Out Door Photo Shoot bersama Que Iskandar
Out Door Photo Shoot di Batu Layar
Habiskan cuti Chinese New Year
Bersempena cuti Chinese New Year yang panjang, Abe We pun baliklah kampung. Dah lama kot tak balik kampung. Kang ada pulak cop lupa daratan kat dahi. Hihihihih......
Aktivi kat kampung tu tak ada banyak sangatlah. Setakat pusing-pusing bandar kota. Shopping dekat kedai kemboja (ni bukan aktiviti Abe We. Tapi aktiviti Mama Harraz...hihihii)
Sambil-sambil bercuti tu, sempatlah Abe We ke Batu Layar, Kota Tinggi.
foto kredit aznanie.blogspot.my |
Kalau dari rumah Abe We, adalah dalam 30 mint hingga 40 minit untuk sampai ke sini. Tempat ni memang sesuai dan menjadi pilihan berkelah selain Tanjung Balau.
Pantainya pun cantik. Banyak batu-batu besar. Tempat ni juga menjadi pilihan pengantin sekitar kawasan Kota Tinggi mengambil gambar out door.
Di sebabkan keluar dari rumah pukul 5.00 petang, dan waktu ni cuaca mulai mendung, jadinya hanya beberapa gambar sahaja yang dapat di ambil.
Tengoklah hasilnya. Ni kalau masuk majalah Maskulin, kompem meletop ni....hihihih.......
p/s: Agak-agak, boleh tak jadi model majalah? hihihihi.......
Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35
Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra

kemain jadi model. kahkahkah.
ReplyDeletemasih kacak dan bergaya kan?
Deleteok la..memang kacak..memang bergaya...tp gadis2 di luar sana..dia bukan bujang ye...dah ada anak dara...hahahaha
ReplyDeletepatut lah dengar berita Kota Tinggi ada gempa bumi kecil hari tu, rupanya ada model majalah Maskulin tengah photoshoot...!! hahahahahaa... :p
ReplyDeletehabis retak-retak batu tu.. dah jadi batu belah batu bertangkup dah.. air laut pun semakin merah, tak biru2 air laut lagi.. langit tak payah cakap lah gelap-gelita.. pokok2 dan hidupan laut semua mati keracunan...!!
dasyat penangan Ewan.. kahh kahhh kahhh...!
mohon jangan buat lagi ya.. kesian org Kota Tinggi.. :p
Perghhhh! Ingat kak ain nak sambung entri abe we ni tadi hahahahha. Sampai melaporkan berita gempa bumi semua. Btw terima kaish utk berita itu :P
DeleteErmm model majalah tu tidak. Tapi abe we lagi kacak kalau pakai spek mata hahha #takdekaitan
ReplyDelete