Manfaat TPPA kepada Malaysia

Malaysia sah tanda tangan TPPA

kebaikan & keburukan TPPA masih samar


Abe We bukan lah pakar dalam bidang ni. Dan sampai sekarang masih samar-samar mengenai TPPA ni.

Tapi dari sudut pembacaan Abe We, agak buruk jugalah TPPA ni. Nak baca isi kandungan TPPA yang berjela-jela tu memang tidak lah.


Dan hari ini, sahlah Malaysia sudah tandatangani perjanjian TPPA ni. Semoga membawa 1001 kebaikan kepada rakyat Malaysia.


Tapi, apakah manfaat TPPA ni kepada Malaysia. Abe We sharekan dari Astro Awani je la ye.

Manfaat TPPA kepada Malaysia


1. Peningkatan gaji untuk pekerja tidak mahir diunjur meningkat sebanyak 0.45-0.91 peratus dan pekerja mahir sebanyak 0.38-0.78 peratus.

2. Dasar Bumiputera dan PKS kekal pada status quo sedia ada.

3. Lebih daripada 90 peratus peningkatan ekonomi disumbangkan menerusi langkah bukan tarif yang lebih rendah.

4. Eksport dijangka meningkat mengatasi pertumbuhan import, sekali gus lebihan dagangan dijangkakan mengecil kepada 4.3-5.2 peratus KDNK pada 2027

5. Sektor yang menyumbang kepada 20 peratus KDNK Malaysia pada 2014 dijangkakan akan mencatat pertumbuhan keluaran yang lebih tinggi, terutama subsektor pembuatan.

6. Syarikat berorientasikan eksport akan memproleh manfaat daripada akses pasaran yang lebih luas.

7. Syarikat akan memperoleh manfaat menerusi akses kepada pemerolehan kerajaan, liberalisasi digital yang lebih luas selain penguatkuasaan perlindungan rahsia perdagangan

8. Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia diunjur meningkat sebanyak US$107 bilon kepada US$211 bilion antara 2018-2027.

9. Pelaburan diunjur meningkat kepada US$239 bilion antara 2018-2027 - disumbang pelaburan yang lebih tinggi dalam industri tekstil, pembinaan dan perdagangan pengedaran.

10. Penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS) mungkin meningkatkan kos kepada kerajaan, namun perlindungan sudah disediakan bagi menangani saman dan melindungi dasar terutama dalam bidang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »
3 Komentar untuk "Manfaat TPPA kepada Malaysia"

mungkin di atas kertas nampak kebaikan..tetapi di sebaliknya..ermmm

Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

menyesal dulu tingkatan 4 tak ambik subjek Ekonomi... :p

masih tak tau apa tppa ni sbnrnya....huhuhuhu

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Template By Kuncidunia & Kaizen Template - Support KZN | KSF