Simpanan Shariah KWSP





Pendaftaran Simpanan Shariah di semua kaunter KWSP bermula dari 8.8.16


Alhamdulillah....

Kini, KWSP telah menjalankan Simpanan Shariah. Bagi mereka yang belum mengetahui, sebelum ini, simpanan di KWSP adalah meragukan. Namun kini, KWSP telah pun mengorak langkah dengan membuat Simpanan Shariah.

Prinsip Syariah menetapkan bahawa tiada jaminan pulangan minimum kerana memberi sebarang jaminan ke atas pulangan tetap adalah sama dengan amalan riba yang diharamkan. Tidak seperti dana semasa, dividen untuk dana Syariah akan berdasarkan prestasi sebenar pelaburan yang dibuat di bawah portfolio Syariah. 
Opsyen dana patuh Syariah KWSP ini merupakan salah satu inisiatif penambahbaikan yang telah dicadangkan kepada ahli semasa kempen Rundingan Ahli pada April tahun ini. Hasil daripada rundingan tersebut yang dijalankan secara online menunjukkan 71 peratus responden bersetuju dengan cadangan KWSP untuk memberi pilihan supaya ahli boleh memilih untuk menukar dana persaraan KWSP semasa kepada dana persaraan patuh Syariah. 
Berikutan permintaan yang memberansangkan dari ahli KWSP, cadangan pindaan kepada Akta KWSP ini membolehkan ahli KWSP, tidak kira bangsa atau agama, memilih untuk akaun mereka diuruskan mengikut prinsip Syariah.
Simpanan Shariah KWSP

Simpanan Shariah KWSP


Bagi mereka yang tidak tahu mengenai perkara ini, boleh baca pengenalan skim ini.

1. Apakah Simpanan Shariah?
    Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih         untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah.

2. Mengapakah Simpanan Shariah baru diperkenalkan?
    Ianya baru diperkenalkan kerana terdapat permintaan di kalangan ahli KWSP supaya akaun                 mereka diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah. Selain itu, berdasarkan hasil Kaji Selidik             Rundingan Ahli ke atas Inisiatif Penambahbaikan Simpanan Persaraan Ahli KWSP yang telah             dijalankan pada April 2015, sebanyak 71% responden (ahli) bersetuju pilihan simpanan persaraan       patuh Syariah diperkenalkan.
3. Bilakah inisiatif ini akan dilaksanakan?
    Pendaftaran Simpanan Shariah bermula 8 Ogos 2016 dan sebanyak RM100 bilion dana patuh             syariah diperuntukkan bagi 2017. Bagi melayakkan ahli mendapatkan tarikh kuat kuasa pilihan           Simpanan Shariah pada 2017, ahli mestilah memilih untuk bertukar ke Simpanan Shariah selewat-     lewatnya pada 23 Disember 2016, tertakluk kepada peruntukkan dana tersebut.


Simpanan Shariah KWSP
Previous
Next Post »

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.