Harga bilik di Morib Gold Coast Resort Naik





Harga bilik di Morib Gold Coast Resort Naik

Harga naik RM16 di sebabkan GST

Harga bilik di Morib Gold Coast Resort naik???? 

Morib Gold Coast Resort

Dek kerana dah lama tak pergi bercuti, Mama Harraz pun ajaklah Abe We pergi ke Morib Gold Coast Resort. Ajak je tau, belum pergi lagi. Hihiiii

Pagi ni Abe We pun surveylah harga bilik dan date yang nak book tu. Cek punya cek, date yang nak pergi tu unavailable. Alamak, birthday Danish nak dekat dah ni. Kalau tak boleh dapat rate murah sikit.

Harga Birthday Package naik

Entri Abe We sebelum ni di sini http://www.wayneharraz.com/2015/03/gold-coast-morib.html ada menyebut tentang beberapa perkara mengenai hotel ni terutama tentang Birthday Package.

Di sini Abe We dah buat semakan sikit lah tentang Birthday package yang baru dan lama.

Morib Gold Coast Resort

Perbezaan Birthday Package lama dan baru

Pihak hotel telah pun menukar atau kata lainnya mengupgrade...boleh ke mengupgrade? Tapi lebih kepada menukarlah. Menukar terms di dalam birthday package yang baru, selain harganya.

Harga yang baru ni naik RM16.00 di sebabkan GST. Kalau dulu RM268.00 tetapi sekarang dah jadi RM284.00

Semua benda naik harga...hmm...

Ok, kita tengok dulu perbezaan birthday package yang lama dan baru. Yang paling nyata lagi tang hadiah dan kek tu. Kalau dulu beriya cakap kek dan hadiah WORTH RM114.00!!! Memang phuiihhh sangat!! Menipu diorang ni.

Padahal bagi hadiah patung dengan kek kecik. RM50 pun tak sampai. Tapi dendang dekat website konon-konon mahal. Nipu lebih diorang ni.

Tu pasal sekarang ni diorang ubah. Tak letak WORTH RM114.00 tu dan Certificate Participant in Malaysia Book of Records. Jilake sungguh.

Tak semua terma di kurangkan

Nampak marah benor Abe We tulis kan? Ekceli, marah gak la. Sebab dapat kek dengan hadiah tak seperti apa yang di dendangkan.

Selain menukar terma asas, pihak hotel juga menambahbaik terma mereka. 2 penambahbaikan itu ialah
- Can be redeem one time only.
- May booked up to 5 units Studio Suite ONLY per Birthday Person.


Rasanya terma ini memang ok. Boleh redeem sekali sahaja. Ok lah tu. Birthday pun sekali setahun. Bukannya 2 kali. Lepas tu boleh book 5 unit Studio Suite hanya untuk Birthday Person. So, boleh la buat brithday party besar-besaran dekat hotel. Gittew....






Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
6 May 2016 at 11:34 delete

tak pernah lagi sampai ke sana...biasalah,sekarng ni semua naik..

Reply
avatar
8 May 2016 at 22:45 delete

Aik ya ka.. dekat dgn pcl tapi tak pernah menginap hotel gold cost morib

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.