Breaking


carian di sini



Friday, 27 May 2016

17:00:00

Johor Mega Sales di JPO

Jualan Mega di JPO dari 10 pagi hingga 2 pagi


Wahh...kebetulan minggu depan nak balik Johor!!!

Kompem mama Harraz orang yang paling gembira kalau tau ni. Hihihiii

Johor Mega Sales di JPO

Perkara ini telah pun di sebarkan melalui applikasi Whatsapp. Kalau ikut dalam surat ni di buka seawal 10.00 pagi sehingga 3.00 pagi. Tapi kalau tengok poster yang di dalam FB JPO, diorang tulis sehingga 2.00 pagi.

Johor Mega Sales di JPO

Tapi, kalau Johor Mega Sales ni di adakan sehingga bulan syawal, memang ramai orang datang walaupun sehingga 2.00 pagi. 

Kalau malam puasa tu, lepas tarawih, kompem orang start serbu. Tutup 2.00 pagi, balik rumah, sahur, lepas tu solat subuh, siangnya tidur. Hihihi.....

Bagi yang berkelapangan dan bagi yang duit tu tak tahu nak buat apa, jom kita shopping di JPO. Macam-macam ada.......


Johor Mega Sales di JPO


Johor Mega Sales di JPO





SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
14:54:00

iHerb - Pengalaman beli online dari luar negara

iHerb - menjual pelbagai produk berasaskan natural


Korang pernah dengar website iHerb?


Abe We pun baru je jumpa website ni. Sebab apa? Ce teke.......

Kulit Danish kasar


Actually, mama Harraz la dok bising-bising.
Kulit Danish kasar la...tak macam kulit baby lain
So, bila dah banyak kali cakap macam ni, dan Abe We telah cuba beberapa produk, tapi macam tak jumpa keserasian dia.

Ada yang produk A ni, bila pakai, dah siap mandi semua, rasa macam licin je kulitnya. Macam ada sabun.

So, bila mama Harraz dah dok ulang-ulang cakap cenggitu, Abe We pun search la dekat en google. Terjumpalah website  iHerb ni.

Shea Moisture baby head to toe shampoo


Bila dah baca beberapa produk, Abe We pilih la sabun Shea Moisture ni. Kandungan dia ada Argan Oil, Chamomile dan Shea Butter.


Lepas tu review dari orang lain pun macam menarik jew. Lantas Abe We pun pilih la produk ni lepas buat kajian review produk-produk lain.

Bila dah place order dan bayar rasa macam seram je nak dapat barang ni. Harga dia pun tak mahal sebenarnya.

Untuk sabun ni baru RM34.76. Ok lah. Setakat mandikan Danish, bukan pakai banyak mana pun sabun. Boleh tahan berbulan gak lah kan?

Tapi, Abe We bukanlah beli 1 botol ni je. Ada lagi 3 barang lain. Nak dapatkan postage murah sikit. Lepas tu, Abe We pilih postage paling murah sekali. Dalam RM16 je. Ada tracking number, tapi tak boleh track dalam website mana-mana courier. Memang agak gila lah masa menunggu barang sampai.

Mau tak, estimate sampai dia 1 bulan. Setiap minggu cek dekat kakak receptionist. Bila dah sampai due date tarikh dia sampai tu, iHerb hantar pula email. Email nak buat survey. Tapi dalam email tu ada lah dia mentioned sepatutnya barang dah sampai.

Adududu....risau je dalam hati ni. Barang dah 1 bulan ni. Tak sampai-sampai.

6 minggu baru sampai


Last-last, masuk minggu ke-6, baru lah sampai........


Fuhlamak.....first time kot Abe We shopping online dekat luar negara. Rasa macam nak tulis novel bila dapat kotak ni.

Tapi bila dapat kotak, rasa pelik sikit. Kotak ni macam kena air. Ada bekas basah. Tapi, kenapa ek???? Tak pe lah, kita buka barang dulu........


Ni lah barangnya. Nampak tak ada buih-buih dekat botol shampoo tu?

Sebenarnya, seal dekat cap dia tu tercabut. So, sabunnya dah tumpah dan menodai botol-botol lain. Walaupun dia bungkus dalam plastik, tapi still sabun tu menodai botol-botol lain sebab seal dekat plastik tu pun terbuka.

Complain di iHerb


Disebabkan adanya kelemahan dari pihak iHerb, Abe We pun komplen la dekat iHerbs...

Sebenarnya, Abe We bukanlah komplen sangat pun. Tapi just nak inform pihak iHerb bahawasanya barang yang diorang hantar tu sudah pun tertumpah sedikit.

Lepas tu, Abe We pun suggest la dekat diorang supaya pakai plastik bubble wrap dan plastik tambahan supaya barangan berasaskan cecair tidak mudah tumpah.

Dapat refund


Bila Abe We komplen, diorang jawab dengan baiknya. Last-last, iHerb bagilah mesej macam ni. Tapi Abe We memang tak minta pun diorang refund. In fact, memang Abe We tak terfikir sikit pun suruh diorang refund.

Inilah mesej diorang:-

Dear Mohd,

Thank you for your inquiry.

I have issued a refund for the bottle of shampoo in the amount of RMxx.xx back to your credit card.  Please allow a few days for the credit to post. 

We truly value the information and will be sharing your feedback with our supporting teams, as we are always looking for ways to create a better shopping experience for our customers.
Sincerely, 
  
Molly Jauregui
iHerb Customer Service 

Memang bagus layanan dari iHerb ni. Siap bagi refund lagi. Memang berbaloi!!


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Thursday, 19 May 2016

13:53:00

GEMPAR - Pesawat EgyptAir di syaki terhempas

Pesawat EgyptAir dari Paris ke Mesir di syaki terhempas

Hilang di radar semasa masuki Mesir


Ya Allah...

Ni berita terkini. Pesawat EgyptAir dari Paris ke Mesir di syaki terhempas. Pesawat itu membawa 66 orang penumpang .

Pesawat EgyptAir terhempas

Pesawat itu hiland dari radar semasa memasuki kawasan Mesir.

Pesawat EgyptAir terhempas

Radar telah menunjukkan pesawat itu telah terputus hubungan semasa berada di atas Laut Mediterranean.

Pesawat EgyptAir terhempas

Pesawat EgyptAir terhempas

Sehingga kini, tiada lagi maklumat yang di terima.

Seram pula nak naik kapal terbang kan?

Sejak MH370 hilang, banyak pula insiden kapal terbang ni........



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Tuesday, 17 May 2016

09:22:00

Hang Pi Mana - Lagu rock slang Utagha

Lirik Hang Pi Mana

Lagu slang utara tambat jiwa peminat


First time dengar kawan Abe We nyanyi lagu Hang Pi Mana ni dekat ofis. Pedia hang nyanyi ni. Pelik je lagu. Hang pi mana, hang pi mana dari tadi.


Sangkaan Abe We tentang lagu ni ternyata meleset!!

Abe We ingatkan lagu ni lagu ntahapaapantah. Sekali dengar...BEST PULAK!!!!



Biasanya, bila lagu utara je mesti teringat boria. Tapi lagu dari Khalifah ni ternyata lain.

La ni, Abe We pulak yang Hang Pi Mana!! Siap karoke dekat Smule!!! Hahahaha.......



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Friday, 13 May 2016

16:17:00

Jersi Manchester United 2016/17

Jersi Manchester United 2016/17


Wahhh....Jersi Manchester United 2016/17 dah pun leaked!!

Cantik ke? Ce kita nengok sikit.

Jersi Manchester United 2016/17

Mak aihhhh......

Buruk betul!!!!

Kompem ni made in china. Kalau benar ni jersi Manchester United 2016/17, seriously buruk!

Dah la line adidas dekat sisi. Saje diorang ni.


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
12:30:00

Kembara Kerjaya Johor 2016

Kembara Kerjaya Johor 3.0

Hampir 4,000 peluang pekerjaan di sediakan

PERHATIAN KEPADA ANAK JOHOR, BANGSA 01

Kepada mereka di luar sana, yang sedang mencari pekerjaan, ayuhlah kita pergi ke Kembara Kerjaya Johor 3.0.


Antara pengisian program Kembara Kerjaya 3.0 ini adalah:-


Kembara Kerjaya 3.0 akan di adakan di 3 lokasi berikut :

1) DEWAN FELDA ULU BELITONG
TARIKH : 20 MEI 2016 (JUMAAT)
MASA : 9.00 PG - 5.00 PTG
BIL. MAJIKAN: 30

2) PERKARANGAN PERPUSTAKAAN KEJORA, BANDAR PENAWAR
TARIKH : 21 MEI 2016 ( SABTU )
MASA : 9.00 PG- 5.00 PTG
BIL. MAJIKAN : 20

3) PERKARANGAN PADANG KAWAD UTM SKUDAI
TARIKH : 21 - 22 MEI 2016 ( SABTU-AHAD)
MASA : 9.00 PG - 5.00 PTG
BIL. MAJIKAN : 40
JUMPA KAMI DI SANA!!!

Jangan lepaskan peluang ini!!!


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
11:00:00

HARGA RUNTUH Shawl Exclusive by Papaglamz

HARGA RUNTUH Shawl Exclusive by Papaglamz


Assalamualaikum semua. Kepada semua pencari shawl secara online, tentu sahaja ramai yang akan membandingkan harga. Harga yang murah dan shawl yang berkualiti tinggi akan menjadi pilihan ramai. Tentu semua nak tahu berapakah harga shawl labuh chiffon exclusive by Papaglamz ni kan? 

Memandangkan shawl PapaG baru sahaja menjengah market fesyen Malaysia, sudah pasti PapaG akan menawarkan harga yang paling terbaik untuk anda semua. Sesuai dengan kualiti shawl itu sendiri.


harga-shawl-labuh-chiffon

Harga jualan Shawl Chiffon Exclusive by Papaglamz

Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari PapaG, jadi beliau menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

Haa reasonable tak? Jadi apa tunggu lagi? Cepat PM PapaG cepat-cepat. Nanti dia poskan kat korang. Ingat Shawl PapaG ni limited tau. Yela tak buat banyak sangat. Plays safe katanya. Hehehe

5 Pilihan warna Shawl Exclusive by Papaglamz

Basicaly, Shawl Exclusive by Papaglamz adalah ilham dari PapaG dan wife sewaktu mereka dalam perjalanan pulang dari KL tempoh hari. Entah macam mana tetiba terkeluar pula idea tentang nak buat shawl ni kan. Dari situlah mereka mula membuat sedikit kajian tentang material kain, potongan shawl yang menjadi kesukaan ramai, kos dan macam-macam lagi. Alhamdulillah perancangan mereka berjaya dan terhasillah shawl yang SANGAT EKSKLUSIF ni.

KONSEP shawl yang mereka ketengah ialah shawl yang mempunyai ciri-ciri lebar dan labuh. Sebab tu shawl yang mereka keluarkan ini agak panjang dan lebar. Panjangnya lebih kurang 1.95 meter dan lebarnya 0.9 meter. Semoga shawl ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah.

Dalam pemilihan material, mereka menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Antara sebab mereka menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang LEMBUT dan MUDAH BERALUN serta TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu kain Chiffon jenis ni sama seperti kain Chiffon bubble, tetapi bubblenya adalah sangat sangat sangat halus. Sebab itulah ianya sangat lembut. Kelebihan lain ialah kain dia seakan-akan dwi tone. jika kita lihat dari sisi yang berbeza samada kiri atau kanan, PROJECTION warna kain ada sedikit perbezaan. Menarik kan? Sebab tu lah kain ini dipilih untuk di jadikan shawl eksklusif mereka.

Detail Shawl Exclusive by Papaglamz

Saiz : 1.9 meter X 0.85 meter (Labuh tau)
Jenis kain : Chiffon moist crepe (Macam chiffon bubble tapi bubble dia sangat sangat sangat halus dan lembut serta sejuk dipakai. Yang penting TAK JARANG)
Warna pilihan :

ukuran-wide-shawl-terkini
Pink Belacan + Basic White (Dwi Tone)

ukuran-wide-shawl-terkini
Blue + Gold Yellow (Dwi Tone)


ukuran-wide-shawl-terkini
Brown + Gold Yellow (Dwi Tone)


ukuran-wide-shawl-terkini
Purple + Elegance Silver (Dwi Tone)


Green Emerald + Gold Yellow (Dwi Tone)

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Limited edition sebab Papaglamz tak buat banyak. Ye la, new baby kan..? Hehehe
Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

 Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz
 -sekian-


SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
09:43:00

Logo baru Instagram hodoh

Logo baru Instagram
Pelik, tak cantik

Jadi, inilah dia logo baru instagram? Hmmmm...

Buruk beb....Korang rasa?


Abe We hari-hari buka instagram. Dan hari-hari instagram selalu notify Abe We untuk update IG terbaru.

Maaf ler IG, teman punye handphone udah penuh internal memory nye. Udah tidak mampu nak update bagai. Teman punya handphone zaman lama punye. Ni teman tengah tunggu sape-sape nak sponsor teman. Huhuuuu

Rindu betul dengan logo IG lama. Lagi cun kot........




SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Tuesday, 10 May 2016

09:33:00

Tiket Final Piala FA 2016 - JDT vs PKNS

Tiket Final Piala FA 2016 - JDT vs PKNS
Tiket online sudah boleh di beli

Yiiihaaaaa.......

Tak sabar nak tunggu 14/5/2016 ni!! Dah lama Abe We tak pergi stadium. Gigil beb...........

Tiket Final Piala FA 2016 - JDT vs PKNS

Walaupun duduk di bumi The Red Giants, tetapi demi JDT Abe We musti turun. Nak buat macam mana kan. Dah namanya Bangsa 01. Hihihih..........

Ade sapa-sapa pergi tak? Boleh la kita roger-roger. Boleh selpi sama nanti. :)

Ehhh...macam tak cerita pulak pasal tiket Final Piala FA 2016 ni.

Semalamlah, ofismate Abe We dengan pantas roger Abe We. Dari minggu lepas lagi dia cakap

Kalau nak beli tiket, roger beb. Tiket start jual pukul 11 pagi

Abe We pun ok je lah. Lepas tu pagi semalam dia pun ingatkan lagi.

Tengah Abe We bertungkus lumus siap kan paper BOD, pukul 10.50 pagi dia cepat-cepat panggil Abe We.

Beb.....dah boleh beli tiket la. Cepat...Cepat......
Tanpa membuang masa dan saat, lantas dengan pantasnya Abe We terus beli tiket online. Memang untung siapa beli cepat. Laju je transaction dia. Hihihi......

So, jumpa sabtu ni ye.



SSPN i Plus Online, Segalanya Mudah? Klik Disini!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Friday, 6 May 2016

10:55:00

Harga bilik di Morib Gold Coast Resort Naik

Harga bilik di Morib Gold Coast Resort Naik

Harga naik RM16 di sebabkan GST

Harga bilik di Morib Gold Coast Resort naik???? 

Morib Gold Coast Resort

Dek kerana dah lama tak pergi bercuti, Mama Harraz pun ajaklah Abe We pergi ke Morib Gold Coast Resort. Ajak je tau, belum pergi lagi. Hihiiii

Pagi ni Abe We pun surveylah harga bilik dan date yang nak book tu. Cek punya cek, date yang nak pergi tu unavailable. Alamak, birthday Danish nak dekat dah ni. Kalau tak boleh dapat rate murah sikit.

Harga Birthday Package naik

Entri Abe We sebelum ni di sini http://www.wayneharraz.com/2015/03/gold-coast-morib.html ada menyebut tentang beberapa perkara mengenai hotel ni terutama tentang Birthday Package.

Di sini Abe We dah buat semakan sikit lah tentang Birthday package yang baru dan lama.

Morib Gold Coast Resort

Perbezaan Birthday Package lama dan baru

Pihak hotel telah pun menukar atau kata lainnya mengupgrade...boleh ke mengupgrade? Tapi lebih kepada menukarlah. Menukar terms di dalam birthday package yang baru, selain harganya.

Harga yang baru ni naik RM16.00 di sebabkan GST. Kalau dulu RM268.00 tetapi sekarang dah jadi RM284.00

Semua benda naik harga...hmm...

Ok, kita tengok dulu perbezaan birthday package yang lama dan baru. Yang paling nyata lagi tang hadiah dan kek tu. Kalau dulu beriya cakap kek dan hadiah WORTH RM114.00!!! Memang phuiihhh sangat!! Menipu diorang ni.

Padahal bagi hadiah patung dengan kek kecik. RM50 pun tak sampai. Tapi dendang dekat website konon-konon mahal. Nipu lebih diorang ni.

Tu pasal sekarang ni diorang ubah. Tak letak WORTH RM114.00 tu dan Certificate Participant in Malaysia Book of Records. Jilake sungguh.

Tak semua terma di kurangkan

Nampak marah benor Abe We tulis kan? Ekceli, marah gak la. Sebab dapat kek dengan hadiah tak seperti apa yang di dendangkan.

Selain menukar terma asas, pihak hotel juga menambahbaik terma mereka. 2 penambahbaikan itu ialah
- Can be redeem one time only.
- May booked up to 5 units Studio Suite ONLY per Birthday Person.


Rasanya terma ini memang ok. Boleh redeem sekali sahaja. Ok lah tu. Birthday pun sekali setahun. Bukannya 2 kali. Lepas tu boleh book 5 unit Studio Suite hanya untuk Birthday Person. So, boleh la buat brithday party besar-besaran dekat hotel. Gittew....






Image and video hosting by TinyPic