Kekal Sihat Bersama Forever Living

Kekal Sihat Bersama Forever Living

Forever Living produk berasaskan bahan semulajadi


Anda pernah dengar produk dari Forever Living? Forever Living merupakan salah satu sponsor semasa 1stEFGathering tempoh hari.

Produk ini berasaskan bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera, avocado, jojoba dan juga madu dan ianya sangat bagus untuk kesihatan kita.


Sepertimana yang kita tahu, terdapat banyak kebaikan di dalam aloe vera ini. Sifatnya yang lembab dan lembut di gunakan sebagai pelembab dan juga penyejuk jika terdapat kesan luka di badan.

Kenangan bermain Aloe Vera / Lidah Buaya


Pernah dulu semasa Abe We kecil-kecil, bila bermain dengan kawan-kawan, nampak je pokok lidah buaya ni masing-masing patahkan daunya dan tepek di rambut.

Bak kata orang tua, untuk melebatkan lagi rambut. Padahal masa tu budak-budak lagi. Bukan botak pun kepala. Kan? Ni lah kenangan semasa kecil bersama kawan-kawan bila nampak pokok lidah buaya.

Bukan takat tu je, kalau nampak pokok lidah buaya ni, mesti nak patahkan hujung dia. Sebab syok dengar bunyi dia patah. Rangup je. Lepas tu, lendir lidah buaya tu sapu kat kawan. Hahahaha....

Hadiah Cabutan Bertuah dari Forever Living


Semasa berlangsungnya 1stEFGathering, antara produk yang menjadi hadiah cabutan bertuah adalah:-

Forever Bee Honey

Forever Sun Lips

Forever Tooth Gel

Forever Face & Body Soap

Menang Cabutan Bertuah

Alhamdulillah, semasa proses cabutan bertuah, Abe We berjaya dapat Forever Tooth Gel.


Pertama kali Abe We mencuba Aloe Vera Toothgel ni. Mula-mula gunakannya, memang rasa lain sedikit sebab kita sangat biasa dengan produk ubat gigi lain.

Namun, apabila sudah menggunakannya, Abe We rasa ubat gigi ni lagi best. Rasa fresh. Nafas pun bau segar.

Ang pa semua patut cuba tau. Best sangat ubat gigi ni.


Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Share this:

Disqus Comments