">

Converse Holiday Nude Collection guna campuran kulit babi dan lembu

/
0 Comments

Tak jadi nak beli Converse Holiday Nude Collection


Hahaha...nak gelak bila teringat cerita nak beli kasut Converse ni.

Abe We memang bukan peminat kasut Converse. Pernah pakai sekali je seumur hidup. Tapi sayangnya masa kerja di Johor dulu, kasut tu kena curi. Lepas tu memang dah takde nak pakai lagi lah.

Abe We peminat tegar kasut Adidas. Tapi di sebabkan design sekarang ni yang tak berkenan dek mata memandang, Abe We selesa berselipar sahaja. Hatta ke shopping mall sekalipun. Wakakaka....

Converse Holiday Nude Collection

Mama Harraz nak belanja Converse Holiday Nude Collection

Bila Mama Harraz mula menggoda Abe We dengan kata-katanya berkenaan kasut ni. Abe We mula-mula buat-buat tak dengar. Lepas dah lama sikit godaan tu macam tak jadi, Abe We tanya balik setelah Abe We search dekat Google.
Kasut yang ni ke mama?
Terus Mama Harraz kata
Aah. Yang ni. Cantik kan warna pink ni?
Setelah sessi borak-borak dan sessi pertanyaan harga, Abe We pun macam setuju juga lah nak beli kasut ni. Tapi kasut ni tak masuk market Malaysia lagi. Kena pre-order.

Tapi bila malam sabtu haritu Abe We buka Facebook, ternampaklah bahawa ada yang mengatakan kasut ni guna kulit babi.

Lantas, sepantas kilat Abe We segera direct message page Converse dan ini jawapan mereka:-

Converse Holiday Nude Collection

Dan dari jawapan dari Converse sendiri, sahlah bahawa tak payah beli kasut ni. Hahahah....

Kempunan.................


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic


You may also like

No comments: