Manhole dalam rumah tersumbat





Manhole dalam rumah tersumbat


Siapa pernah dengar perkataan Manhole ni? Kalau mereka yang berkerja di dalam bidang pembinaan, istilah ni memang tidak asing lagi. Tapi bagi yang tak terlibat dalam bidang pembinaan, memang tak faham langsung istilah ni.

manhole
ihsan google

Apa itu Manhole


Kalau tengok pada ejaannya dan di tafsirkan = Lubang lelaki! Kan? Secara teorinya, hampir tepat.

Tetapi Abe We pun tak reti nak bagi tau jawapan dalam Bahasa Melayu secara tepat. Hahaha….

Ia boleh di takrifkan sebagai lubang sistem kumbahan yang mana manhole di di gunakan untuk pekerja masuk ke sistem perparitan kumbahan tu. Perasan tak kalau kat tengah jalan raya ada 1 benda berbentuk kotak atau bulat. Kalau kat jalan raya biasanya TM Net pasang kabel internet ikut dalam parit tu.

Manhole dalam rumah tersumbat


Ini cerita dan kejadian yang di alami oleh Abe We dan juga jiran-jiran. Beberapa bulan lepas, setelah Abe We duduk rumah sendiri, sedang jiran sebelah nak masuk rumah, dia pun cuci lah rumah dia. 2 hingga 3 hari gak dia dok cuci. Lepas tu Abe We perasan tiba-tiba stor Abe We basah secara tiba-tiba. 
Manhole dalam rumah tersumbat

Manhole dalam rumah tersumbat


Mula-mula, airnya naik sikit. Lepas tu setiap hari naik 2 – 3 inci. Ekceli bukan air yang naik. Lebih kepada kelembapan. Tak de rasa air pun, tapi Nampak kelembapan tu naik dari hari ke hari.

So, Abe We call la developer. Bila diorang buat arrangement untuk tengok stor Abe We tu, diorang pun macam pelik. Sebab bukan air. Tapi kelembapan. Takut lah kan bawah lantai tu ada paip. Takut paip bocor ke. Tapi bila tengok meter paip, meter tak jalan. So, maksudnya tak ada paip air bawah lantai.

Tapi bila setiap hari naik kelembapan tu, kita pun pelik. So, plumber dia datang. Plumber dia cakap memang bawah stor ni taka da paip. Paip dia ikut laluan lain. Dia pun cerita lah, ni lembap sebab pengudaraan stor. Bila tutup stor, udara tak dapat nak alir. Simen akan jadi lembap. Memang ada logik. 

Tapi Abe We nak jawapan yang lebih lagi, dia pun buka manhole. Bawah stor tu ada paip pembentung untuk toilet atas. Paip tu la yang buang sisa bila kita buang air besar dan kecil. So, dia tunjukkan lah paip tu ada masalah atau tak. Dia flush toilet, dan Abe We tunggu dekat manhole tu. So, air memang laju keluar.

Manhole dalam rumah tersumbat


So, paip air bukan masalah, paip pembentung bukan masalah. Jawapan dia ialah air basuhan jiran sebelah tu meresap masuk ke stor Abe We. Solution dia, kipaskan stor tu. Alhamdulillah masalah tu dah pun selesai.

Yang menjadi masalah sekarang ialah manhole tu. Dalam manhole tu ada batu bata. Kontraktor tak bersihkan dalam manhole tu. Plumber tu pun marah gak dengan kontraktor tu. Tak bersihkan. Last-last plumber tu yang bersihkan. Dah la ada khazanah ‘emas’. Masa plumber tu bersihkan, Abe We pun wasap grup taman Abe We kaborkan kat diorang bahawa dalam manhole tu banyak khazanah. Harus tengok dan suruh developer bersihkan.

Manhole dalam rumah tersumbat
sesudah manhole di buka

Manhole dalam rumah tersumbat
kerja pembersihan manhole

Dan minggu ni, jiran Abe We pun bagitau tandas dia tersumbat dan bila flush, air tu naik dekat floor trap.

Abe We dan rakan lain bagitau, kol developer tu, suh datang betulkan. Dan bila developer datang, punya banyak harta karun. Ada baju, seluar dan binatang paling kiut sekali. LIPAS!!!

khazanah dalam manhole jiran Abe We


Bukan dia sorang je dah terkena, rupanya jiran lain pun kena gak. Ada yang jumpa botol air, tuala good morning. 

Ini lah dilema pembeli rumah. Beli ratus ribu, dapatnya masalah-masalah macam ni. Yang developer plak untung juta-juta. Yang sakitnya pembeli……..

Manhole dalam rumah tersumbat

Manhole dalam rumah tersumbat

Manhole dalam rumah tersumbat






Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Suriaamanda
AUTHOR
23 February 2016 at 16:45 delete

Mak oiii...macam- macam hal..kalau masih dalam warranty panggil je developer...

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
23 February 2016 at 18:04 delete

Ya Allah..khazanah yang lambat mereput pulaknya ya...

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.