Rumput karpet murah di Sungai Buloh





Sungai Buloh syurga tanaman perhiasan


Bagi peminat tanaman hiasan di rumah, pastinya kunjungan anda tidak lengkap jika tidak ke Sungai Buloh.

Abe We pun baru tahu sebenarnya yang di Sungai Buloh ada nursery yang mengujakan. Sebelum ni memang tercari-cari nak pergi nursery mana nak cari pokok.

nursery Sungai Buloh

Tapi bila mama harraz melakukan paksaan untuk kesana, ternyata rasa nak pergi lagi minggu depan. Banyak betul pokok di jual di sini. Dan satu pokok yang Abe We dok cari iaitu Pokok Nyamuk.

nursery Sungai Buloh

pokok nyamuk
Pokok nyamuj yang Abe We dok cari. Jumpa gak....

Rumput karpet murah


Tujuan sebenar Abe We ke sini adalah untuk cari rumput karpet murah. Mama harraz ada cakap dekat Abe We, kalau nak cari rumput murah, jangan beli yang dekat tepi jalan.

Pa, kalau nak beli rumput murah, jangan beli yang dekat tepi jalan
Ok.....satu arahan yang sukar untuk seorang driver macam Abe We. Terpusing-pusing tau Abe We cari kata kunci dari mama harraz......

Setelah salah ikut google maps, Abe We pun akur dengan arahan mama harraz untuk masuk ke jalan kampung! Jalan kampung ko!!! 

Dalam hati Abe We berbisik:-

Gila ke ape nak masuk dalam kampung ni. Mana lah ada orang jual rumput......
Nak tau tak, Abe We silap rupanya. Dekat kampung tu la diorang tanam. Jom kita usha tempat dia.

Rumput karpet murah

Keluar je dari Tol Hospital Sungai Buloh, jumpa simpang tiga traffic light, belok kiri, terus je sampai jumpa Uitm. Dah jumpa Uitam, terus lagi.

Rumput karpet murah

Lepas jumpa Uitm, kita akan jumpa kuarters ni dan satu jalan ke kawasan macam hutan. Terus je. Jalan je. Jangan takut.

Rumput karpet murah

Jalan ke kawasan kampung tu macam ni lah. Jalan je ye. Jangan takut.

Rumput karpet murah

Bila dah masuk kawasan kampung ni, di kiri dan kanan jalan, kita akan nampak banyak rumput karpet di tanam.

Rumput karpet murah

Kalau nak survey ke seluruhan kampung ni, terus je jalan.

Rumput karpet murah

Bila rasa kita nak tanya berapa harga rumput ni, anda berhenti di kawasan yang ada pekerja indonesia tengah tanam rumput ni. Berhenti je kereta di tepi jalan. Lepas tu panggil dia. Tanya harga.

3 jenis rumput karpet


Ada 3 jenis rumput karpet yang di jual di sini.

  1. Rumput Mutiara
  2. Rumput Philippine
  3. Rumput Jepun

Rumput Mutiara
Rumput Philippine

Rumput Jepun

Untuk pengetahuan, rumput jepun adalah lebih halus lagi dari rumpu Philliphine.

Harga rumput karpet

Harga rumput karpet yang di jual di kampung ini adalah seperti berikut:-

  1. Rumput Mutiara - RM1.50 (1 kaki x 2 kaki)
  2. Rumput Philippine - RM1.50 (1 kaki x 2 kaki)
  3. Rumput Jepun - RM3.00 (1 kaki x 2 kaki)
Tetapi, jika anda membeli rumput ini di kedai di tepi jalan, harga rumput karpet jepun adalah RM4.50!!!

Hasil dari nursery Sungai Buloh

Aktiviti di pagi ahad bermula.....

Rumput karpet murah


Tadaaaa.......ni lah hasil tanam sendiri rumput karpet jepun. Patah pinggang beb.......

Rumput karpet murah


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
18 July 2016 at 19:02 delete

Suka rumput jepun tu...

Reply
avatar
18 July 2016 at 19:04 delete

uiii..besarnya rumah..hehhehe..dulu ada plan juga nak tanam rumput depan rumah..tapi bila dah lama sangat, rasa macam nak simen je. hehehe

Reply
avatar
Alex Assante
AUTHOR
19 October 2016 at 20:32 delete

Ade no fon yg menjual tu?

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.