Abang Danish demam pulok doh





Abang Danish demam

Masuk hari ke-3

hospital pakar an-nur

Tu dia, masuk hari ke-4. Start demam Sabtu malam. Lepas tu hari ahad tu pergi KPMC. Tapi jumpa doktor biasa je.

KPMC kajang

KPMC ni antara klinik feveret Abe We lah. Tapi sejak Abe We kena "saspek denggi" tu, rasa macam tak nak pergi je klinik dia. Rasa macam nak pergi terus pakar. Sebelum Abe We kena "saspek denggi" tu, Danish pernah demam dan jumpa doktor dekat klinik tu. Doktor perempuan. 

Dia cek Danish, bagi ubat, selang 2 hari sihat dah. Doktor sebelum ni pun ok gak. 

Tapi bila Abe We yang cek, doktor dah tukar orang lain, terus rasa ala-ala fedap sikit. Then, bawa Danish hari Ahad hari tu, doktor lain lagi dan demam tak kurang. Lagi fedap. Doktor pulak tak bagi ubat bontot. Abe We ada cakap dengan wife, "doktor sebelum ni bagi ubat bontot. Tapi yang ni tak pulak. Ke nak bagi ubat demam je?"

Mula-mula memang rasa macam nak minta ubat bontot, tapi sebab rekod demam Danish sebelum ni agak ekselen, so malaslah minta ubat bontot.

Semalam atok Danish telefon, cakap badan dia panas lagi. Tapi masa pagi ok je, bila masuk petang, panas pulak. 

Aduh....fenin dah Abe We.

KPMC tak de doktor pakar kanak-kanak hari rabu


Abe We call KPMC, tapi hari rabu tak de pakar kanak-kanak. Aisehhh..... Pakar kanak-kanak KPMC feveret Abe We tuh!!

Last-last tukar ke Pakar Kanak-kanak An-nur, Bangi.

Janji pakar kanak-kanak, ok lah tu. "Rosak program main futsal malam ni!"

So, cerita itu ini dengan pakar, dia cek paru-paru, ok, tekak ok. Darah?

Cek darah


Kena cek darah pulak! 

Cek la wahai en doktor, saya pun takut gak kalau anak saya tersaspek denggi pulak.

Bila cek darah..........................Ya mapun.....

LEGA!!! CLEAR. tak de pape. So, proceed makan ubat.

Ubat bontot

Tapi sebelum balik tu, nin dia doktor bagi

hospital pakar an-nur

Cucuk bontot sat.

Kalau sebelum ni dekat KPMC doktor perempuan tu meniarapkan Danish, tapi doktor An-nur ni mengiringkan Danish. Abe We lak masukkan macam masa pakai pampers. Janji masuk. Ye dok?

hospital pakar an-nur

So, hari ni bermulalah episod baru dalam hidup Danish, makan 4 jenis ubat. HAHAHAHAH.......

Tips bagi anak makan ubat

Kalau paksa Danish makan memang tak nak lah.

Danish ni jenis kena cakap lembut-lembut, kena terangkan kat dia, kena habaq mai dulu, lepas tu baru bagi ubat.

Dia tak nak bagi ubat pakai syringe, dia nak ubat dalam sudu. Memang senang sangat dia nak makan ubat. Alhamdulillah....

Tapi dia paling suka ubat ni. Scott Emulsion hat kaler putih ni ye. Bukan perisa oren. Perisa oren dia tak mau. Dia nak yang tak sedap ni!!!! Dasar tekak orang tua betul budak ni. Muahahahaha....

Scott Emulsion



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.