Dr Mohd Firdaus Samsudin, anak Malaysia jadi felo penyelidik kimia di University Of Southampton, UK





Dr Mohd Firdaus Samsudin

Felo penyelidik kimia di University Of Southampton, UK

Dr Mohd Firdaus Samsudin
foto kredit blog-terengganu.blogspot.com
Wahhh...pagi-pagi baca paper online, terbaca pasal berita ni. Bangga sungguh rasanya bila baca anak Malaysia jadi felo penyelidik di universiti di United Kingdom.


Terasa macam nak jadi macam dia. Hebat betul. Tapi, nak jadi hebat perlukan pengorbanan besar. Kan? Dan hasilnya juga sangat besar.

Jom kita baca sedikit info tentang Dr Mohd Firdaus Samsudin.

Biodata Dr Mohd Firdaus Samsudin


Dr. Mohd Firdaus yang berasal dari Kampung Kemat, Hulu Terengganu bakal memulakan tugas sebagai Felo Penyelidik Kimia di University of Southampton, United Kingdom salah satu daripada institusi pendidikan tinggi yang berprestij di dunia pada 1 Februari tahun depan.

Beliau yang pernah merangkul anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peringkat Kebangsaan 2005 itu dijangka menjalankan penyelidikan menghasilkan ubatan baharu bagi menangani jangkitan bakteria Psuedomonas, yang biasanya berlaku dalam kalangan mereka yang berada di hospital dan mempunyai sistem imunisasi lemah.

Terdahulu, kejayaan Dr. Mohd. Firdaus membuat kajian mengenai penyerapan ubat yang lebih cepat ke dalam sel badan menyebabkan Universiti Oxford menawarkannya tempat untuk mengikuti pengajian peringkat PhD.

Selepas memperoleh ijazah kelas pertama di Imperial College of London dan baru setahun mengikuti pengajian peringkat sarjana di Universiti Oxford, dia terus ditawarkan pengajian doktor falsafah dalam bidang biokimia.

Harapan Rakyat Malaysia

Terutamanya kita sebagai ibu bapa memang inginkan anak-anak kita berjaya seperti contoh yang di bawa oleh Dr Mohd Firdaus Samsudin ni.

Negara kita bukannya tiada orang hebat-hebat macam ni, tapi rasanya pendedahan tu kurang. Kalau tengok TV, asyik lah drama rebut lelaki. Tak rebut lelaki, cerita rempit. Tak rempit, cerita hantu.

Nak tengok bahan berilmiah kena ada astro. Kalau tak de astro, tu lah, tengok je lah drama-drama tu. Semua cerita orang kaya je. Huhuhu.....

Kita sememangnya berpotensi untuk mendapatkan zuriat yang cemerlang. Semuanya kena disiplin. Disiplin dari pelbagai aspek. Bukan disiplin semasa belajar sahaja. Tetapi dari sudut makan, kerohanian dan pelbagai lagi.

Sama-sama kita berdoa agar di kurniakan zuriat yang boleh membantu dan memberi manfaat kepada generasi seterusnya.

Wabillahitaufik wal hidayah, assalamualaikum waroh matullah hi wabarokatuh.


Sumber Bacaan


Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Inani Hazwani
AUTHOR
29 December 2015 at 11:28 delete

Wahh kagumnyaa dengan beliau

Reply
avatar
29 December 2015 at 14:12 delete

saya pun sangat kagum dengan beliau

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.