Bateri kereta murah di Johor





Bateri kereta murah di Johor

Rata-rata di antara kita semua dekat sini dan dekat luar sana sekarang ni pakai kereta kan? Rasanya kereta memang satu keperluan untuk kita sekarang ni. Sekurang-kurangnya satu rumah satu kereta. 

Tapi antara masalah kereta ni ialah bateri kereta.Dan hari ni, Abe We nak bagi berita gembira untuk rakyat johor macam mana nak dapatkan bateri kereta murah di Johor.


Pengalaman bateri kong

Penah tak korang kat luar sana, bila nak pergi kerja pagi-pagi, tiba-tiba nak start kereta, kereta tak hidup?

Abe We pernah laluinya. Masa tu, halamak...jem lah kepala ni. 3-4 kali try start. Memang langsung tak boleh hidup. Masa tengah try tu, dengar bunyi "ketek...ketek" masa kita pusingkan kunci kereta.

Confirm!!!!

Bateri kong!!

Apa yang terlintas dalam fikiran masa tu?

Mesej bos!!

Bos, saya EL pagi ni. Kereta tak boleh on. Bateri habis.

Beb...nak bagi alasan apa lagi dekat bos kan? Nak cari bateri mana pagi-pagi ni? Kedai tak buka lagi. Kalau ada pun, memang kena katok la harga nya.

Bayangkan, kalau pagi tu ada meeting. Meeting dengan big boss ke. Naya beb!!!

Bateri kereta murah di Johor


Nak cari mana ek bateri kereta yang murah di Johor? Adoiii... Nak pergi cari pun tak de transport. Nak jalan kaki, kedai punyalah jauh. Susah kan? Mau tak mau, tunggu keprihatinan member serumah je lah untuk tolong belikan bateri baru. Tu pun kalau member tu ada duit . Kalau masa tu member tu tengah sesak, bateri AA je lah dia mampu beli.

Jadi macam mana nak dapatkan:- 

  1. bateri kereta murah? 
  2. servis tukar bateri kereta dengan cepat? 
  3. servis cek jangka hayat bateri kereta? 

Bateriku.com


Korang pernah dengar Bateriku.com?

Bateriku.com ialah sebuah organisasi yang membantu kita sebagai pemandu kenderaan yang mempunyai masalah bateri kenderaan.


Mereka menawarkan servis perkhidmatan :- 

  1. Penghantaran percuma, pemeriksaan dan pemasangan 
  2. Bayar hanya harga bateri baru dipasang 
  3. Waktu urusan 8:00 pagi - 11:00 malam 
  4. 365 hari setahun 
  5. Penghantaran ke lokasi kejadian, di pejabat atau ke rumah dan lain-lain anda 
  6. Menawarkan bateri berkualiti pada harga yang berpatutan 
  7. Menyediakan bateri terapung ketika memeriksa bateri lama anda 
Para kakitangan Bateriku.com

Jenis bateri yang di gunakan


Bateriku.com menggunakan bateri yang berjenama Century, Hitachi, Yuasa dan juga Astra. Bateri-bateri ini memang sesuai di gunakan untuk mana-mana kenderaan.



Andai kata bila bateri kereta kita kong, semasa kita menelefon pihak bateriku.com, jangan lupa untuk kita memberitahu jenis kereta kereta yang kita pakai. Nanti pihak bateriku.com akan memberikan cadangan sama ada kita perlu pakai bateri sel basah atau sel kering.

Untuk pengetahuan bersama, bateri sel kering di kenali juga maintenance free bateri adalah lebih mudah di uruskan berbanding bateri sel basah. Kebanyakan kereta sekarang menggunakan bateri sel kering kerana kita tidak perlu top-up air bateri sentiasa.

Bateri Sel Basah
Bateri Sel Kering

Tempoh hayat bateri kereta


Untuk pengetahuan kita, tempoh hayat bateri kereta adalah lebih kurang 2 tahun sehingga 2 tahun setengah. Ada sesetengah kes, tempoh hayat baterinya lebih dari 2 tahun setengah. Tapi, purata jangka hayat beteri adalah 2 tahun.

Apa yang akan terjadi selepas 2 tahun? Jom baca cerita ni.

Ni apa yang Abe We dah lalui. Bateri kereta Abe We dah pun sampai jangka hayat 2 tahunnya. Kejadian yang lepas memang Abe We ambil ikhtibar. Memang lepas 2 tahun ni, kita harus berjaga-jaga. Anytime bateri ni kong terus.

Sebagai langkah berjaga-jaga, dan dek kerana ketiadaan masa untuk ke bengkel cek power bateri kereta ni, Abe We try gak lah servis Bateriku.com ni. Dalam kepala masa tu, terfikir gak lah, berapa la caj yang kena sebab cek bateri ni. Dalam poket pun dah standby beberapa keping not RM50.

Bila krew Bateriku sampai, dia cek dan bagitahu bateri ni masih elok, berdebar dada Abe We sambil selok poket seluar. Dengan gaya macho Abe We pun tanya

Berapa caj ni dik?
Huiii...terketar-ketar tangan dalam poket tu. Macam tak sabar je not RM50 tu nak keluar dari poket ni.

Free je bang. Lagi pun bateri ni masih elok. Dalam masa 6 bulan lagi abang boleh cek sekali lagi. Abang call je kitorang untuk cek dan tukar terus. Tak mahal pun bang kalau tukar bateri dengan kitorang
Punya terkejut Abe We masa tu. Free je uols cek bateri ni... Syukur sangat.

Harga Bateri

Bila cerita bab harga bateri, ramai yang tak tahu. Masa mula-mula Abe We nak tukar bateri kereta, jenama bateri pun Abe We tak tahu. Tanya-tanya kawan, diorang cakap barang Century. Bila tanya kedai, ada yang bagi harga RM220 dan RM200. So, di sebabkan masa tu jumpa yang RM200 paling murah, Abe We beli je la yang tu.

Tapi, sebenarnya Bateriku.com menawarkan harga bateri yang murah dan berpatutan. Harga bateri yang di tawarkan adalah serendah RM135.00!!

Ya.... Memang sangat murah dan berbaloi. Ada lagi yang sangat berbaloi!!!

Pemasangan, pemeriksaan dan penghantaran PERCUMA

Kawasan servis bateriku.com


Untuk orang Johor, Bateriku.com telah mempunyai cawangan Johor yang merangkumi daerah:- 

  1. Johor Bahru 
  2. Pasir Gudang 
  3. Skudai 
  4. Ulu Tiram 
  5. Nusajaya 
  6. Tampoi 
  7. Kempas 
  8. Gelang Patah 
  9. Pulai 

Bagi sesiapa yang hendak mendapatkan servis bateri dari bateriku.com Johor ni boleh hubungi mereka seperti berikut:-


Telefon/Whatsapp : 019-6998279

Instagram : Bateriku.com Johor

Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
13 June 2016 at 11:13 delete

Wahhh bagusnya ada service mcm ni. Meh berkembang ke perak pulak. hehe

Reply
avatar
13 June 2016 at 12:58 delete

bagus abe we... jujur dgn boss...

bagus servis bateriku.com ni... murah dan tip top

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
13 June 2016 at 22:51 delete

Bateriku.com ada..lagi mudah laa pasni kan ...

Reply
avatar
Efa Othman
AUTHOR
13 June 2016 at 23:50 delete

Segalanya mudah dengan adanya bateriku.com

Reply
avatar
Inani Hazwani
AUTHOR
14 June 2016 at 09:46 delete

Segalanya jadi mudah dengan adanya BATERIKU.COM Dah tak perlu nak risau lagi bila bateri kong.

Reply
avatar
Nurul Shahira
AUTHOR
15 June 2016 at 08:57 delete

Harga bateri yg bateriku.com tawarkan lebih murah dari beli kat kedai. Siap ada pakej free check lagi. Mudah & jimat.

Reply
avatar
kisah earty
AUTHOR
15 June 2016 at 12:42 delete

murah ni..nanti boleh lah recommend dekat sedara mara.. :)

Reply
avatar
24 June 2016 at 15:19 delete

ok abe, lain kali jgn mesej bos dah..terus mesej bateriku.com.

Kadang nampak keta tersadai tepi jalan, kesian tggu lama kot la ada yg nak bantu, .. nak jugak aku bagi no fon bateriku.com (kalau masalah bateri)

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.