Breaking


carian di sini



Monday, 31 October 2016

11:25:00

Converse Holiday Nude Collection guna campuran kulit babi dan lembu

Tak jadi nak beli Converse Holiday Nude Collection


Hahaha...nak gelak bila teringat cerita nak beli kasut Converse ni.

Abe We memang bukan peminat kasut Converse. Pernah pakai sekali je seumur hidup. Tapi sayangnya masa kerja di Johor dulu, kasut tu kena curi. Lepas tu memang dah takde nak pakai lagi lah.

Abe We peminat tegar kasut Adidas. Tapi di sebabkan design sekarang ni yang tak berkenan dek mata memandang, Abe We selesa berselipar sahaja. Hatta ke shopping mall sekalipun. Wakakaka....

Converse Holiday Nude Collection

Mama Harraz nak belanja Converse Holiday Nude Collection

Bila Mama Harraz mula menggoda Abe We dengan kata-katanya berkenaan kasut ni. Abe We mula-mula buat-buat tak dengar. Lepas dah lama sikit godaan tu macam tak jadi, Abe We tanya balik setelah Abe We search dekat Google.
Kasut yang ni ke mama?
Terus Mama Harraz kata
Aah. Yang ni. Cantik kan warna pink ni?
Setelah sessi borak-borak dan sessi pertanyaan harga, Abe We pun macam setuju juga lah nak beli kasut ni. Tapi kasut ni tak masuk market Malaysia lagi. Kena pre-order.

Tapi bila malam sabtu haritu Abe We buka Facebook, ternampaklah bahawa ada yang mengatakan kasut ni guna kulit babi.

Lantas, sepantas kilat Abe We segera direct message page Converse dan ini jawapan mereka:-

Converse Holiday Nude Collection

Dan dari jawapan dari Converse sendiri, sahlah bahawa tak payah beli kasut ni. Hahahah....

Kempunan.................


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Friday, 28 October 2016

16:13:00

Ingin cari rumah pertama? Daftar segera di Rumawip

Rumawip sediakan rumah murah bantu pembeli pertama


Nak cari rumah murah sekarang ni memang sukar. Lagi-lagi bagi yang baru nak mulakan hidup. Rata-rata semua rumah sekarang ni di jual dari harga bermula dari RM350,000.00.

Tapi pernah tak kita dengar tentang Rumawip?

Rumawip

Apa itu Rumawip


Rumawip ada singkatan kepada Dasar Rumah Wilayah Persekutuan. Ruwawip juga menawarkan harga rumah yang mampu dimiliki oleh pembeli rumah pertama.

Harga Rumah Rumawip


Harga yang di tawarkan dari serendah RM190,000.00 sehinga RM300,000.00. 

Lokasi Rumah Rumawip


Lokasi rumah Rumawip ialah di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Cyberjaya.

Setakat ini Kuala Lumpur mendahului senarai rumah dan di ikuti Labuan. Namun di Putrajaya masih belum ada.

Rumah yang di tawarkan juga berbentuk rumah apartment.

Rumawip

Rumawip

Syarat-syarat miliki Rumawip


Rumawip

Info Tambahan


Bagi yang tidak pernah duduk di rumah apartment, adalah di ingatkan bahawa selain bayaran bulanan rumah, akan ada lagi beberapa tambahan bayaran bulanan seperti maintenance fee dan mungkin juga bayaran kepada JMB (Joint Management Body). (Maaf Abe We pun tak pernah duduk lama di apartment ni. Tapi maitenance fee tu memang ada)


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Thursday, 20 October 2016

13:38:00

Baru 4 tahun tapi boleh bercakap 7 bahasa

Bella, 4, mahir bertutur 7 bahasa


Angelina Bella Devyatkina dari Moscow berusia 4 tahun, mahir bercakap tujuh bahasa: Rusia, Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol, China dan Arab. Selepas uji bakat di televisyen untuk menunjukkan bakat "amazing people", gadis itu menjadi terkenal. Satu klip video daripada "amazing people" telah disiarkan di halaman "Vesti" Facebook, dan dalam masa sehari ia menjadi viral.

Angelina Bella Devyatkina

Dalam rancangan televisyen itu, Bella Devyatkina menunjukkan kefasihan dalam enam bahasa asing. Beliau diminta soalan yang berbeza dalam pelbagai bahasa dan gadis itu menjawab dengan mudah. Sementara sebahagian besar penonton telah terpesona dengan keupayaan kanak-kanak perempuan, yang lain masih ragu-ragu.


Menurut ibu Bella, gadis itu telah diperkenalkan kepada bahasa sejak lahir. Ibunya sendiri mengajar Bahasa Inggeris. Selain itu, beliau mempunyai pelbagai pengasuh berbangsa asing dan berkomunikasi dalam dialek mereka sendiri . Pengasuhnya tidak hanya mengajar gadis itu dalam bahasa mereka sendiri, tetapi juga membincangkan pelbagai isu dunia, sejarah, dan topik lain dari ensiklopedia kanak-kanak.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Monday, 17 October 2016

11:03:00

Petua hilangkan pedih ulu hati

Soda Bikarbonat bantu hilangkan pedih ulu hati


Selamat pagi semua pembaca yang di kasihi.

Pagi ni, Abe We nak bagi tips yang amat mudah bila terkena pedih ulu hati. Cara yang mudah, simple lagi mimple.


Petua hilangkan pedih ulu hati

Sebenarnya Abe We ternonton youtube berkaitan soda bikarbonat ni. Selain buat masakan dan cuci sinki, soda bikarbonat juga boleh membantu menghilangkan rasa pedih ulu hati.

Abe We dah cuba. Dan 95% berjaya hilang.

Cara minum soda bikarbonat

Cara minum soda bikarbonat ni senang je. Ambil satu (1) sudu teh soda bikarbonat dan campurkan ke dalam satu (1) gelas air. Tak kisah air sejuk atau panas. Dua-dua air ni pun boleh.

Lepas dah masukkan soda bikarbonat tu dalam gelas yang berisi air, godak sampai hilang campuran soda bikarbonat tu. Dalam 5 saat dah hilang dah.

Lepas tu minum. Rasa dia masin-masin sikit dan bergas.

Lepas dah minum anda akan mula sendawa dan mungkin berlaku sedikit pengeluran gas di bahagian punggung anda.

Di sebabkan soda bikarbonat ni bergas, memang perut kita akan mengeluarkan segala gas yang ada dan perut pun mulai rasa lega.

Cubalah........


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Friday, 14 October 2016

12:52:00

Harga Mounting Kereta Viva

Mounting Kereta Viva Murah Di Dengkil


Salam Jumaat Semua. Semoga sihat hendaknya hari ni.

Ok, kali ni Abe We nak cerita sedikit pasal kereta. Kalau nak ikutkan, Abe We ni bukan lah tau sangat pasal kereta walaupun masa sekolah teknik dulu ambil jurusan Automotif.

Harga Mounting Kereta Viva

Capture Garage Dengkil beri harga servis yang murah


Capture Garage merupakan bengkel servis kereta pilihan Abe We. Dah 3 tahun rasanya Abe We melanggan di bengkel ni. Di samping itu, bengkel ni bengkel bumiputera. So, kita tolong sesama kita la ye.

Kereta Mama Harraz ni dah 9 tahun berkhidmat. Bila dah 9 tahun tu, macam-macam bunyi dan gegar ada. Yang paling terasa ialah stereng dan dashboard.

Bila bahagian stereng dan dashboard bergegar semasa bergerak, besar kemungkinan mounting kereta dah haus.

Mounting bertugas untuk menyerap gegaran enjin. So, bila encik mounting ni dah sampai tahap monopaus, terpaksa la kita tukar. Abe We dengar, kalau tukar mounting ni mau jejak RM1,000.00.

Bila fikir gitu, memang gigil poket dan akaun bank. So, Abe We tanya lah dulu bengkel Capture Garage ni. Boss dia nama Awang. Orang ganu kite. Bagus budaknya. Jujur.

Harga yang di berikan oleh Awang ni ialah:-

Harga Mounting Kereta Viva

Harga Mounting Viva

Harga yang di berikan oleh Awang ada 3 iaitu Original (RM690), 2nd gred (RM430) dan low gred (RM295).

Abe We ambil yang original sebab ia lebih tahan lama. Ok sangatlah harga servis dari Capture Garage ni.

Sesiapa yang duduk berdekatan Putrajaya, Cyberjaya atau kawasan yang berdekatan dengan Dengkil, boleh pergi ke bengkel ni.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Thursday, 13 October 2016

15:00:00

Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki

Amalkan Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki

Semalam Abe We mengikuti kursus PROGRAM 'KOMUNIKASI EFEKTIF, BERHEMAH DAN BERPRESTIJ (KEBAB) anjuran Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah (DFMK).

Salah satu slot dalam program ni, DMFK ada memberi tips murah rezeki dengan mengamalkan doa ini.

Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki
Dari apa yang di ceritakan oleh DMFK:-
Pada suatu hari, DMFK di datangi oleh seorang gadis. Gadis itu menceritakan masalah yang di laluinya. Antara masalah yang telah menggangu kehidupannya ialah sering putus tunang. Lalu gadis itu bertanyakan kepada DMFK. DMFK kemudiannya memberikan solusi. Antaranya ialah menyenaraikan nama orang-orang yang di bencinya. Setelah gadis itu menulis, DMFK amat terkejut kerana terlalu banyak nama. DMFK menyarankan agar gadis itu untuk memaafkan nama-nama tersebut. Namun gadis itu menolak. Kemudian DMFK memujuk gadis itu beberapa kali dan akhirnya gadis itu akur. Setelah gadis itu memaafkan gadis itu, DMFK telah memberikan doa ini untuk di jadikan amalan oleh gadis itu. Selang beberapa minggu kemudian, gadis itu telah menghubungi DMFK kembali dan menjemputnya datang ke majlis pertunangannya.

Kelebihan Doa Pembuka Dua Belas Pintu


Antara kelebihannya doa pembuka 12 pintu rezeki ialah:-

  1. Di murahkan rezeki
  2. Mudah mendapat jodoh dan cinta sejati
  3. Keselamatan
  4. Kesihatan
  5. Kasih-sayang, 
  6. Ilmu
  7. Keampunan Allah SWT
Marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini setiap hari agar dibukakan 12 pintu rezeki ini.

SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
14:05:00

Resepi Bubur Ayam McD

Resepi Bubur Ayam McD


Alkisah, semalam. Mama Harraz tak sihat dan MC. Bila duduk dekat rumah dan MC pun sebab sakit perut, teringin pula dia nak makan bubur ayam McD.

Resepi Bubur Ayam McD

Mama Harraz pun whatsapp la Abe We untuk beli barang-barang untuk masak bubur ni. 

Bila habis waktu kerja je, Abe We pun pergilah pasar beli daun bawang, daun sup, bawang merah, bawang putih, bawang goreng dan minyak bijan.

Ehhh...ada pula nak pakai minyak bijan ni. Nak buat apa ek? Tak pernah pula Abe We guna minyak bijan ni. Tapi tak pe lah, Beli je dulu.

Bila sampai rumah tu, da siap tolong prepare semua, Abe We pun tanya la sang isteri yang tercinta.
Bubur da siap masak. Ayam da siap siat. Daun sup dengan daun bawang dah siap potong. Bila nak masukkan minyak bijan ni? Guna ke tak minyak bijan ni?
Lepas tu Mama Harraz pun jawab
Minyak bijan tu tuang masa nak makan nanti. Cuba tuang atas bubur tu.
Bila Abe We tuang,  
 Haa lah....sama macam bubur yang kita beli. Ooooo....minyak yang berlinang tu, minyak bijan rupanya. Ingatkan minyak lebih dari goreng bawang......
Baru tau.....................huhuhu 

Bahan-Bahan Bubur Ayam McD


  • 1 1/2 cawan beras
  • 1 biji lada merah
  • 1 inci halia - hiris halus
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng
  • sedikit isi ayam - potong-potong kecil
  • serbuk secukup rasa pati ayam
  • sedikit minyak bijan - tak de pun tak pe
  • air secukupnya
  • sedikit daun bawang dan sup - hiris

Cara Penyediaan Bubur Ayam McD


#1: masukan air untuk rebus ayam dan pastikan air rebusanya banyak kerana untuk masak nasi juga. kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam.

#2: basuh beras sehingga bersih selepas tu masak nasi dengan air rebusan ayam tadi. asingkan sedikit air rebusan ayam yang ditambah garam dan secukup rasa takut nasi kembang dan kering.

#3: semasa memasak nasi, kacau dan masukan air rebusan sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik.

#4: dan bila bubur ayam dah masak masukan halia, serbuk perasa, dan garam. masukan juga hirisan daging ayam ke dalam bubur.

#5: akhir sekali, taburkan hirisan bawang goreng, lada merah, ikan bilis, dan daun bawang atau sup. kemudian masukan juga beberapa titik minyak bijan.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
12:19:00

Lirik - Hijjaz - Kau pemilik cinta

Kau Pemilik Cinta


Walaupun lagu ni agak lama, tapi Abe We baru dengar. Kesian tak? Tapi bila pertama kali dengar, terus jatuh cinta lagu ni.


Hijjaz merupakan antara kumpulan nasyid kegemaran Abe We. Kira kalau carta kumpulan nasyid tu, memang nombor satu lah. Barulah lain-lain kumpulan lepas tu.

Rasanya macam dah lama tak dengar lagu dari Hijjaz. Jom kita layan lagu Kau Pemilik Cinta ni.



Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...

(Harmony)
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)

Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

(Harmony)
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu....

SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Monday, 10 October 2016

09:56:00

Hemp oil selamat sampai di tangan

Terima Kasih DHL dan Kastam Malaysia


Alhamdulillah...

Selamat juga hemp oil ni sampai ke tangan. Cuak juga Abe We bila kena tahan kastam. Dalam 4-5 hari jugalah.

Hemp oil malaysia

Setiap masa Abe We check tracking dari DHL.

Sesampai sahaja barang tu di Subang Airport, Kastam akan check dulu. Abe We memang biasa beli barang di iHerb. Selalu beli supplement yang memang akan lepas. Tetapi kali ni kita try and error untuk beli supplement yang agak mencabar sikit.

Barang ni sampai Jumaat lepas. Tapi sebab Danish muntah-muntah, Abe We pun EL la.

Dan pagi ni, sampi je ofis, cepat-cepat Abe We tengok atas meja. Wahhh.......

Hemp oil malaysia

Tak sabar nak buka. Dan tak sabar juga tengok surat dari kastam. Hahahaha....Takut kena bayar je dekat kastam.

Dan bila buka plastik tempat dia letak surat tu, alhamdulillah, tiada apa-apa bayaran kena bayar.

Hemp oil malaysia

Mungkin kastam perlukan penjelasan dari pihak pengilang. Dan DHL telah membantu dalam menyelesaikan masalah itu. Abe We duduk diam saja. kikikiiii.....

Cara minum Hemp Oil

Cara minum hemp oil ni senang sahaja. 1 sudu besar, 2 kali sehari.

Rasa Hemp Oil

Nak tahu rasa hemp oil ni?

Buka je botol dia, bau dia agak kuat juga.

Lepas tu, Abe We ambil la sudu besar. Tuang ke dalam sudu dan masukkan ke dalam mulut.

Rasa dia..........

Macam minyak zaitun!!!! Pergkhhh....Lagi kuat dari minyak zaitun! Memang tak lalu kalau nak minum setiap hari.

Kebaikan Hemp Oil


Hemp oil malaysia

Tu ha, boleh baca dekat gambar. Punyalah malas nak taip kan. Hahaha....

Kandungan Hemp Oil


Hemp oil

Harga Hemp Oil


Ohhh, hampir lupa pula. Bagi yang nak tahu harga hemp oil ni, harganya dalam RM30.98 sebotol. Campur postage RM50.17. Tolak pula diskaun RM20.91.

Total semua sekali RM60.24.

Murah la tu.



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Friday, 7 October 2016

11:05:00

Barang dah lepas dari Kastam

Hemp oil akan sampai ke tangan tidak lama lagi

Alhamdulillah...setelah hampir 1 minggu, dapatlah berita baik ni.


Bagus juga kita sign up notification dari DHL ni. Boleh tahu dengan cepat status barang kita.


Sekarang ni dalam proses penghantaran. Tapi, apa agaknya kastam akan bagi notis ye? Atau dia lepaskan terus?

Hmmm......


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Thursday, 6 October 2016

16:09:00

Jangan lupa paste code Google Analytic bila tukar template

Graf Google Analytic jatuh

Setelah hampir setahun tidak tukar template, akhirnya semalam Abe We pun tukar lah template. Bila tukar template ni, rasa ghairah dan teruja tu membuak-buak.

Ye la kan, dah lama tak tukar template. Bila dah rombak sikit-sikit template tu, pagi ni buka Google Analytic,

Apesal graf hari ni turun? Selalunya statik dekat 20 juta view.....Pelik pulak....
Sekali, bila fikir punya fikir...
 Masya allah....lupa letak code tracking Google Analytic....Patutlah sikit je view. Adoiiii...........


Antara kod yang perlu di letakkan

Sebenarnya, sebelum kita tukar template, kita harus save dahulu template lama kita. Jika tidak, banyak kod yang kita akan lupa letak.

Selain kod GA, kod meta tag dan meta seo juga perlu di paste kembali.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
13:51:00

Eksperimen tanam Chia Seed

Chia Seed mula bertunas


Eksperimen tanam Chia Seed?

Ya, inilah eksperimen terbaru Abe We. Tanam chia seed. Hahahaha...



Sejak hobi bercucuk tanam ni, macam-macam nak di eksperimen kan. Mula-mula tanam daun sup. Dari 4 kumpulan daun sup yang di tanam, 1 je yang hidup. Dapat gak lah merasa makan daun sup tanam sendiri.


Agak mencabar juga tanam daun sup ni. Awatlah susah benor nak tanam, lepas tu semua hidup. Ni mesti 1 je yang hidup.

Rupa tunas Chia Seed


tunas Chia Seed

Gambar ni merupakan tunas di hari kedua lepas Abe We tanam. Agak mengagumkan juga lah. Berjaya juga tanam setelah menonton beberapa video di youtube. Masa ni Abe We ambil gambar dalam pukul 7 pagi.

tunas Chia Seed

Gambar ni tunas di hari kedua sebelah malam, pada pukul 10.00 malam. Sudah banyak yang tumbuh. Macam syok pula tunggu pokok ni besar. Cepat betul pokok ni tumbuh. Dalam masa 12 jam je dah besar dah.

tunas Chia Seed

Gambar yang ketiga ni, Abe We ambil juga pada hari ketiga dan pada pukul 7.00 pagi. Wah...Makin besar lah dia. Seronok betul rasa di hati. 

Dan hari ni, tak sabar nak tengok tumbesaran pokok ni.

Tapi kan, persoalannya......nak tanam dekat mana pokok ni? Lepas tu nak buat apa?

Hahahaa.......

Tak pe, kita tengok dulu pokok ni membesar. Kot boleh buka ladang kan?



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Tuesday, 4 October 2016

23:09:00

Info : Air pasang besar akan melanda pesisir pantai barat Malaysia

Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Sabak Bernam & Sepang akan di landa air pasang besar


Fenomena air pasang besar akan melanda pesisir pantai klang, kuala selangor, sabak bernam, kuala langat dan juga sepang.

Penduduk di sekitar pesisir pantai tersebut hendaklah bersedia dan mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan.






SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra




Image and video hosting by TinyPic
17:08:00

Update Supplement di tahan pihak berkuasa

Supplement masih di tahan. Tunggu laporan DHL

Ok. Kali ni Abe We terpaksa sign up for shipment notification dari DHL. Kenapa?

Sebab supplement kali ni memang agak susah nak masuk Malaysia. Boleh di katakan kandungan mencurigakan. Dan DHL kata, dia akan hubungi pengimport tersebut untuk keterangan lebih lanjut.

Ini adalah cubaan pertama dari Abe We........

Nak tahu?

Untuk order kali ni, Abe We memilih untuk membeli Hemp Oil.

Apa itu hemp oil?


Ni gambar hemp oil tu.


Bila kita dengar atau baca perkataan H.E.M.P ni, automatik dalam kepala kita akan berfikir ianya adalah GANJA ataupun MARIJUANA.

Ya, tak di nafikan kita akan berfikir begitu. Tapi tahukah anda bahawa hemp oil ini adalah dari jenis yang sama dengan pokok ganja. Namun kandungan antara satu sama lain adalah berlainan. 

Contoh nya durian kampung dan durian musang king. Dua-dua durian, tapi rasanya berbeza. Macam tu lah contohnya.

Hemp oil ni dari pokok industrial hemp dan bukannya pokok marijuana. Ada perbezaan antara pokok ni walaupun daunnya ada sedikit persamaan. Nanti Abe We cerita.

Kebaikan Hemp Oil


Hemp seeds are rich in protein, polyunsaturated fatty acids, omega 6, omega 3 and insoluble fiber. They are a good source of tocopherols, or Vitamin E antioxidants. They're packed with minerals such as potassium, magnesium, iron, zinc, calcium, and phosphorus, plus microelements like strontium, thorium, arsenic and chromium.
High in essential fatty acids, Omega 6 and omega 3, hemp oil can be used to increase immunity, counteract aging skin and improve cardiovascular health. Several studies show that the linoleic acid present in hemp oil can slow down the aging process and fight psoriasis.
  1. Hemp Oil Helps Maintain a Hormonal Balance: Hemp is the only edible seed that contains gamma-linolenic acid, which is eventually converted to the protective hormone prostaglandin PGE1 that regulates the hormonal balance and supports menopausal health.
  2. Hemp Oil Regenerates and Energizes The Skin’s Protective Layer: Due to its high content of omega 3 and omega 6 fatty acids, hemp oil has a composition similar to skin lipids, which makes it an excellent natural emollient and moisturizer. It is especially useful for dry, tired or dehydrated skin and nails. It increases the skin elasticity and water retention capacity in tissues. Pure hemp oil can be used to treat dry hair and is often included in hair conditioners.
  3. Hemp Oil is Great For Vegetarians: Getting the right balance of omega-3 and omega-6 fatty acids can be tricky for vegetarians and vegans. Hemp oil has the optimal ratio of these acids.
  4. Hemp Oil Helps Lower Cholesterol: The only vegetable oil to contain omega-3 and omega-6 fatty acids (3:1), hemp oil can help lower cholesterol levels by accelerating metabolic processes. With a faster metabolism, fats burn at a quicker rate and are not deposited on the artery walls. 
  5. Hemp Oil Can Be Good For Diabetics: Due to its low carbohydrate and sugar content, hemp oil is can be a great food additive for diabetics. The nutrients present in it can help moderate blood sugar levels.
  6. Hemp Oil Can Help Prevent Psoriasis: Psoriasis is caused by a deficiency of omega-6 fatty acids in the body. The fatty acids present in hemp oil help improve skin oxygenation and hydration.
  7. Hemp Oil Can Boost Your Immunity: Omega-3 and omega-6 fatty acids also improve immunity and regulate intestinal flora, thus building a natural barrier against microbes and increasing the resilience of the body. 
  8. Hemp Oil Helps Prevent Demyelination Of Nervous System: Essential fatty acids are necessary for a healthy cell membrane structure. They also prevent the demyelination, the destruction of the myelin sheath (a membrane that protects the nerve cells).
  9. Hemp Oil Can Help Prevent Varicose Veins: Like other compounds high in omega-3s, hemp oil can thin your blood, reducing blood clots and varicose veins.

Masih tak percaya akan kebaikan minyak ni? Anda boleh baca ni....







p/s: Jangan takut, hemp oil tidak mengkhayalkan anda (kot...hihiii)


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
13:59:00

Kali ke-3 beli supplement di iHerb

Supplement di tahan pihak berkuasa untuk siasatan


Kali ni Abe We nak share pengalaman ke-3 Abe We beli supplement di iHerbs. Jika sebelum ini Abe We dah beli supplement dan mandian organik bayi dan juga sabun mandi organik bayi , tapi kali ni Abe We beli supplement yang di luar dugaan sikit.

Cara pembayaran di iHerb


Sebelum Abe We cerita apa yang Abe We beli, Abe We nak cerita dahulu cara pembayaran di iHerb ini.

Pada posting sebelum ini, Abe We ada bagi tutorial cara membeli supplement di iHerb.

Namun pada part pembayaran, entri di dalam artikel tersebut tidak detail sebab Abe We tiada barang untuk di beli.

Untuk makluman, pembayaran boleh di buat melalui kad kredit dan juga debit card. Namun, Abe We telah cuba membuat pembayaran melalui debit card dan GAGAL. Mungkin ini adalah pertanyaan yang pernah di kemukan dari pembaca posting Abe We sebelum ini. Kenapa gagal? Abe We pun tak sure sangat. Mungkin kita boleh tanya kepada pihak bank untuk melakukan transaksi seperti ini.

Untuk pembayaran ini, Abe We telah membayar menggunakan kad kredit seperti kebiasaannya.

Barang ditahan pihak berkuasa untuk siasatan


Cuba lihat result pada tracking dari DHL di bawah ini. Proses clearance dari kastam telah selesai namun di tahan di sebabkan kandungan di dalam supplement itu "meragukan".


Apakah barang yang Abe We beli ni. Cuba teka.

Barang ni kalau di salah gunakan memang boleh di penjara. Ya, di PENJARA.

Tapi bukan di penjara janji ye........

Cuba lah teka...................





p/s: Doakanlah agar pihak berkuasa tidak menahan Abe We untuk siasatan.......

Kalau Abe We di tahan...........entahlah.......................................



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic