Tips kurangkan rabun tanpa cermin mata





Exercise mata tanpa cermin mata bagi yang rabun

Jangan gunakan cermin mata selama 8 jam

rabun

Alhamdulillah.

Dah lama Abe We tak menulis. Tiba-tiba semangat drop pulak. 

Hari ni, Abe We nak kongsi tips bagi mengurangkan rabun. Bagi mereka yang mempuyai masalah ni termasuk Abe We, tips ni amat berguna.

Objektif

Objektif tips ini ialah untuk melatih mata kita melihat tanpa menggunakan cermin mata.

Bahan-bahan

Tiada bahan-bahan yang spesifik di gunakan di dalam kaedah ini. Hanya perlu menyediakan tubuh badan.

Tips mengurangkan rabun

Tips ini amat mudah di lakukan. Abe We pernah buat. Seeloknya kita buat dekat rumah sebab kita perlukan masa yang lama.

Caranya ialah :-

1. Apabila pulang kerja, seeloknya selepas mandi, solat, dan makan. Kita perlu pergi ke bilik tidur kita. Pastikan bilik itu bebas dari bunyi-bunyi dan juga cahaya yang terang.

2. Kita lunjurkan kaki kemudian letakkan kepala perlahan-lahan di atas bantal.

3. Kemudian, hembuskan nafas kita tiga (3) kali perlahan-lahan.

4. Selepas itu, tangan kita perlu di angkat di atas dada, tanpa terkena di dada dan rapakan sisi telapak tangan kita.

5. Kemudian kita perlu baca doa ini

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَاوَأَمُوتُ

6. Tutup mata perlahan-lahan dan mulai nyenyak.

Selama 6-8 jam anda telah melaksanakan exercise mata tanpa menggunakan cermin mata. Bagi yang berjaya, mereka mampu melihat mimpi mereka tanpa kabur akibat rabun.

Tahniah!!!!!

Selamat berhujung minggu semua.

Previous
Next Post »

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.