Breaking


carian di sini



Thursday, 31 March 2016

22:19:00

My farm outlet Putrajaya - sampai juga akhirnya

My Farm Outlet tawarkan harga murah

Adakah murah?


Setelah beberapa minggu, akhirnya sampai gak Abe We kat My Farm Outlet Putrajaya.

Terletak di Presint 9, bersebelahan dengan depot bas dan bertentangan dengan Balai Bomba dan berdekatan dengan ERL dan juga Hospital Putrajaya.



Di My Outlet Farm ni, bukan sahaja barang basah di jual, malah barangan kering juga di jual.


Selain itu ada juga food truck menjual sate, pizza, sotong goreng (nak mencandat dengan nazlee.com memang tak kesampaian, so candat dalam kuali je la), pisang goreng, putu bambu, ais blended dan nasi beryani.


Di awal pembukaan My Outlet farm ni, memang ramai orang datang setiap petang. Namun setelah berminggu, angka itu berkurangan.


Motto yang menarik di gunakan


Apa yang menarik mengenai My Outlet Farm ni ialah motto yang di gunakan

Memerangi orang tengah 


Kalau tengok dari luar, khemah yang di gunakan memang besar. Namun apa yang di jual tak lah banyak sangat. Mungkin dah petang, jadi barang basah terutama lauk-lauk hanya tinggal sedikit sahaja.

Perbezaan harga


Apa yang Abe We dapat perhatikan, harga di sini tidaklah terlalu murah. Hanya murah dari pasar-pasar yang ada di sekitar Putrajaya terutama lauk-lauk.




Sebagai contoh, harga daging lembu di sini di jual dengan harga RM30/kg. Namun di pasar Kajang harga yang di jual di sana adalah RM28/kg.

Bagi ikan pula, ikan merah di jual dengan harga RM33/kg. Kalau di pasar kajang ikan merah di jual dengan harga RM30/kg.

Berlainan pula dengan sayur, Abe We rasa sayur di juak dengan harga berpatutan.

Kalau nak beli sayur sawi dan bayar dengan harga RM1/ikat, boleh la datang sini.



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, 30 March 2016

17:23:00

Beli baju raya online di Qaseh Zamri Collection

Dapatkan baju muslimah di Butik Qaseh Zamri Collection


Bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri sudah hampir tiba. Awak semua dah cari baju raya ke? Haaa…bagi yang masih tercari-cari tu, meh sini Abe We nak kabor.

Rasanya kalau bulan Ramadhan ni agak panas dan letih sedikit, apa kata kita beli baju raya secara online. Bukan baju sahaja, tudung pun ada.

Tapi dekat mana ye nak cari?

Jangan risau, Abe We memperkenalkan…………..

Butik Qaseh Zamri Collection




Butik Qaseh Zamri Collection di asaskan oleh Puan Haslina, Beliau telah memulakan bisnes dengan berniaga kain baju siap secara online , melangkah setapak lagi dengan menyewa lot bersama vendor-vendor bisnes yang sama.


Apakah yang dimaksudkan dengan : Butik Vendor/Vendor boutique

Konsep vendor butik lebih kepada perkongsian pemasaran dan membina jaringan perniagaan yang lebih besar. Sebagai contoh, dibawah satu butik, terdapat lebih 30 vendor yang menjual pelbagai jenis produk. Ini memberikan kelebihan kepada pelanggan untuk membeli kerana terdapat banyak pilihan produk.

Antara produk yang terdapat di Butik Qaseh Zamri Collection adalah:-




Dan kini, kedai butik miliknya @qaseh_zamri_collection sudah mampu menerima kunjungan pelanggan secara walk-in iaitu QASEH ZAMRI COLLECTION dialamat  :


No.3a Jalan Desa 1/1,
Bandar Country Homes,
Rawang Selangor.
  
No. Tel / whatsapp : 019-3240813



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Tuesday, 29 March 2016

14:52:00

Kekal Sihat Bersama Forever Living

Forever Living produk berasaskan bahan semulajadi


Anda pernah dengar produk dari Forever Living? Forever Living merupakan salah satu sponsor semasa 1stEFGathering tempoh hari.

Produk ini berasaskan bahan-bahan semulajadi seperti aloe vera, avocado, jojoba dan juga madu dan ianya sangat bagus untuk kesihatan kita.


Sepertimana yang kita tahu, terdapat banyak kebaikan di dalam aloe vera ini. Sifatnya yang lembab dan lembut di gunakan sebagai pelembab dan juga penyejuk jika terdapat kesan luka di badan.

Kenangan bermain Aloe Vera / Lidah Buaya


Pernah dulu semasa Abe We kecil-kecil, bila bermain dengan kawan-kawan, nampak je pokok lidah buaya ni masing-masing patahkan daunya dan tepek di rambut.

Bak kata orang tua, untuk melebatkan lagi rambut. Padahal masa tu budak-budak lagi. Bukan botak pun kepala. Kan? Ni lah kenangan semasa kecil bersama kawan-kawan bila nampak pokok lidah buaya.

Bukan takat tu je, kalau nampak pokok lidah buaya ni, mesti nak patahkan hujung dia. Sebab syok dengar bunyi dia patah. Rangup je. Lepas tu, lendir lidah buaya tu sapu kat kawan. Hahahaha....

Hadiah Cabutan Bertuah dari Forever Living


Semasa berlangsungnya 1stEFGathering, antara produk yang menjadi hadiah cabutan bertuah adalah:-

Forever Bee Honey

Forever Sun Lips

Forever Tooth Gel

Forever Face & Body Soap

Menang Cabutan Bertuah

Alhamdulillah, semasa proses cabutan bertuah, Abe We berjaya dapat Forever Tooth Gel.


Pertama kali Abe We mencuba Aloe Vera Toothgel ni. Mula-mula gunakannya, memang rasa lain sedikit sebab kita sangat biasa dengan produk ubat gigi lain.

Namun, apabila sudah menggunakannya, Abe We rasa ubat gigi ni lagi best. Rasa fresh. Nafas pun bau segar.

Ang pa semua patut cuba tau. Best sangat ubat gigi ni.


Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Sunday, 27 March 2016

20:12:00

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY

MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY


[by Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd]

Bersempena Musim Mencandat Sotong 2016 dan Tahun Melawat Kelantan 2016 , Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (Peneraju Pakej Kelantan Tours) ADA menganjurkan Give away melalui Blog www.nazlee.com . Tujuan adalah untuk memperkenalkan kepada umum berkenaan pakej-pakej pelancongan yang disediakan oleh Xceltravel seperti di laman web rasmi mereka   xcelltravel.com 

Salah satu daripada pakej-pakej yang ingin diperkenalkan adalah PAKEJ MENCANDAT SOTONG 2016 (KELANTAN) . Jika korang yang berminat 'candat' boleh lah turun mencandat sotong, jika tak dapat turun mencandat tahun ini, kita semua berpeluang menyarung t-shirt mencandat sotong khas daripada penaja (gambar di bawah). Peluang mudah menang dengan cara menyertai MENCANDAT SOTONG T-SHIRT GIVE AWAY ; bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016



Terdapat 10 helai t-shirt tersebut untuk dimenangi (10 pemenang) dengan mengikut syarat-syarat  mudah seperti berikut :

1) FOLLOW PAGE FACEBOOK Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.facebook.com/xcelltravel/)
2) FOLLOW INSTAGRAM Xcelltravel & Tours Management Sdn Bhd (https://www.instagram.com/xcelltravelofficial/)
3) Buat 1 Entri blog
4) Penyertaan terbuka untuk Blogger Malaysia .
5) Tempoh GA bermula pada 26 Mac 2016 sehingga 30 April 2016

Ok, selamat bergiveaway !

Friday, 25 March 2016

14:00:00

Cafe Cerita Kambing - Segalanya berkaitan Kambing

Cafe Cerita Kambing - Biryani kambing dan kambing bakar superb


Siapa dekat sini yang suka makan daging kambing?!!

Agak mustahil kan nak jumpa yang tak suka daging kambing. Ada tu memang ada. Tapi sebilangan kecil lah.

Dan siapa pula yang tak akan terliur bila dengar kambing bakar, kambing golek......... Kalau dekat mana-mana ada menu ni, pastinya, menu ni lah yang paling ramai orang beratur. Dan cepat habis..... Kan?

Ok, berbalik kita dengan cerita daging kambing ni. Alhamdulillah, semasa 1stEFGathering tu Cafe Cerita Kambing telah pun sponsor makan tengah hari kami.

Antara menu yang ada pada hari tersebut seperti mana ada di dalam gambar ini.

Cafe Cerita Kambing

Ehhh.... ape barang kan tengok gambar jauh cenggini. Cane nak tau menu dia kan?

Jom kita close up depan kamera..............

Tadaaaa....................

Cafe Cerita Kambing
Kambing bakar yang super leleh........

Cafe Cerita Kambing
Ada acar

Cafe Cerita Kambing
Kari kambing


Cafe Cerita Kambing
Ayam masak merah


Cafe Cerita Kambing
Pengat pisang

Betul lah, sesuai dengan namanya Cafe Cerita Kambing. Memang main menu ni kambing sahaja. 

Suka Mama Harraz. 3-4 kali repeat kambing bakar tu. Abe We pula dok gigih pilih lada benggali (benggala). Abe We memang suka lada benggali ni. Sebab Abe We pun ada rupa benggali. Hehehe.....

Selain itu, ada juga pengat pisang di sediakan. Sedap! 

Sejujurnya, menu dari Cafe Cerita Kambing ni memang superb.

Mana nak cari Cafe Cerita Kambing? Nin dia alamatnya. Jom la uolss, kita pekena biryani kambing!

Cafe Cerita Kambing 
Level 1, Anggerik Mall, 
Seksyen 14, Shah Alam



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Thursday, 24 March 2016

17:03:00

Restoran Gegey Restoran Hipster di Dengkil

Restoran Gegey

Restoran Hipster di Dengkil


Pertama kali dengar nama restoran ni, pastinya kita agak terfikir-fikir juga lah. Restoran Gegey? Apa makna di sebalik gegey ni ye?

Restoran Hipster di Dengkil


Abe We pun tak sure sangat. Mulanya, Mama Harraz forward link fb dekat whatsapp Abe We.

Lepas tu beriya dia ngajak. Dari sehari ke sehari. Last-last 2 minggu tak jadi-jadi pergi. Mana taknya, lepas amek Mama Harraz, lepak dulu rumah nenek Danish, pukul 9.00 malam baru balik rumah.

Memang tak sempat singgahlah restoran Gegey ni. Satu hari tu Mama Harraz ajak balik awal. Dalam pukul 8.00 lebih. Tapi bila sampai je restoran Gegey ni, kedai memang penuh sangat. Bila dapat duduk je “Bang, air da habis. Sorry ye”

Adududuuuuu….. Elok je dapat duduk. Air yang menarik nafsu tu pula habis. Okok. Kita tuka ke Plan B.

Plan B nya adalah kita pergi weekend. So, ahad lepas, dengan mood 1stEFGathering tak habis lagi, kitorang pergi lah restoran Gegey ni lepas maghrib.

Terkejut


Restoran Hipster di Dengkil


Lepas maghrib pun ramai gila!! Full!! Terpaksa tunggu kat luar.

Sambil-sambil Mama Harraz tunggu dekat luar tu, Abe We dengan Danish pergi lah order.

C : Nak order apa bang?

AW : Red Velvet dengan Oreo

C : Nak berapa?

AW : 2 ni je.

C : Air nak apa?

AW : Air? (Pulak dah. Air apa pula? Kan dah order Red Velvet dengan Oreo. Air apa pulak) cakap dalam hati.

Restoran Hipster di Dengkil

C : Abang boleh pilih 6 jenis air. Coklat, vanilla, green tea, mocha, milk tea, cappuccino

AW :  Oooooo… Kalau gitu bagi red velvet air coklat, oreo air vanilla

C : Semua sekali RM18.00. Nama abang siapa? Abang bagi resit ni dekat kaunter air ye

Masa tunggu nak letak resit ni,punya beratur order orang lain. Memang panjang gila.

Tunggu punya tunggu, Abe We pun usha kaunter air. Tengok resit Abe We tu. Lagi 20 orang.
  
Pergkhhhh….lama lagi! Di sebabkan lama sangat menunggu, Abe We pun order lah makan. Lapo beb tunggu lama gila. Mama Harraz pun lapo gilo katenye.

Nasi Gegey


Abe We pun orderlah nasi gegey. (Sebab nasi ni je yang ada). Harga dia RM5.50 sebungkus

Restoran Hipster di Dengkil

Nasi. Ayam goreng kunyit. Sambal dan kuah kari. Sedap gak. Tapi Mama Harraz kata pedassss….. Tak rock langsung Mama Harraz ni.

Dah siap makan, Abe We pergi jengah lagi kaunter air. Penuh orang depan tu. Dok tunggu air masing-masing.

Order kena cilok


Dah panas punggung menunggu ni, akhirnya dia panggil nama Abe We. Elok je datang, ada pakcik ni cakap ni dia punya order.

Aisehhh… Macam sama pulak order dia. Sebijik! Memang dia punya kot.

Abe We pun patah balik ke tempat duduk. Abe We cakap lah dengan Mama Harraz. “Order tadi bukan kita punya lah. Tu orang lain. Kita punya kena tunggu lagi.”

Tapi Abe We macam tak puas hati. Abe We pergi lagi ke kaunter air tu. Minta adik manis yang buat air tu bagi resit yang ada nama Abe We.

Cisss!!!! Pakcik tadi cilok order Abe We!!

Abe We pun cakap lah dekat adik manis pembuat air tu

“Dik, saya punya order dah ada orang amek. Ni order orang lain. Tapi nama sama dengan saya”

Adik tu tanya pula dekat kawan dia “Ada order nama Izwan ke tadi”

Kawan dia pun cakap “Entah. Tak perasan pula.”

Abe We jelaskan lagi dekat adik tu.

“Dik, saya order air Red Velvet dan Oreo. Bukan air dalam resit ni”

“Ok. Abang pergi kaunter dulu. Tukar dekat sana”

Abe We pun pergilah dekat kaunter. Kebetulan ada adik pembungkus nasi tanya dekat Abe We. “Kenapa bang?”

“Ni, order saya dah ada orang amek. Saya order Red Velvet dengan Oreo. Tapi yang ni order orang lain. Nama sama dengan saya. Tapi order lain”

“Ok tak pe. Saya betulkan. Nanti saya buatkan abang punya dulu. Ni order pukul berapa? (sambal tengok resit) Ooohh…pukul 8.00 malam. Abang datang pukul berapa?”

“Saya datang pukul 7.40 malam.”

“Tak pe bang. Saya buat order abang punya dulu”

Punyalah lama, 1 jam setengah baru dapat minum.

Kemudian, datang sorang pekerja kedai tu. Abe We rasa dia macam salah sorang owner kedai tu lah. Dia sendiri cakap memang susah pakai sistem nama sekarang ni. Nak kena pakai sistem nombor.

Air Hipster


Bila siap je order Abe We, letak je atas meja, membutang mata Danish tengok.

Restoran Hipster di Dengkil

Mana tak nya, ada citot (biskot) dalam air tu. Suka benor dia.

Restoran Hipster di Dengkil

Tengoklah tu, kemain suka dia!

Abe We pun sama gak!! Tengok lah tu. Sekali 2 straw Abe We sedut!

Restoran Hipster di Dengkil

Penambahbaikan kedai


Rasanya kedai ni kena upgrade sikit masa menunggu minuman ni. Di sebabkan orang yang sangat ramai, rasanya kedai ni perlu tambah lagi pekerja membuat air. Dari 2 orang ke 4 orang.

Selain tu, kedudukan pekerja pembancuh perisa berkemungkinan tersilap sedikit. Pembancuh perisa sepatutnya duduk di belakang, kemudian di tengah-tengah pembancuh (macam sekarang) dan hadapan sekali pemanggil nama customer. Kalau dia buat macam ni, insya allah flow menghantar order tu betul.

Restoran Hipster di Dengkil

Kalau yang sekarang ni, pembancuh perisa tu dekat depan sekali (yang berbaju oren) dan pembuat air di tengah-tengah. Customer pula hantar order di tengah-tengah tempat buat air tu. Memang jem kat kawasan tu. Ada yang tunggu order lah, nak tengok orderlah. 

Customer tiada kesedaran sivik


Patutnya, tunggu je lah diorang panggil. Tak payah nak tunggu sangat dekat situ. Bukan boleh dapat cepat pun.

Selain tu, ada yang da habis minum, tak nak bangun-bangun. Nak borak panjang. Dah la ramai orang. Ada yang lama tunggu nak dapatkan meja, Dia boleh pula borak panjang macam 26 tahun tak jumpa.

Mama Harraz tak nak datang lagi



Mama Harraz cakap lepas ni tak nak datang lagi lah.

Abe cakap lah 
Kita boleh datang lagi, tapi dalam resit tu kena tulis nama yang unik. Yang tak de orang pakai. Contohnya Karim85632, tak pun tulis je nombor feveret kita macam 2222 ke. Kalau tulis macam ni, kompem tak de orang cilok order kita.

Tapi Abe We cakap dekat Mama Harraz yang Abe We nak repeat lagi. Hihiiiiiiii

Restoran Hipster terbaik di Dengkil

Sejujurnya, kedai ni memang sangat unik di Dengkil. Memang rare! Menu pun rare.

Kalau kita order air Rainbow, dia letak sepotong kek rainbow. Kalau order donut, dia letak sebijik donut. Memang sangat rare!!

Harga murah


Selain tu harganya pun murah. Baru RM9.00 secawan. Cawannya pun besar. Memang tak rugi datang ke sini.

Lagi-lagi bila UiTM dah ada dekat Dengkil ni. Penuhlah student kat kedai ni lepas ni. Boleh selalu lepak kat kedai ni nanti.......kikikiiiii.....

Jom kita terjah kedai ni.

Tapi ingat, untuk menikmati air ni, kaunter air ni di buka pukul 3.00 petang!!

RESTORAN GEGEY!!! Abe We nak buat permintaan sikit. Buka la kaunter air ni pukul 12.00 tengah hari. Panas boss...... Dapat minum air ni, nikmatnyaaaa.................

Restoran Gegey!!! U de bes!!!

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, 23 March 2016

20:00:00

Sewa kanopi terbaik bersama Majestic Events

Majestic Events


Alhamdulillah. Selesai majlis 1stEFGathering, terasa sungguh penat dan seronok sekali. Antara yang paling best masa gethering haritu ialah khemah pink dari Majestic Events.

sewa kanopi shah alam

Tengoklah hasil seni dari Majestic Events. Memang memuaskan. Nak deal dengan diorang pun senang. Tak de masalah.

sewa kanopi shah alam

Kelengkapan dari Majestic Events


Antara barangan yang di sponsor oleh Majestic Events semasa gathering haritu ialah:-

  1. Khemah (1 unit)
  2. Meja (4 round table, 2 banquet table)
  3. Kipas (4 industrial fan)
  4. Kerusi (50 kerusi)
  5. Hiasan khemah, meja dan kerusi (scallop,sarung kerusi, riben)
sewa kanopi shah alam

Sebenarnya, Majestic Events buka setakat membekal kanopi, meja, kerusi dan kipas sahaja. Mereka membekal pelbagai lagi barangan kelengkapan perkahwinan dan majlis-majlis keramaian.

Majestic Events juga membekal peralatan seperti di bawah ini.

sewa kanopi shah alam

Selain dari majlis 1stEFGathering ni, jom kita tengok event lain yang di buat oleh Majestic Events ni.





Banyak kan kelengkapan dari Majestic Events ni?

Bagi sesiapa yang nak mendirikan masjid atau yang nak buat event lain (dinner dsb), memang sesuai sewa kelengkapan dengan Majestic Events ni.

Boleh sewa PA system lagi. Memang lengkap sangat kelengkapan Majestic Events ni.

Sebarang pertanyaan boleh layari website, fb dan ig Majestic Events seperti di bawah ini:-

:http://www.majesticevents.com.my/
: Majestic Events Sdn Bhd (facebook.com/Majestic-Events-Sdn-Bhd-1580199078921888)
: majesticevents.sdn.bhd (instagram.com/majesticevents.sdn.bhd/)

Ataupun boleh hubungi mereka seperti tertera di bawah ini:-

Tel: 03-5166 3417 / 012-2978417
Fax: 03-51673417

Atau datang terus ke alamat ini :-

23, Jalan 32/189. Bukit Naga Industrial Park. 40460 Shah Alam. Selangor 


Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic