Breaking


carian di sini



Monday, 29 February 2016

14:20:00

Rumah untuk Bumiputera

Taman Seri Changgang 2

Rumah Berkembar Satu Tingkat


Al kisahnya, minggu lepas. Lepas balik kerja, singgah lah makan dekat kedai siam dekat Bukit Changgang ni. Berdekatan dengan masjid Bukit Changgang.

upicon group

Elok je keluar dari kereta, ternampak pula bunting ni.

Wahh...ada taman baru nak buka lagi dekat Bukit Changgang ni. Apa yang paling menarik dalam bunting ni ialah ayat dia BUMIPUTERA UNTUK MELAYU SAHAJA.

Bermain juga persoalan di minda ni.

Berkemungkinan, taman ini akan di buka jualan untuk Bumiputera Melayu sahaja. Bagaimana pula harganya? Berapa pula unit yang di jual? Siapa developernya?

Persoalan ini haruslah di jelmakan oleh kita sebagai pembeli. Walaupun ada pelbagai lagi soalan, tapi kita ambil beberapa soalan penting ini.

Sebagai pembeli, harga memainkan peranan. Lokasi sekarang sudah menjadi persoalan kedua. Kerana jarak lokasi menentukan harga rumah kita. Sebolehnya kita mahukan lokasi yang paling dekat dengan tempat kerja. Tetapi jika kita sememangnya berkemampuan, tidak salah cari lokasi rumah yang paling berdekatan dengan rumah kita.

Tetapi, tak semua kita mampu. So, solusi yang terbaik, cari rumah yang mampu kita bayar walaupun jarak ke tempat kerja memainkan peranan.

Upicon Group of Companies

Abe We telah selidik sedikit tentang syarikat ini. Dari segi laman web dia, boleh di katakan syarikat ni berada di atas par. Boleh di yakini juga (pada pengamatan Abe We)

upicon group

Syarikat ini ada menerangkan sejarah permulaan syarikat ini. Bagaimana ia di tubuhkan dan sebagainya.

Lokasi rumah

Kawasan perumah ini terletak di Bukit Changgang, Banting. Bagi sesiapa yang pernah melalui jalan ini, kawasan ini berada di jalan Bukit Changgang - KLIA.

Rasanya mudah juga untuk kita mencari tempat ini.
upicon group

Apa yang di musykilkan di sini, kenapa taman ini ada 2 lokasi yang berlainan tetapi mempunyai nama taman yang sama.

Harga Rumah

Mampu milik atau tidak?

Kalau hendak di ikutkan dari peta dan info yang di berikan dari pemaju/developer ini, terdapat 2 taman yang sama nama namun berlainan lokasi.

Kalau kita klik pada info yang terdapat di dalam peta itu, terdapat 2 harga yang berlainan.

tips membeli rumah pertama upicon group

Bagi rumah berkembar setingkat, harga yang di tawarkan ialah minimum RM360,000.00. Manakala sesebuah setingkat ialah minimum RM460,000.00

Perlu di ingatkan minimum harga rumah ini ialah RM360,000.00. Dari pengalaman Abe We, harga rumah ini berkemungkinan rumah intermediate unit ataupun rumah unit tengah. Jika rumah corner harganya adalah lebih mahal.

Kadang-kadang, walaupun developer ini meletakkan harga RM360,000.00 namun jika ada diskaun bumiputera, harga ini akan berkurangan lagi. Jika anda berkerja di sektor awam pula, untunglah anda kerana ada beberapa keistimewaan yang di berikan dari pihak bank.

Jika anda bergaji RM3,000.00 - RM3,500.00 dan pasangan anda bergaji lingkungan ini juga, rasanya rumah ini di kategorikan rumah mampu milik.

Dari segi pengiraan kasar, purata bayaran bulanan adalah sehingga RM1,800 sebulan.

Bagaimana hendak menghubungi developer/pemaju ini?

Tiada maklumat untuk menghubungi pemaju

Dari sumber laman web developer ini, mereka tidak meletakkan alamat, nombor telefon pejabat dan juga nombor faks.

Mereka hanya meletakkan nombor telefon bimbit barangkali.

tips membeli rumah pertama

Namun, jika kita google, kita akan terjumpa alamat developer ini. Pejabat mereka terletak di Klang.

tips membeli rumah pertama

 Nasihat Abe We, siasatlah betul-betul mana-mana pemaju yang masih tiada nama dalam industri ini. Ada segelintir pemaju yang bila ada duit, dia buat rumah. Bila terkantoi di tengah jalan, rumah tak siap, pembeli kena bayar duit macam-macam.

Ada pula rumah dah siap, macam-macam defects kena tanggung.

Apa-apa pun, siasat dulu sedalam-dalamnya. Mungkin rezeki anda baik, tiada apa yang di risaukan sebelum dan selepas membeli rumah.




Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
08:49:00

Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016

Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016


Pencarian bloglists bagi bulan Mac 2016 di blog azlindaalin.com 


Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016



Syarat-syaratnya :
 Follow blog azlindaalin 
Add To Circle Google+ Azlindaalin ,  


Masukkan blog www.azlindaalin.com ke dalam bloglist anda.

Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen DI SINI

10 bloglists akan di pilih. Keputusan pemenang akan di beritahu pada 1 Mac 2016. Akan di masukkan terus ke dalam bloglists www.azlindaalin.com dan InsyaAllah Azlinda Alin akan blogwalking setiap hari.

Tarikh mula dari 26 Februari 2016(Jumaat) sehingga 29 Februari 2016 (Isnin, Jam 11 Malam)

Senang je,kan...





Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Friday, 26 February 2016

15:46:00

Hutan Bukit Batu Kapur terbakar

Hutan Bukit Batu Kapur terbakar


Abe We kongsikan apa yang tengah menjadi viral di Facebook. Hutan di Bukit Batu Kapur di Gombak terbakar pagi tadi. 

Hutan Bukit Batu Kapur terbakar

Masih tidak dapat di pastikan asbab kejadian. Agak besar juga kebarkan ni.

Hutan Bukit Batu Kapur terbakar

Hutan Bukit Batu Kapur terbakar

Pihak Bomba dan Penyelamat telah pun di kerahkan ke kawasan kejadian untuk memadamkan kebakaran.

Hutan Bukit Batu Kapur terbakar

Menurut pihak Bomba tiada kemalangan jiwa di laporkan dan kebakaran masih lagi sedang di padamkan.

Hutan Bukit Batu Kapur terbakar



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Thursday, 25 February 2016

16:53:00

Menziarahi ikan koi di Puspanitapuri

Danish tak nak balik tengok ikan

Pagi tadi sambil-sambil hantar Mama Harraz ke klinik Puspanitapuri, sempatlah Abe We layan Danish ziarah ikan koi dalam kolam tu.


Mulanya nak ajak dia main dekat gelungsur dekat area parking kereta. Tapi mengenangkan Abe We sudah mengenakan pakaian kerja dan malas nak berpeluh-peluh (takut bau 1.5 juta bangla nanti), makanya, kitorang pun lepak lah tepi mini kolam ni.




Bukan main suka lagi Danish. Tak nak balik. Nak tengok fish. Excited sangat.



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
13:45:00

Dilema bila anak minum susu cicak

Danish minum susu cicak


Di suatu hari dan sebenarnya hari-hari kalau minta susu.................



Danish: Bak ba, nak chuchu

Papa: Danish nak susu?

Danish: Aah.....

Papa: Jap eh, papa buatkan susu

Lepas buat susu.......

Papa: Danish nak minum susu apa?

Danish: Chuchucici cicakkkk.......

Papa: Susu apa?

Danish: Chuchucici cicakkkk.......

Papa: Bukan lah. Ni susu lembu......moooooooooo

Danish: Takkkkkkkkkk.......Chuchucici cicakkkk.......

Papa: Nanti cicak masuk baju tau.......

Danish: Eeeeeiiiiiiiiiiiiiii............

Tu la Danish. Hari-hari minum chuchu cicakkkkkkk........

hahahaha.........

lawak betul budak ni.......




Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, 24 February 2016

11:39:00

Li-Fi akan menggantikan Wi-Fi dalam masa beberapa tahun

Li-Fi lebih laju dari Wi-Fi

Menggunakan kelajuan cahaya

Pernahkah anda dengar Li-Fi? Mesti tak kan? Bagi yang belum dengar lagi lah. 

Memang sesuatu yang baru Li-Fi ni. Apa agaknya ye?

Li-Fi

Li-Fi adalah satu teknologi internet terbaru yang bakal menggantikan Wi-Fi dalam masa beberapa tahun lagi.

Di katakan, Li-Fi ini berkelajuan 100 kali lebih laju dari Wi-Fi. Eheemmmm....Telekom Malaysia, sila aware pasal perkara ni. Mungkinkah line unifi tidak akan di gunakan lagi pada masa hadapan? Persoalan besar ni.

Apa itu Li-Fi

Konsep Li-Fi adalah dengan menggunakan frekuensi yang di jana oleh lampu LED. Berbeza dengan Wi-Fi di mana Wi-Fi di frekuensikan menerusi frekuensi radio yang mana ialah adalah lambat.

Li-Fi

Kelajuan Li-Fi juga tidak menurun jika terdapatnya sebarang rintangan seperti dinding dalam sesebuah bangunan. Jika Wi-Fi akan terganggu dengan rintangan seperti dinding, Li-Fi akan di sebarkan melalui lampu dan tidak terhalang oleh dinding.

Maknanya, jika anda menggunakan internet di dalam tandas pun, anda masih boleh memuat turun pelbagai cerita/movie di internet!!!

Li-Fi

Bagaimana Li-Fi menghantar data


Li-Fi

Li-Fi mampu memuat turun data 200 Gbps sesaat bersamaan dengan memuat turun 23 DVD dalam 1 saat. (Punya laju Li-Fi ni)

Li-Fi telah pun di uji di negara asal mereka iaitu Perancis, Belgium, India dan Estonia.

Apple menerusi rangkaian telefonnya I-Phone berminat untuk mengaplikasikan teknologi Li-Fi ini.

Harap-haraplah Li-Fi ni akan siap sepenuhnya pada 2017. Tak sabar nak guna. Hihiii....



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
08:26:00

Lara Alana jadi pengacara Anugerah Meletop Era 2016

Lara Alana jadi pengacara Anugerah Meletop Era 2016?


Wah....bukan main lagi promo Anugerah Meletop Era 2016. Selain pemilihan Jihan Muse sebagai pengacara, Lara Alana anak kepada Scha Alyahya dan juga Awal Ashaari turut menjadi pengacara?

Lara Alana Anugerah Meletop Era 2016

Teka teki ini masih menjadi misteri kerana penampilan Lara dalam promo AME 2016 ini. Kenapa pilih Lara? Kita pun tak pasti. Kenapa tidak Aaisyah Dhia Rana iaitu anak kepada Che Ta dan juga Zain?

Kalau anak Che Ta ada, rasanya lagi gamat malam tu. Comel kot.........


Kalau udah ghope princess gini, 1Malaysia kompem geram.......

Tapi, apa-apa pun, kalau ada budak kecik, memang kita semua geram kan? Dengan wajah penuh kecomelan diorang ni. Rasa nak gigit-gigit je.

Jom kita tengok video promo AME2016 dengan penampilan Jihan Muse dan juga Lara Alana.













Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Tuesday, 23 February 2016

16:16:00

Manhole dalam rumah tersumbat

Manhole dalam rumah tersumbat


Siapa pernah dengar perkataan Manhole ni? Kalau mereka yang berkerja di dalam bidang pembinaan, istilah ni memang tidak asing lagi. Tapi bagi yang tak terlibat dalam bidang pembinaan, memang tak faham langsung istilah ni.

manhole
ihsan google

Apa itu Manhole


Kalau tengok pada ejaannya dan di tafsirkan = Lubang lelaki! Kan? Secara teorinya, hampir tepat.

Tetapi Abe We pun tak reti nak bagi tau jawapan dalam Bahasa Melayu secara tepat. Hahaha….

Ia boleh di takrifkan sebagai lubang sistem kumbahan yang mana manhole di di gunakan untuk pekerja masuk ke sistem perparitan kumbahan tu. Perasan tak kalau kat tengah jalan raya ada 1 benda berbentuk kotak atau bulat. Kalau kat jalan raya biasanya TM Net pasang kabel internet ikut dalam parit tu.

Manhole dalam rumah tersumbat


Ini cerita dan kejadian yang di alami oleh Abe We dan juga jiran-jiran. Beberapa bulan lepas, setelah Abe We duduk rumah sendiri, sedang jiran sebelah nak masuk rumah, dia pun cuci lah rumah dia. 2 hingga 3 hari gak dia dok cuci. Lepas tu Abe We perasan tiba-tiba stor Abe We basah secara tiba-tiba. 
Manhole dalam rumah tersumbat

Manhole dalam rumah tersumbat


Mula-mula, airnya naik sikit. Lepas tu setiap hari naik 2 – 3 inci. Ekceli bukan air yang naik. Lebih kepada kelembapan. Tak de rasa air pun, tapi Nampak kelembapan tu naik dari hari ke hari.

So, Abe We call la developer. Bila diorang buat arrangement untuk tengok stor Abe We tu, diorang pun macam pelik. Sebab bukan air. Tapi kelembapan. Takut lah kan bawah lantai tu ada paip. Takut paip bocor ke. Tapi bila tengok meter paip, meter tak jalan. So, maksudnya tak ada paip air bawah lantai.

Tapi bila setiap hari naik kelembapan tu, kita pun pelik. So, plumber dia datang. Plumber dia cakap memang bawah stor ni taka da paip. Paip dia ikut laluan lain. Dia pun cerita lah, ni lembap sebab pengudaraan stor. Bila tutup stor, udara tak dapat nak alir. Simen akan jadi lembap. Memang ada logik. 

Tapi Abe We nak jawapan yang lebih lagi, dia pun buka manhole. Bawah stor tu ada paip pembentung untuk toilet atas. Paip tu la yang buang sisa bila kita buang air besar dan kecil. So, dia tunjukkan lah paip tu ada masalah atau tak. Dia flush toilet, dan Abe We tunggu dekat manhole tu. So, air memang laju keluar.

Manhole dalam rumah tersumbat


So, paip air bukan masalah, paip pembentung bukan masalah. Jawapan dia ialah air basuhan jiran sebelah tu meresap masuk ke stor Abe We. Solution dia, kipaskan stor tu. Alhamdulillah masalah tu dah pun selesai.

Yang menjadi masalah sekarang ialah manhole tu. Dalam manhole tu ada batu bata. Kontraktor tak bersihkan dalam manhole tu. Plumber tu pun marah gak dengan kontraktor tu. Tak bersihkan. Last-last plumber tu yang bersihkan. Dah la ada khazanah ‘emas’. Masa plumber tu bersihkan, Abe We pun wasap grup taman Abe We kaborkan kat diorang bahawa dalam manhole tu banyak khazanah. Harus tengok dan suruh developer bersihkan.

Manhole dalam rumah tersumbat
sesudah manhole di buka

Manhole dalam rumah tersumbat
kerja pembersihan manhole

Dan minggu ni, jiran Abe We pun bagitau tandas dia tersumbat dan bila flush, air tu naik dekat floor trap.

Abe We dan rakan lain bagitau, kol developer tu, suh datang betulkan. Dan bila developer datang, punya banyak harta karun. Ada baju, seluar dan binatang paling kiut sekali. LIPAS!!!

khazanah dalam manhole jiran Abe We


Bukan dia sorang je dah terkena, rupanya jiran lain pun kena gak. Ada yang jumpa botol air, tuala good morning. 

Ini lah dilema pembeli rumah. Beli ratus ribu, dapatnya masalah-masalah macam ni. Yang developer plak untung juta-juta. Yang sakitnya pembeli……..

Manhole dalam rumah tersumbat

Manhole dalam rumah tersumbat

Manhole dalam rumah tersumbat






Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Monday, 22 February 2016

08:57:00

Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA

Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA


Assalamualaikum dan selamat pagi isnin semua.

Di pagi yang mulia lagi barokah ini,  Abe We nak menjemput semua untuk sertai Giveaway dari blogger KHEZMAIRA.

Siapakah blogger KHEZMAIRA?

Mesti ramai yang tertanya-tanya bila nampak tajuk post ni. Blogger KHEZMAIRA............

Siapa dia? Macam nama gegirl kan?

KHEZMAIRA ni gabungan 4 blogger iaitu +khaty aiman , Abe We, +Maisarah Humaira dan juga +irra yyan 

Gabung punya gabung, terciptalah nama KHEZMAIRA.

Sekarang, moh kita join GA ni :)
Giveaway Februari 2016 by Blogger KHEZMAIRA




Wednesday, 17 February 2016

16:00:00

4 Remaja Hilang ke Terengganu di Jumpai

4 remaja terbabas ke dalam sungai
Hilang dalam perjalanan ke Terengganu

Takziah kepada keluarga 4 remaja yang di jumpai lemas di dalam kereta kerana terbabas masuk ke dalam sungai di jalan Kota Tinggi-Mersing.

4 Remaja Hilang




Memang di perakui, jalan Kota Tinggi-Mersing ini banyak merekodkan kemalangan jalan raya. Berkemungkinan jalannya gelap di waktu malam dan juga berselekoh.

Kita pun tak pasti apa yang berlaku kepada mereka ini. Adakah mereka mengelak binatang melintas? Wallahu alam......

Kita doakan mereka agar di tempatkan di kalangan orang yang soleh.

Amin

4 Remaja Hilang


 4 Remaja Hilang

4 Remaja Hilang

4 Remaja Hilang


Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
15:00:00

Isu Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing di Malaysia

Kebanjiran Pekerja Asing - Keperluan atau Keuntungan?

Rakyat makin rasa tidak selesa

Isu yang memang hangat sekarang ni. Kemasukan 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh.

Kalau cakap pasal warga asing ni, rasanya warga asing yang ada dalam Malaysia sekarang ni pun dah cukup ramai.

Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing
Pergi je ke mana ceruk sekalipun, mesti ada pekerja asing. Bila dah diorang ramai-ramai, kita jadi tak selesa. Kita pula jadi takut bila diorang ramai-ramai. 

Bayangkanlah, padahal kita di negara sendiri. Sedangkan diorang di negara asing. Tapi, kita boleh jadi takut dengan kehadiran diorang.

Ada benarnya kata menteri, belia sekarang ni kurang berminat dengan sector pekerjaan 3D “Dirty, Difficult and Dangerous”. Tapi bukannya belia atau khususnya rakyat Malaysia kurang berminat dengan sektor pekerjaan ni. Cuma sebahagian saja yang berminat.
Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing


Persoalannya sekarang, kenapa rakyat Malaysia kurang berminat dengan sektor pekerjaan 3D ini? Persoalan pokoknya ialah GAJI.

Kalau majikan menggaji pekerja asing, majikan boleh membayar murah dari pekerja tempatan. Selain itu, majikan boleh mengerah tenaga pekerja asing ke tahap maksima. Sedangkan pekerja tempatan gaji lebih mahal sedikit dari pekerja asing.


Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing

Bukan pekerja tempatan gilakan gaji, tapi pekerja tempatan perlu menyara kos kehidupan. Makan, minum, sewa rumah, sewa-beli kenderaan. Dan bagi yang ada keluarga pula perlu menyara keluarga. Duit itu di habiskan ke keperluan harian dan keluarga. 

Bagi pekerja asing, bayarannya murah, mereka boleh hidup berhimpit seramai 20 orang dalam sebuah rumah. Pergi kerja ada yang majikan sediakan kenderaan. Gaji bulanan untuk makan sendiri, selebihnya kirim ke keluarga. So, perbelanjaan bulanan mereka agak rendah sedikit. Dan wang yang di kirim ke keluarga mereka, jika di tukar ke nilai mata wang mereka, tentunya lebih banyak. Ini dari segi matematik dan congak orang tak pandai.

Lagi satu, orang Malaysia ni, kalau dah stress kerja dalam sektor ni, tiba-tiba esok berhenti kerja. Dah satu masalah majikan nak cari pekerja baru. Tapi, kalau pekerja asing, kalau diorang lari, majikan buat repot dekat polis. Nak lari? Ko kena tangkap. So, diorang ni loyal dalam terpaksa.

Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing

Korang rasa tak ada juga sedikit kebenaran dari suara menteri tu. Bila mana rakyat Malaysia, bilanya ada program realiti berunsur hiburan, ramai yang sertai.

Pendapatan lumayan tuhhh...........

Kebimbangan Rakyat Malaysia

Dan bila menteri cakap nak bawa 1.5 juta, gila apakah yang sampai nak bawa seramai tu? Banyak sangat kerja kosong ke kat Malaysia ni yang sampai kena import lagi pekerja.

Dan rungutan seperti ini akan kedengaran:-

Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing

Dan masalah sosial seperti ini juga terjadi:-
Kemasukan 1.5 juta Pekerja Asing

Tapi Abe We rasa lah, cukup-cukuplah bawa pekerja asing ke Malaysia ni. Nak pergi beli handphone, Bangla yang jadi jurujual. Nak pergi beli kain, Bangla yang jadi jurujual. Nak pergi toilet, Bangla yang jadi cleaner.

Pergi estet pun Bangla yang berkerja. Pergi sektor pembinaan pun Bangla, Indon dan lain-lain lagi berkerja.

Pendek kata, warga asing ni memenuhi setiap peluang pekerjaan di Malaysia.

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic