Masalah Sakit Belakang - Dapatkan rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre Melaka





Masalah Sakit Belakang

Dapatkan rawatan di Yusmizee Naturopathic Centre Melaka

Ada sesiapa di sini yang mengalami sakit belakang? Atau kenalan, saudara, ahli keluarga yang mengalami sakit belakang. Tapi tak tahu nak pergi ke mana untuk mendapatkan rawatan. Jom, baca entri Abe We ni. Insya allah boleh membantu mereka yang mempunyai sakit belakang yang kerap mengganggu.


Gangguan Sakit Belakang

Sakit belakang sememangnya mengganggu urusan kita seharian. Nak lakukan segala perkara memang terganggu.

Nak angkat berat. Nak membongkok. Semua sakit.

Gangguan sakit belakang biasanya di hidapi oleh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. 

Penyebab sakit belakang

Antara beberapa penyebab sakit belakang ialah:-

  1. Postur badan ketika mengangkat barang yang salah.
  2. Gangguan mekanikal pada struktur dan kefungsian tulang belakang
  3. Kurang melakukan senaman  menyebabkan kesakitan pada otot dan tulang belakang
  4. Pemakaian kasut tumit tinggi

Rawatan Naturopathic

Apakah itu rawatan Naturopathic?

Perubatan Naturopathic atau Naturopati (Naturopathy), adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa badan boleh sembuh dengan sendirinya. Pengamal Naturopati percaya badan manusia itu mempunyai keupayaan untuk membaiki diri sendiri dan pulih daripada penyakit jika ia disokong oleh persekitaran yang sihat. Bantuan dari Pengamal Naturopati dalam proses penyembuhan menggabungkan pelbagai kaedah kesihatan alternatif yang berasaskan semata-mata kepada keperluan individual, bukannya dari perubatan konvensional.

Yusmizee Naturopathic Centre


Kini perubatan Naturopathic atau Naturopati telah dibawa oleh Yusmizee Naturopathic Centre untuk membantu para pesakit bagi mendapatkan altelnatif dalam mengubati penyakit. Salah satu penyakit yang boleh diubati dengan kaedah perubatan Naturopathic atau Naturopati adalah sakit pinggang.



Di Yusmezee Naturopathic Centre menawarkan perkhidmatan perubatan merawat sakit pinggang. Kaedah rawatan tidak melibatkan pembedahan. Di Kliniknya, Dr.N Yusmizee menggunakan teknik-teknik pembetulan tulang pinggang yang bermasalah dengan kaedah rawatan naturopatic.

Rawatan lain di Yusmizee Naturopathic Centre

Yusmizee Naturopathic Centre bukan sahaja menawarkan rawatan sakit belakang. Antara rawatan lain adalah terapi hipnosis, rawatan resdung, akupuntur sinergi, urutan tradisional melayu, rawatan bekam dan juga penawar herba homeopati



Bagi yang ingin mendapatkan rawatan, boleh kunjungi Yusmizee Naturopathic Centre di alamat berikut:-

Yusmizee Naturopathic Centre


Dr Yusmizee Bin Yusoff 
Persatuan Pengamal Utama Naturopati Malaysia (MANIS)
Pusat Pengajian Sains Perubatan (USM Kubang Kerian)


Alamat : Lot 2.33, Tingkat Satu Bangunan Mara Alor Gajah, 78000 Alor Gajah.
Tel : 012-355 6736 

Facebook :Yusmizee Naturopathic Centre


Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.