Isu Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing di Malaysia





Kebanjiran Pekerja Asing - Keperluan atau Keuntungan?

Rakyat makin rasa tidak selesa

Isu yang memang hangat sekarang ni. Kemasukan 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh.

Kalau cakap pasal warga asing ni, rasanya warga asing yang ada dalam Malaysia sekarang ni pun dah cukup ramai.

Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing
Pergi je ke mana ceruk sekalipun, mesti ada pekerja asing. Bila dah diorang ramai-ramai, kita jadi tak selesa. Kita pula jadi takut bila diorang ramai-ramai. 

Bayangkanlah, padahal kita di negara sendiri. Sedangkan diorang di negara asing. Tapi, kita boleh jadi takut dengan kehadiran diorang.

Ada benarnya kata menteri, belia sekarang ni kurang berminat dengan sector pekerjaan 3D “Dirty, Difficult and Dangerous”. Tapi bukannya belia atau khususnya rakyat Malaysia kurang berminat dengan sektor pekerjaan ni. Cuma sebahagian saja yang berminat.
Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing


Persoalannya sekarang, kenapa rakyat Malaysia kurang berminat dengan sektor pekerjaan 3D ini? Persoalan pokoknya ialah GAJI.

Kalau majikan menggaji pekerja asing, majikan boleh membayar murah dari pekerja tempatan. Selain itu, majikan boleh mengerah tenaga pekerja asing ke tahap maksima. Sedangkan pekerja tempatan gaji lebih mahal sedikit dari pekerja asing.


Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing

Bukan pekerja tempatan gilakan gaji, tapi pekerja tempatan perlu menyara kos kehidupan. Makan, minum, sewa rumah, sewa-beli kenderaan. Dan bagi yang ada keluarga pula perlu menyara keluarga. Duit itu di habiskan ke keperluan harian dan keluarga. 

Bagi pekerja asing, bayarannya murah, mereka boleh hidup berhimpit seramai 20 orang dalam sebuah rumah. Pergi kerja ada yang majikan sediakan kenderaan. Gaji bulanan untuk makan sendiri, selebihnya kirim ke keluarga. So, perbelanjaan bulanan mereka agak rendah sedikit. Dan wang yang di kirim ke keluarga mereka, jika di tukar ke nilai mata wang mereka, tentunya lebih banyak. Ini dari segi matematik dan congak orang tak pandai.

Lagi satu, orang Malaysia ni, kalau dah stress kerja dalam sektor ni, tiba-tiba esok berhenti kerja. Dah satu masalah majikan nak cari pekerja baru. Tapi, kalau pekerja asing, kalau diorang lari, majikan buat repot dekat polis. Nak lari? Ko kena tangkap. So, diorang ni loyal dalam terpaksa.

Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing

Korang rasa tak ada juga sedikit kebenaran dari suara menteri tu. Bila mana rakyat Malaysia, bilanya ada program realiti berunsur hiburan, ramai yang sertai.

Pendapatan lumayan tuhhh...........

Kebimbangan Rakyat Malaysia

Dan bila menteri cakap nak bawa 1.5 juta, gila apakah yang sampai nak bawa seramai tu? Banyak sangat kerja kosong ke kat Malaysia ni yang sampai kena import lagi pekerja.

Dan rungutan seperti ini akan kedengaran:-

Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing

Dan masalah sosial seperti ini juga terjadi:-
Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing

Tapi Abe We rasa lah, cukup-cukuplah bawa pekerja asing ke Malaysia ni. Nak pergi beli handphone, Bangla yang jadi jurujual. Nak pergi beli kain, Bangla yang jadi jurujual. Nak pergi toilet, Bangla yang jadi cleaner.

Pergi estet pun Bangla yang berkerja. Pergi sektor pembinaan pun Bangla, Indon dan lain-lain lagi berkerja.

Pendek kata, warga asing ni memenuhi setiap peluang pekerjaan di Malaysia.

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
17 February 2016 at 15:36 delete

ain oun tak setuju. banyak berita buruk yang dengar kan. takkuttttt. memang la nak cari rezeki. mohon kerajaan msia pertimbangkan T.T

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.