Halaman

    Social Items


Pontianak serang penduduk taman


Memang agak mengejutkan apabila munculnya sosok tubuh di percayai pontianak di taman perumahan Abe We ni.

Macam mana di bulan yang mulia ini, sedang syaitan dirantai, muncul pula pontianak.

Hurmmm.....ni kalau Harian Metro baca, mau jadi tajuk utama berita mereka.


Siapalah yang dok pedajal ni?

Menterkejutkan orang je. Huhuuuuu.Huhuuu.


Image and video hosting by TinyPic

Penampakkan pontianak di bulan ramadhan

Biobax Cool  Therapy bantu ibu mengandung hilangkan sakit pinggang.


Sayang...sakit lah pinggang i ni. Tolong minta urut sikit boleh tak? Baby dah berat agaknya.
Pernah tak para suami sekalian dapat isyarat ni dari isteri masing-masing?

Kasihankan kalau tengok wife wife mengandung. Bawa baby berali. Pinggang sakit. Tapi still kuat lagi. 


Sebenarnya, Biobax ni memang sesuai di gunakan oleh semua orang. Tak kira ibu mengandung atau pun bapa yang tak mengandung. 

Pendek kata, semua peringkat usia memang boleh guna. 

Selain sakit pinggang, Biobax sesuai di gunakan apabila:-

  1. Lenguh kaki/badan/tangan
  2. Sakit sendi
  3. Selsema
  4. Pening kepala
  5. Sakit leher
  6. Sakit belakang  
Yang paling Abe We suka pakai masa selsema. Caranya senang je. Spray sikit di tapak tangan, kemudian hidu. Paling best hidu sebelum tidur. Nyaman je rasanya. Bau dia pun best.

Kalau pergi mana-mana, pasti Abe We bawa.




Petua hilangkan sakit belakang semasa mengandung

Tahniah TMJ kerana di kurnia Puteri.


Sebagai seorang anak Johor yang berada di perantauan, Abe We nak ucap tahniah kepada TMJ kerana di kurnia seorang puteri. Semoga famili TMJ sekeluarga lebih ceria dengan kehadiran cahaya mata puteri ini.




SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

TMJ dikurnia Puteri

Bateri kereta murah di Johor

Rata-rata di antara kita semua dekat sini dan dekat luar sana sekarang ni pakai kereta kan? Rasanya kereta memang satu keperluan untuk kita sekarang ni. Sekurang-kurangnya satu rumah satu kereta. 

Tapi antara masalah kereta ni ialah bateri kereta.Dan hari ni, Abe We nak bagi berita gembira untuk rakyat johor macam mana nak dapatkan bateri kereta murah di Johor.


Pengalaman bateri kong

Penah tak korang kat luar sana, bila nak pergi kerja pagi-pagi, tiba-tiba nak start kereta, kereta tak hidup?

Abe We pernah laluinya. Masa tu, halamak...jem lah kepala ni. 3-4 kali try start. Memang langsung tak boleh hidup. Masa tengah try tu, dengar bunyi "ketek...ketek" masa kita pusingkan kunci kereta.

Confirm!!!!

Bateri kong!!

Apa yang terlintas dalam fikiran masa tu?

Mesej bos!!

Bos, saya EL pagi ni. Kereta tak boleh on. Bateri habis.

Beb...nak bagi alasan apa lagi dekat bos kan? Nak cari bateri mana pagi-pagi ni? Kedai tak buka lagi. Kalau ada pun, memang kena katok la harga nya.

Bayangkan, kalau pagi tu ada meeting. Meeting dengan big boss ke. Naya beb!!!

Bateri kereta murah di Johor


Nak cari mana ek bateri kereta yang murah di Johor? Adoiii... Nak pergi cari pun tak de transport. Nak jalan kaki, kedai punyalah jauh. Susah kan? Mau tak mau, tunggu keprihatinan member serumah je lah untuk tolong belikan bateri baru. Tu pun kalau member tu ada duit . Kalau masa tu member tu tengah sesak, bateri AA je lah dia mampu beli.

Jadi macam mana nak dapatkan:- 

  1. bateri kereta murah? 
  2. servis tukar bateri kereta dengan cepat? 
  3. servis cek jangka hayat bateri kereta? 

Bateriku.com


Korang pernah dengar Bateriku.com?

Bateriku.com ialah sebuah organisasi yang membantu kita sebagai pemandu kenderaan yang mempunyai masalah bateri kenderaan.


Mereka menawarkan servis perkhidmatan :- 

  1. Penghantaran percuma, pemeriksaan dan pemasangan 
  2. Bayar hanya harga bateri baru dipasang 
  3. Waktu urusan 8:00 pagi - 11:00 malam 
  4. 365 hari setahun 
  5. Penghantaran ke lokasi kejadian, di pejabat atau ke rumah dan lain-lain anda 
  6. Menawarkan bateri berkualiti pada harga yang berpatutan 
  7. Menyediakan bateri terapung ketika memeriksa bateri lama anda 
Para kakitangan Bateriku.com

Jenis bateri yang di gunakan


Bateriku.com menggunakan bateri yang berjenama Century, Hitachi, Yuasa dan juga Astra. Bateri-bateri ini memang sesuai di gunakan untuk mana-mana kenderaan.



Andai kata bila bateri kereta kita kong, semasa kita menelefon pihak bateriku.com, jangan lupa untuk kita memberitahu jenis kereta kereta yang kita pakai. Nanti pihak bateriku.com akan memberikan cadangan sama ada kita perlu pakai bateri sel basah atau sel kering.

Untuk pengetahuan bersama, bateri sel kering di kenali juga maintenance free bateri adalah lebih mudah di uruskan berbanding bateri sel basah. Kebanyakan kereta sekarang menggunakan bateri sel kering kerana kita tidak perlu top-up air bateri sentiasa.

Bateri Sel Basah
Bateri Sel Kering

Tempoh hayat bateri kereta


Untuk pengetahuan kita, tempoh hayat bateri kereta adalah lebih kurang 2 tahun sehingga 2 tahun setengah. Ada sesetengah kes, tempoh hayat baterinya lebih dari 2 tahun setengah. Tapi, purata jangka hayat beteri adalah 2 tahun.

Apa yang akan terjadi selepas 2 tahun? Jom baca cerita ni.

Ni apa yang Abe We dah lalui. Bateri kereta Abe We dah pun sampai jangka hayat 2 tahunnya. Kejadian yang lepas memang Abe We ambil ikhtibar. Memang lepas 2 tahun ni, kita harus berjaga-jaga. Anytime bateri ni kong terus.

Sebagai langkah berjaga-jaga, dan dek kerana ketiadaan masa untuk ke bengkel cek power bateri kereta ni, Abe We try gak lah servis Bateriku.com ni. Dalam kepala masa tu, terfikir gak lah, berapa la caj yang kena sebab cek bateri ni. Dalam poket pun dah standby beberapa keping not RM50.

Bila krew Bateriku sampai, dia cek dan bagitahu bateri ni masih elok, berdebar dada Abe We sambil selok poket seluar. Dengan gaya macho Abe We pun tanya

Berapa caj ni dik?
Huiii...terketar-ketar tangan dalam poket tu. Macam tak sabar je not RM50 tu nak keluar dari poket ni.

Free je bang. Lagi pun bateri ni masih elok. Dalam masa 6 bulan lagi abang boleh cek sekali lagi. Abang call je kitorang untuk cek dan tukar terus. Tak mahal pun bang kalau tukar bateri dengan kitorang
Punya terkejut Abe We masa tu. Free je uols cek bateri ni... Syukur sangat.

Harga Bateri

Bila cerita bab harga bateri, ramai yang tak tahu. Masa mula-mula Abe We nak tukar bateri kereta, jenama bateri pun Abe We tak tahu. Tanya-tanya kawan, diorang cakap barang Century. Bila tanya kedai, ada yang bagi harga RM220 dan RM200. So, di sebabkan masa tu jumpa yang RM200 paling murah, Abe We beli je la yang tu.

Tapi, sebenarnya Bateriku.com menawarkan harga bateri yang murah dan berpatutan. Harga bateri yang di tawarkan adalah serendah RM135.00!!

Ya.... Memang sangat murah dan berbaloi. Ada lagi yang sangat berbaloi!!!

Pemasangan, pemeriksaan dan penghantaran PERCUMA

Kawasan servis bateriku.com


Untuk orang Johor, Bateriku.com telah mempunyai cawangan Johor yang merangkumi daerah:- 

  1. Johor Bahru 
  2. Pasir Gudang 
  3. Skudai 
  4. Ulu Tiram 
  5. Nusajaya 
  6. Tampoi 
  7. Kempas 
  8. Gelang Patah 
  9. Pulai 

Bagi sesiapa yang hendak mendapatkan servis bateri dari bateriku.com Johor ni boleh hubungi mereka seperti berikut:-


Telefon/Whatsapp : 019-6998279

Instagram : Bateriku.com Johor

Bateri kereta murah di Johor

Buffet 400 menu memang mencabar nafsu kita


Orang cakap, jangan sebut bab makan masa puasa ni. Memang nafsu lain macam kan? Lagi-lagi kalau pergi bazar. Rasa macam nak beli semua je.


Tapi kalau kita pergi berbuka puasa dekat hotel, lagi lain macam nafsu dia. Sini rasa sikit, sana rasa sikit. 

Biasanya hotel tak la sediakan menu yang banyak kan? Tak pernah lagi dengar sampai 400 menu. Tapi dekat mana pula hotel yang sediakan 400 menu ni?

Kalau nak tahu hotel yang sediakan 400 menu ni, jom klik buffet 400 menu. Jangan terkejut kalau tengok harga yang di tawarkan. Memang berbaloi dengan jumlah menu yang ada.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Buffet 400 Menu Buat Korang Menyesal Kalau Tak Cuba

Walter Pomade - Pomade Murah

Tampil bergaya dengan Walter Pomade


Zaman sekarang ni, kalau sebut pomade je, rata-rata ramai lelaki dah mulai kenal pomade. Kalau dulu kita biasa pakai minyak rambut je, namun zaman sekarang tanpa pomade rasa macam kurang je penampilan kita.

pomade murah

Bagi mereka yang mencari pomade murah, Abe We perkenalkan Walter Pomade. Walter Pomade ni memang sangat murah berbeza dengan jenama pomade yang ada sekarang ni. Nak jumpa yang jual 100gm = RM35 memang susah.

Selain tu, Walter Pomade ni berasaskan air ataupun Water Based Wax. So, bila basuh memang senang hilang. Tak seperti oil based. Lebih ramai lelaki di luar sana lebih memilih water based berbanding oil based. Walter pomade ni juga berbau anggur. Memang sedap baunya.

pomade murah

Kelebihan Walter Pomade

  • Hold & shine all day long
  • Net weight: 100g
  • Contain no animal fat
  • Grape scent
  • How to use: Rub Walter Pomade between palms, work it thoroughly into hair, then style with comb. For a stronger hold, dry your hair completely.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Walter Pomade ni boleh Whatsapp Abe We di 017-8125655.

Abe We buka order secara pre-order dahulu bermula minggu ini. Raya dah nak dekat ni, jom kita bergaya dengan Walter Pomade.

Harga


HARGA???
Sangat2 murah berbanding pomade lain

hanya RM 35 (COD) 
PUTRAJAYA (Presint 9), KAJANG (Saujana Impian), DENGKIL, BUKIT CHANGGANG

RM 41 (POSTAGE KE KAWASAN LUAR)



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Bergaya di hari raya dengan Walter Pomade

EURO 2016 Fantasy Football


Yayyy...Bahang Euro 2016 dah mula di rasai. Memang syok la tengok bola hari-hari. Tapi, time bulan ramadhan pula. Sempat lah tengok beberapa game kan?


Kalau nak tengok pun rasanya tengok yang pukul 12 malam je. Tu pun tak tahu la berapa minit tengoknya. Confirm-confirm tv yang tengok kita lepas tu.

Bagi Abe We, dapat tengok highlight pun jadi lah. Cukup lah tu.

Bagi sesiapa yang nak main Euro 2016 Fantasy Football boleh klik link di bawah ni:-


Lepas dah create team dan register jangan lupa masukkan kod liga ni:-

97042LZ8

Jom sama kita meriahkan!!!!



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Jom Main EURO 2016 Fantasy Football

Pengasingan sisa pepejal - Bersediakah kita?


Pengasinga sisa pepejal telah pun di kuatkuasakan pada 1 September 2015 (baca DI SINI). Realitinya, perlaksanaan ini nampak tergesa-gesa dan kita masih tidak bersedia.

pengasingan sisa pepejal


Kempen kesedaran


Kempen kesedaran rasanya macam jarang-jarang nampak. Ke Abe We tak tengok berita sangat? Tapi, seriously, masa keluar dekat surat khabar, rasanya memang kurang kempen tu. Tiba-tiba terus je laksana.

Tapi nak kata salah diorang pun tak patut jugak. Actually, kempen ni dah bertahun lamanya bagi yang perasan.

Bermula dengan program kitar semula. Kita di ajar untuk mengasingkan bahan buangan seperti plastik, kertas, kaca, tin aluminium dan sebagainya di buang masuk ke tong sampah yang berwarna mengikut kategori sampah itu sendiri.

kitar semula

Kempen kitar semula ni memang dah lama dan di praktikkan semasa kita membuang sampah bukan di kawasan rumah kita. 

Biasanya tong sampah ni ada dekat tempat rekreasi, kompleks membeli belah dan beberapa tempat lain lagi. 

Kita sebenarnya dah di didik lama, cuma tidak di praktikkan di rumah. 

Jadi, sekarang ni pihak kerajaan menyuruh kita agar praktikkannya di rumah. Namun apa yang terjadi?

Sikap kita


Sebenarnya kempen-kempen yang di jalankan sudah cukup untuk memberi kita kesedaran. Cuma, kegagalan kempen ini sebernya bermula di rumah.

Kenapa Abe We cakap gagal bermula di rumah?

Cuba mengaku, siapa yang rajin nak asingkan sisa ni di rumah? Biasanya kita buang segala sampah tak kita sisa buangan, kertas, plastik dan sebagainya di buang dalam 1 tong sampah. Kita tak de pun nak asingkan di rumah. Tapi, bila di luar, nampak tong kitar semula ni, tahu pula kita nak asingkan (tapi ada je sebahagian besar nampak tong ni main pakai buang je).

pengasingan sisa pepejal

Abe We sendiri di rumah pun malas nak asingkan. Lagi senang kalau campak dalam 1 plastik je. 

Tapi sejak kempen ni di kuatkuasakan, Abe We dah mula asingkan kertas, kotak dan plastik. Kumpul dalam plastik berasingan. Letak dekat porch kereta. Bila dah banyak, jual dekat pusat kitar semula di Presint 9 Putrajaya. Setakat ni Abe We dah jual 2 kotak 2 kali. 

Kali pertama tu, berat semua kotak tu 23 kilogram. Memang gila berat semua kotak tu. Lenguh tangan nak angkat. Abe We cakap dekat mama Harraz, 

ni kotak berat-berat ni kurang-kurang kita jual boleh dapat lebih RM10.00

Tapi bila jual rupanya dapat RM4.00 lebih je.
 
Kotak yang kedua pula dalam belas-belas kilogram je. Dapatlah RM2.00 lebih. Jadilah. Rezeki...

Sekarang ni ada kotak yang ketiga dan plastik yang pertama. Plastik tu sebab beli air tong (dispenser). Memang banyak lah tong plastik tu. At least jual dapat gak lah duit.

Selain tu, minyak masak pun boleh kitar semula tau.

Cara mengasingkan sisa pepejal


Jom kita amalkan pengasingan sisa pepejal dengan mengikuti langkah-langkah di bawah ini:-

1) Sisa pepejal yang diasingkan, dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai/plastik sampah. Letakkan di tepi tong sampah pada hari kutipan

project 1

project 2

project 3

project 4

project 5

project 6

project 7

2) Sisa pukal diletakkan dengan kemas di bahu jalan hadapan rumah pada hari kutipan

project 8

project 9

3) Sisa makanan dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai/plastik sampah dan masukkan ke dalam tong

project 10

project 11

Senang je kan? Ada 3 kaedah pengasingan. Yang mana perlu di letakkan dalam tong sampah dan juga luar tong sampah.

Tengok gambarajah atas ni mesti kita dah boleh buat. 

#kalaubukankitasiapalagi

Negeri yang menjalankan pengasingan sisa pepejal


Bagi mereka yang tidak mengetahui, 6 negeri telah menguatkuasakannya iaitu Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah, juga di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ehhh...Selangor tak de lah!!!!

Patutlah bila Abe We asingkan sisa kitar semula, diorang tak kutip. Dah 3-4 kali Abe We asingkan. Sudahnya, simpan balik sampah-sampah tu. Hihihi....

Denda tidak mengasingkan sisa pepejal


Sepertimana yang kita tahu, mereka yang melanggar peraturan ini akan dikenakan denda atau kompaun bermula dengan RM50 bagi rumah atas tanah atau teres. RM50 utk kesalahan pertama, RM100 utk kesalahan kedua, RM500 untuk kesalahan ketiga
Untuk rumah bertingkat seperti PPR (projek perumahan rakyat) ini, kita akan kenakan kompaun RM100 bagi kesalahan pertama, RM200 bagi kesalahan kedua, dan ketiga RM500


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Pengasingan sisa pepejal - Denda RM500 jika tak patuh

KWSP - Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan


Adakah kita tahu, sebenarnya kita boleh mengeluarkan duit di dalam akaun 2 KWSP kita untuk membuat Pengeluaran Ansuran Bulanan Perumahan.

Ya, memang boleh.

KWSP telah memberikan kelonggaran kepada pembeli seperti kita untuk mengeluarkan duit di dalam akaun 2 untuk membuat pengeluaran ansurans bulanan pinjaman perumahan.

KWSP - Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan


Ramai yang tidak tahu akan hal ini sebenarnya. Tetapi bagaimana cara untuk membuat pengeluaran akaun 2 ini?

Sebenarnya terdapat juga beberapa kaedah lain yang membolehkan kita mengeluarkan duit di dalam akaun 2 kita. Tetapi untuk hari ini eloklah kita mengetahui cara ini.

Had pengeluaran akaun 2


KWSP telah menggariskan beberapa panduan di dalam pengeluaran duit di dalam akaun 2. Antaranya ialah:-
had pengeluaran minimum pengeluaran adalah 6 bulan.
baki di dalam akaun 2 mestilah cukup untuk pengeluaran minimum 6 bulan.

Bagi mereka yang ingin mengeluarkan duit di dalam akaun 2, anda perlu menyemak baki duit anda di dalam akaun 2. Apa yang anda perlu lakukan ialah sila semak bayaran bulanan perumahan anda.

Andaikan:-

Jumlah bayaran bulanan anda = RM1,000.

had pengeluaran minimum pengeluaran = 6 bulan

Jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun 2 = RM1,000 x 6 bulan

= RM6,000

Berdasarkan kiraan di atas, jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun 2 anda ialah RM6,000. Tetapi bagaimana pula jika di dalam akaun 2 ada RM8,000?

Ok, anda harus bersyukur jika duit di dalam akaun 2 melebihi had minimum yang telah di gariskan. Jadi, semasa hendak membuat pengeluaran, pegawai KWSP akan memberitahu bahawa anda boleh mengeluarkan minimum 6 bulan atau lebih dari 6 bulan, terpulang pada anda.

Bagaimana jika ansuran bulanan rumah ada sen-sen?


Biasanya, ansuran bulanan rumah kita tidaklah genap contohnya RM1,100. Biasanya akan jadi RM1,123.25 di sebabkan BFR (Base Financing Rate). Ok untuk masalah ini, ianya bukanlah masalah.

Sama macam contoh di atas, baki minima yang perlu ada dalam akaun 2 adalah RM6,739.50. Namun, kita hanya boleh mengeluarkan bulanan berdasarkan RM1,123.25 sahaja dan tak boleh RM1,124.00. Pihak KWSP akan menasihatkan anda supaya mengeluarkan actual amount ataupun amaun itu di kurangkan kepada RM1,120.00. Kalau amaun yang hendak di keluarkan melebihi ansuran bulanan, KWSP tidak membenarkannya melainkan amaun itu di kurangkan. Dan jika ada lebihan baki keseluruhan, anda boleh mengeluarkan selama 7 bulan dan keatas. Apa yang penting, ianya tidak boleh melebihi ansuran bulanan.

Dokumen yang ada sebelum membuat pengeluaran akaun 2


Sebelum kita pergi terus ke KWSP untuk membuat pengeluaran akaun 2, kita perlu menyediakan dokumen ini:-
  1. Penyata Baki Pinjaman Perumahan Mengikut Format KWSP
  2. Kad Pengenalan
  3. Nombor akaun bank
  4. Perjanjian Jual Beli Rumah (S&P) (**sediakan lebih baik jika pegawai KWSP minta)

Langkah Pertama - Penyata Baki Pinjaman Perumahan Mengikut Format KWSP


Penyata baki pinjaman perumahan mengikut format KWSP ini hendaklah di dapatkan di bank di mana anda membuat pinjaman jual beli (loan). Jika anda membuat pinjaman dari CIMB, pergi ke CIMB atau e-mailkan contoh surat di bawah ini. Penyata ini adalah amat penting sekali dan merupakan dokumen yang wajib ada. Di dalamnya tercatat pelbagai info yang amat di perlukan oleh KWSP.

...............................................................................................................................................................

NAMA BANK
ALAMAT

Tuan,

Per: Penyata Baki Pinjaman Perumahan Mengikut Format KWSP

Merujuk kepada perkara di atas.

Saya, NAMA ANDA ingin mendapatkan Penyata Baki Pinjaman Perumahan Mengikut Format KWSP.

Tujuan saya mendapatkan Penyata Baki Pinjaman Perumahan Mengikut Format KWSP adalah untuk membuat pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan dari KWSP.

Berikut adalah maklumat mengenai saya dan juga nombor akaun pinjaman saya.

Nama : NAMA ANDA

No IC : xxxxxxxxxxxxxx

Alamat : ALAMAT RUMAH

No Akaun Pinjaman : xxxxxxxxxxxxxx

Di harap, pihak tuan boleh mengemukakan Penyata Baki Pinjaman Perumahan Mengikut Format KWSP itu dengan kadar segera.

Jika terdapat keraguan atau kemusykilan dari pihak tuan, pihak tuan boleh menghubungi saya di talian NOMBOR TELEFON ANDA.

Kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai

...............................................................................................................................................................

Langkah Kedua - Pergi ke KWSP


Setelah pihak bank menyiapkan Penyata Baki Pinjaman Perumahan Mengikut Format KWSP, mereka akan menelefon anda. Jangka masa yang di ambil oleh pihak bank untuk menyiapkan penyata ini adalah 1 hingga 2 minggu.

Setelah anda ambil penyata ini, segera pergi ke KWSP (sebab memang tak sabar sebenarnya).

Pergi ke kaunter untuk ambil nombor giliran (jangan lupa untuk memberitahu pegawai yang menjaga kaunter bahawa anda ingin mengeluarkan akaun 2 untuk bayaran ansurans bulanan perumahan) dan apabila tiba giliran anda pergilah ke kaunter tersebut dengan yakinnya.

Jangan lupa untuk membawa semua dokumen yang telah di beritahu di atas.

Dan apabila pegawai telah menyemak semua dokumen, pegawai akan bertanya:-
  1. Nak masuk terus ke akaun perumahan; atau
  2. Nak masuk ke akuan sendiri.

Pilihan di tangan anda. Di nasihatkan supaya masuk ke akaun sendiri dan jangan lupa beri nombor akaun bank anda kepadanya.

Langkah ketiga - Tunggu mesej dari KWSP


Jika anda telah selesai urusan di KWSP, dalam masa 14 hari bekerja, KWSP akan menghantar mesej ke telefon anda mengatakan duit anda telah di kreditkan di dalam akaun anda.

Masa ni lah kita bayar duit rumah itu sendiri. Suka? 

Kalau ada lebihan bayaran tu, boleh lah belanja barang dapur sedikit.

rujukan: 






KWSP - Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Beli barang dari luar negara secara online di iHerb

Wah...lepas bulan lepas Abe We beli barang secara online DI SINI dan telah sampai 6 minggu kemudian, kali ni Abe We beli lagi barang dari iHerb.

iHerb - tracking


Kalau sebelum ni, barangnya lambat sampai ekoran dari guna postage yang tak boleh nak track, kali ni Abe We guna DHL pula.

Memang puas hati postage pakai DHL ni. Setiap masa kita boleh track!

iHerb tracking

Tengoklah gambar ni, macam mana barang ni di bawa dari USA sampai ke Malaysia. Setiap tempat dia update.

Nak tahu Abe We beli apa?

Tadaa....

iHerb sabun natural

Tambah lagi 2 botol sabun Danish. Hihihi..... Ok la kan? Rasa sabun ni sesuai, kita beli banyak. Boleh tahan lama.

Tapi kan......................................

Sebenarnya................................

Bila sampai Malaysia, DHL pun pakai Pos Laju untuk hantar barang ni kat Abe We! Kikikii...... Ingatkan DHL hantar sendiri. Rupanya pakai pos laju gak.




SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

iHerb - Beli barang dari luar negara secara online kali ke-2


carian di sini



Subscribe Our Newsletter