Tutorial membeli supplement di iHerb.





Tutorial ringkas beli online di iHerbs


Assalamualaikum. Lama pula rasa tak update blog ni. Hihih... Okok. Hari ni Abe We nak tunjukkan cara ataupun tutorial ringkas cara membeli supplement di iHerbs.

Alhamdulillah. Ada juga rakan-rakan di luar sana yang bertanya tentang cara membeli supplement di website ni.

Ada juga yang bertanya perlu kah surat KKM? Dari pengalaman Abe We, tak perlu surat tu semua. Beli di sini sama macam kita beli di Lazada, Zalora atau lain-lain website lagi.

Bagi yang nak berjinak-jinak nak beli supplement di iHerbs ni, jom kita follow tutorial ni.

1. taip www.iherb.com. Adalah lebih mudah jika kita Create an Account. Klik sahaja Create an Account supaya pembelian kita di lain hari, kita akan dapat potongan harga.

iHerb


 2. Masukkan details yang di perlukan.

iHerb

3. Setelah berjaya Create an Account, semak email anda dan log in semula ke iHerbs. Terdapat banyak jenis supplement yang di kategorikan seperti di no. 1 di dalam gambar di bawah ini.

Sebagai contoh, Abe We pilih Herbs (di no.2) dan seterusnya memilih Rhodiola Rosea (di no.3).

iHerb

4. Di sebelah kanan di no.1, terdapat option pilihan senarai rating produk tersebut. Kebiasannya Abe We pilih mengikut komen dan jumlah bintang yang di berikan oleh pembeli lain seperti di no.2 di bawah ini. Komen terbanyak menunjukkan ramai pembeli telah menggunakan produk itu dan kita boleh membaca komen mereka samada ia bagus ataupun tidak.

iHerb


5. Setelah memilih produk yang anda kehendaki, sila klik Add To Cart yang berada di sebelah kanan.

iHerb

6. Setelah klik Add To Cart, paparan yang di tanda anak panah merah akan segera kelihatan. Anda terus klik Checkout jika tiada pembelian lain.

iHerb
 7. Terdapat 3 opsyen pos yang di tawarkan. Sebelum ini ada opsyen. Tetapi di sebabkan masalah tertentu, iHerbs mengekalkan DHL dan UPS. Global Mail adalah rakan baru di iHerbs.

Bagi Abe We, Abe We gemar menggunakan khidmat DHL kerana dia mempunyai tracking number yang membolehkan kita trace/jejak barang kita dan tempoh penghantarannya adalah selama seminggu sahaja.

Sebelum ini Abe We guna pos yang paling murah. Tapi 6 minggu baru sampai. Memang lama gila kot.

iHerb

8. Bila masuk ke kaedah pembayaran, masukkanlah detail kad kredit atau debit anda dan ikutilah arahan yang lain sehingga tamat cara membayar.

iHerb


Bagi Abe We, beli supplement di iHerbs ni memang berbaloi. Lagi berbaloi kalau kita beli banyak-banyak.

Selamat membeli.......

bacaan sebelumnya:-

http://www.wayneharraz.com/2016/05/iherb-menjual-produk-kesihatan-dan-harian-berasakan-produk-natural.html

http://www.wayneharraz.com/2016/06/beli-barang-dari-luar-negara-secara-online-kali-ke-2.html



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
suzie hamdan
AUTHOR
22 August 2016 at 12:11 delete

Bagus nya ada info mcm ni...perlu cuba 1 kali, x cuba x tahu kan..

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.