Restoran Gegey Restoran Hipster di Dengkil





Restoran Gegey

Restoran Hipster di Dengkil


Pertama kali dengar nama restoran ni, pastinya kita agak terfikir-fikir juga lah. Restoran Gegey? Apa makna di sebalik gegey ni ye?

Restoran Hipster di Dengkil


Abe We pun tak sure sangat. Mulanya, Mama Harraz forward link fb dekat whatsapp Abe We.

Lepas tu beriya dia ngajak. Dari sehari ke sehari. Last-last 2 minggu tak jadi-jadi pergi. Mana taknya, lepas amek Mama Harraz, lepak dulu rumah nenek Danish, pukul 9.00 malam baru balik rumah.

Memang tak sempat singgahlah restoran Gegey ni. Satu hari tu Mama Harraz ajak balik awal. Dalam pukul 8.00 lebih. Tapi bila sampai je restoran Gegey ni, kedai memang penuh sangat. Bila dapat duduk je “Bang, air da habis. Sorry ye”

Adududuuuuu….. Elok je dapat duduk. Air yang menarik nafsu tu pula habis. Okok. Kita tuka ke Plan B.

Plan B nya adalah kita pergi weekend. So, ahad lepas, dengan mood 1stEFGathering tak habis lagi, kitorang pergi lah restoran Gegey ni lepas maghrib.

Terkejut


Restoran Hipster di Dengkil


Lepas maghrib pun ramai gila!! Full!! Terpaksa tunggu kat luar.

Sambil-sambil Mama Harraz tunggu dekat luar tu, Abe We dengan Danish pergi lah order.

C : Nak order apa bang?

AW : Red Velvet dengan Oreo

C : Nak berapa?

AW : 2 ni je.

C : Air nak apa?

AW : Air? (Pulak dah. Air apa pula? Kan dah order Red Velvet dengan Oreo. Air apa pulak) cakap dalam hati.

Restoran Hipster di Dengkil

C : Abang boleh pilih 6 jenis air. Coklat, vanilla, green tea, mocha, milk tea, cappuccino

AW :  Oooooo… Kalau gitu bagi red velvet air coklat, oreo air vanilla

C : Semua sekali RM18.00. Nama abang siapa? Abang bagi resit ni dekat kaunter air ye

Masa tunggu nak letak resit ni,punya beratur order orang lain. Memang panjang gila.

Tunggu punya tunggu, Abe We pun usha kaunter air. Tengok resit Abe We tu. Lagi 20 orang.
  
Pergkhhhh….lama lagi! Di sebabkan lama sangat menunggu, Abe We pun order lah makan. Lapo beb tunggu lama gila. Mama Harraz pun lapo gilo katenye.

Nasi Gegey


Abe We pun orderlah nasi gegey. (Sebab nasi ni je yang ada). Harga dia RM5.50 sebungkus

Restoran Hipster di Dengkil

Nasi. Ayam goreng kunyit. Sambal dan kuah kari. Sedap gak. Tapi Mama Harraz kata pedassss….. Tak rock langsung Mama Harraz ni.

Dah siap makan, Abe We pergi jengah lagi kaunter air. Penuh orang depan tu. Dok tunggu air masing-masing.

Order kena cilok


Dah panas punggung menunggu ni, akhirnya dia panggil nama Abe We. Elok je datang, ada pakcik ni cakap ni dia punya order.

Aisehhh… Macam sama pulak order dia. Sebijik! Memang dia punya kot.

Abe We pun patah balik ke tempat duduk. Abe We cakap lah dengan Mama Harraz. “Order tadi bukan kita punya lah. Tu orang lain. Kita punya kena tunggu lagi.”

Tapi Abe We macam tak puas hati. Abe We pergi lagi ke kaunter air tu. Minta adik manis yang buat air tu bagi resit yang ada nama Abe We.

Cisss!!!! Pakcik tadi cilok order Abe We!!

Abe We pun cakap lah dekat adik manis pembuat air tu

“Dik, saya punya order dah ada orang amek. Ni order orang lain. Tapi nama sama dengan saya”

Adik tu tanya pula dekat kawan dia “Ada order nama Izwan ke tadi”

Kawan dia pun cakap “Entah. Tak perasan pula.”

Abe We jelaskan lagi dekat adik tu.

“Dik, saya order air Red Velvet dan Oreo. Bukan air dalam resit ni”

“Ok. Abang pergi kaunter dulu. Tukar dekat sana”

Abe We pun pergilah dekat kaunter. Kebetulan ada adik pembungkus nasi tanya dekat Abe We. “Kenapa bang?”

“Ni, order saya dah ada orang amek. Saya order Red Velvet dengan Oreo. Tapi yang ni order orang lain. Nama sama dengan saya. Tapi order lain”

“Ok tak pe. Saya betulkan. Nanti saya buatkan abang punya dulu. Ni order pukul berapa? (sambal tengok resit) Ooohh…pukul 8.00 malam. Abang datang pukul berapa?”

“Saya datang pukul 7.40 malam.”

“Tak pe bang. Saya buat order abang punya dulu”

Punyalah lama, 1 jam setengah baru dapat minum.

Kemudian, datang sorang pekerja kedai tu. Abe We rasa dia macam salah sorang owner kedai tu lah. Dia sendiri cakap memang susah pakai sistem nama sekarang ni. Nak kena pakai sistem nombor.

Air Hipster


Bila siap je order Abe We, letak je atas meja, membutang mata Danish tengok.

Restoran Hipster di Dengkil

Mana tak nya, ada citot (biskot) dalam air tu. Suka benor dia.

Restoran Hipster di Dengkil

Tengoklah tu, kemain suka dia!

Abe We pun sama gak!! Tengok lah tu. Sekali 2 straw Abe We sedut!

Restoran Hipster di Dengkil

Penambahbaikan kedai


Rasanya kedai ni kena upgrade sikit masa menunggu minuman ni. Di sebabkan orang yang sangat ramai, rasanya kedai ni perlu tambah lagi pekerja membuat air. Dari 2 orang ke 4 orang.

Selain tu, kedudukan pekerja pembancuh perisa berkemungkinan tersilap sedikit. Pembancuh perisa sepatutnya duduk di belakang, kemudian di tengah-tengah pembancuh (macam sekarang) dan hadapan sekali pemanggil nama customer. Kalau dia buat macam ni, insya allah flow menghantar order tu betul.

Restoran Hipster di Dengkil

Kalau yang sekarang ni, pembancuh perisa tu dekat depan sekali (yang berbaju oren) dan pembuat air di tengah-tengah. Customer pula hantar order di tengah-tengah tempat buat air tu. Memang jem kat kawasan tu. Ada yang tunggu order lah, nak tengok orderlah. 

Customer tiada kesedaran sivik


Patutnya, tunggu je lah diorang panggil. Tak payah nak tunggu sangat dekat situ. Bukan boleh dapat cepat pun.

Selain tu, ada yang da habis minum, tak nak bangun-bangun. Nak borak panjang. Dah la ramai orang. Ada yang lama tunggu nak dapatkan meja, Dia boleh pula borak panjang macam 26 tahun tak jumpa.

Mama Harraz tak nak datang lagi



Mama Harraz cakap lepas ni tak nak datang lagi lah.

Abe cakap lah 
Kita boleh datang lagi, tapi dalam resit tu kena tulis nama yang unik. Yang tak de orang pakai. Contohnya Karim85632, tak pun tulis je nombor feveret kita macam 2222 ke. Kalau tulis macam ni, kompem tak de orang cilok order kita.

Tapi Abe We cakap dekat Mama Harraz yang Abe We nak repeat lagi. Hihiiiiiiii

Restoran Hipster terbaik di Dengkil

Sejujurnya, kedai ni memang sangat unik di Dengkil. Memang rare! Menu pun rare.

Kalau kita order air Rainbow, dia letak sepotong kek rainbow. Kalau order donut, dia letak sebijik donut. Memang sangat rare!!

Harga murah


Selain tu harganya pun murah. Baru RM9.00 secawan. Cawannya pun besar. Memang tak rugi datang ke sini.

Lagi-lagi bila UiTM dah ada dekat Dengkil ni. Penuhlah student kat kedai ni lepas ni. Boleh selalu lepak kat kedai ni nanti.......kikikiiiii.....

Jom kita terjah kedai ni.

Tapi ingat, untuk menikmati air ni, kaunter air ni di buka pukul 3.00 petang!!

RESTORAN GEGEY!!! Abe We nak buat permintaan sikit. Buka la kaunter air ni pukul 12.00 tengah hari. Panas boss...... Dapat minum air ni, nikmatnyaaaa.................

Restoran Gegey!!! U de bes!!!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
iffah hussin
AUTHOR
30 March 2016 at 22:56 delete

ok nak caras Karim85632,dgn no ni 2222 baru dapat cepat... air tu menarik...
dulu bonde pernah pergi tapi air red velvet air coklat, oreo air vanilla non hado... menu baru gamaknye

tapi mcm sedap je danish minum

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.