Penjawat Awam Naik Gaji......Naik Lagi.......Untunglah





Penjawat Awam Naik 1 Tangga Gaji

Wahhh....untunglah 1.4 juta penjawat awam. Naik lagi 1 tangga gaji. Berkat sokong kerajaan.


Pelaksanaan Gaji Minimum

Kerajaan juga akan melaksanakan gaji minimum kepada semua penjawat bermula 1 Julai 2016 ini. Jumlah gaji minimum untuk penjawat awam adalah RM1,200.00.

Apakah Nasib Pekerja Swasta


Semenjak PM Najib kita memegang tampuk pemerintahan, banyak kali juga gaji penjawat awam di naikkan. 

Sudahlah untuk mendapatkan peluang kerja di sektor kerajaan agak susah, terpaksalah kita ni kerja swasta sahaja. 

Ramai graduan yang sememangnya menginginkan kerja di sektor kerajaan ini. Sebab apa? Kerja terjamin, ada pencen, senang buat loan dll. 

Dengar pula gaji sektor kerajaan yang sentiasa di bela, makin ramai yang berminat untuk kerja di sektor kerajaan. Namun, semuanya terhad. 

Bila kerja di sektor swasta, gajinya pun ikut sesebuah syarikat itu sendiri. Mana syarikat yang boleh offer tinggi, bersyukur lah. Namun bagi mereka yang kerjanya lompat-lompat, memang agak susah sedikit dan kehidupannya agak mencabar. 

Untuk membeli sebuah rumah pada masa sekarang memang sangat-sangat mencabar. Harga rumah tidak seiring dengan tangga gaji pekerja swasta. 

Ekonomi Mencabar 


Jika di lihat pada ekonomi yang tidak menentu sekarang, pekerja swasta pada amnya kehidupan mereka agak mencabar. Sebenarnya bukan pekerja swasta sahaja, sama juga pekerja sektor kerajaan. Kehidupan sama-sama agak mencabar. 

Cumanya, bila ada berita kenaikan gaji pekerja kerajaan, ini akan menjadikan pekerja sektor kerajaan lebih bermotivasi dan menjamin perbelanjaan bulanan mereka lebih teratur. 

Dengan kenaikan harga barang dan harga minyak yang tidak menentu, di tambah pula kenaikan harga tol di beberapa tempat, sememangnya pergerakan terbatas. 

Mungkin ada hikmah juga. Supaya kita semua beringat. Jangan leka dengan apa yang di beri. 

Jika kita leka, bila sesuatu itu di tarik, kita akan menggelabah. Kita semua haruslah membuat perancangan. Baik dari segi belanja poket, malah segalanya. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Dan hendaklah berusaha lebih sedikit dari kebiasaan. 

Jangan lupa, kita ada kuasa untuk MERUBAH. Jika PERUBAHAN itu untuk kebaikan bersama, kita haruslah lakukannya demi kebaikan bersama.



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
4 March 2016 at 10:38 delete

nasiblah kita yang kerja swasta ni

Reply
avatar
Maria Firdz
AUTHOR
4 March 2016 at 11:03 delete

Saya pekerja kerajaan... Nampak indah dari luar... dalamannya,... tak guna saya luahkan di sini...

Reply
avatar
4 March 2016 at 11:15 delete

tapi dari segi long term tu adalah kebaikannya. yang penting ada pencen tu :)

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.