis dari Capture Garage ni.

Sesiapa yang duduk berdekatan Putrajaya, Cyberjaya atau kawasan yang berdekatan dengan Dengkil, boleh pergi ke bengkel ni.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic


You may also like

4 comments:

  1. wow terbaik tu. moga entri ni jadi solusi kat orang yang nak cari mounting viva murah kat dengkil

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ada boss. Ni nombor dia. Awang - 012-9725634

      Delete