Breaking


carian di sini



Thursday, 29 October 2015

10:57:00

Abang Danish demam pulok doh

Abang Danish demam

Masuk hari ke-3

hospital pakar an-nur

Tu dia, masuk hari ke-4. Start demam Sabtu malam. Lepas tu hari ahad tu pergi KPMC. Tapi jumpa doktor biasa je.

KPMC kajang

KPMC ni antara klinik feveret Abe We lah. Tapi sejak Abe We kena "saspek denggi" tu, rasa macam tak nak pergi je klinik dia. Rasa macam nak pergi terus pakar. Sebelum Abe We kena "saspek denggi" tu, Danish pernah demam dan jumpa doktor dekat klinik tu. Doktor perempuan. 

Dia cek Danish, bagi ubat, selang 2 hari sihat dah. Doktor sebelum ni pun ok gak. 

Tapi bila Abe We yang cek, doktor dah tukar orang lain, terus rasa ala-ala fedap sikit. Then, bawa Danish hari Ahad hari tu, doktor lain lagi dan demam tak kurang. Lagi fedap. Doktor pulak tak bagi ubat bontot. Abe We ada cakap dengan wife, "doktor sebelum ni bagi ubat bontot. Tapi yang ni tak pulak. Ke nak bagi ubat demam je?"

Mula-mula memang rasa macam nak minta ubat bontot, tapi sebab rekod demam Danish sebelum ni agak ekselen, so malaslah minta ubat bontot.

Semalam atok Danish telefon, cakap badan dia panas lagi. Tapi masa pagi ok je, bila masuk petang, panas pulak. 

Aduh....fenin dah Abe We.

KPMC tak de doktor pakar kanak-kanak hari rabu


Abe We call KPMC, tapi hari rabu tak de pakar kanak-kanak. Aisehhh..... Pakar kanak-kanak KPMC feveret Abe We tuh!!

Last-last tukar ke Pakar Kanak-kanak An-nur, Bangi.

Janji pakar kanak-kanak, ok lah tu. "Rosak program main futsal malam ni!"

So, cerita itu ini dengan pakar, dia cek paru-paru, ok, tekak ok. Darah?

Cek darah


Kena cek darah pulak! 

Cek la wahai en doktor, saya pun takut gak kalau anak saya tersaspek denggi pulak.

Bila cek darah..........................Ya mapun.....

LEGA!!! CLEAR. tak de pape. So, proceed makan ubat.

Ubat bontot

Tapi sebelum balik tu, nin dia doktor bagi

hospital pakar an-nur

Cucuk bontot sat.

Kalau sebelum ni dekat KPMC doktor perempuan tu meniarapkan Danish, tapi doktor An-nur ni mengiringkan Danish. Abe We lak masukkan macam masa pakai pampers. Janji masuk. Ye dok?

hospital pakar an-nur

So, hari ni bermulalah episod baru dalam hidup Danish, makan 4 jenis ubat. HAHAHAHAH.......

Tips bagi anak makan ubat

Kalau paksa Danish makan memang tak nak lah.

Danish ni jenis kena cakap lembut-lembut, kena terangkan kat dia, kena habaq mai dulu, lepas tu baru bagi ubat.

Dia tak nak bagi ubat pakai syringe, dia nak ubat dalam sudu. Memang senang sangat dia nak makan ubat. Alhamdulillah....

Tapi dia paling suka ubat ni. Scott Emulsion hat kaler putih ni ye. Bukan perisa oren. Perisa oren dia tak mau. Dia nak yang tak sedap ni!!!! Dasar tekak orang tua betul budak ni. Muahahahaha....

Scott Emulsion



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, 28 October 2015

Friday, 23 October 2015

14:55:00

EFG - Exchange Feed Group yang mebeles

EFG - Bukan Sembang Kosong


Exchange Feed Group

Nin dia, ahli keseluruhan dan terkini EFG.

Rasanya dah hampir 10 bulan Abe We join. Ni lah grup yang memberi sumber inspirasi kepada Abe We. Baik dari segi kerajinan, mahupun menaik taraf blog.

Dari grup ni, dari template biasa, kepada responsive dan terkini mempunyai adsense. Suatu pencapaian yang agak membanggakan kerana ramai ahli EFG kini sudah mempunyai pengiklanan Adsense.

Selain itu, masalah mengedit blog juga di pelajari sesama ahli. 

Macam-macam perangai diorang ni. Yang paling suci Abe We je dalam ni.....kikikiii

Jangan marah uolzz


1. Irra29
www.irrayyan.com 

12. Aina18

14. Mimin23
www.miminadam.com

18. Khaty32
www.khatyaiman.com

20. CikT35
www.yatizul.com

25. Rara28
www.safurara.com 

27. PapaG27
www.papaglamz.com

29. Along21
www.rahimaim.com

31. Yanie29
www.yanieyusuf.com

34. Reena29
www.mreena.com

38. Zarin25
www.anazarin.com

44. Syira19
11:18:00

Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #17 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
11:11:00

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh


Syarat-syarat:

1. Folow blog irrayyan.com . Yang dah follow, terima kasih.

2. Letakkan banner giveaway irrayyan di atas pada permulaan entri.

3. Tajuk "Giveaway irrayyan | Kalau Dah Jodoh" dan linkkan ke entri ini.

4. Berikan url entry korang kat ruangan komen di bawah dalam entry ni sahaja. Kalau paste kat tempat lain tak kira.


Tarikh tutup penyertaan tak ada. Cukup 10 penyertaan terus bagi 1 novel Kalau Dah Jodoh. Sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke masa.

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
10:31:00

Pembentangan Bajet 2016

Bajet 2016

Apa yang anda mahu?

Bajet 2016

Pembentangan Bajet 2016

Agaknya apa yang nak di bentangkan ye petang ni? Adakah apa yang kita harapkan akan menjadi kenyataan?

Atau harapkan pegar, pegar makan padi?

Bagi kita sebagai rakyat ni, apa yang kita nak ialah soal living cost sekarang ni.

Kenaikan harga pelbagai barang

Soal kos kehidupan di Malaysia sekarang ni perkara pokok pembentangan bajet 2016. Manakan tidak, lihat lah senario sekarang, apa je barang yang tak naik harga?

Ada? Takde kan?

Perkara asas dalam kehidupan kita sebagai pekerja dalam menangani masalah kos kehidupan sekarang ialah:-

1. Minyak
2. Tol
3. GST
4. Harga Rumah

4 perkara pokok ni dah memang menjadi sakit kepala rakyat. 

Setiap kali bajet je, kakitangan awam naik gaji. Yang dok swasta ni, macam tu je lah. Lepas tu sape lagi dapat naik gaji? AMAH!!! Ye, amah @ bibik pun senang naik gaji.Puihhhh!!!!



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Thursday, 22 October 2015

11:00:00

Emoji terbaru Apple

Emoji terbaru Apple

Lambang jari tengah pun ada

Apple telah update emoji terbaru mereka di dalam iOS 9.1. Pelbagai emoji terbaru di letakkan dan yang paling mencuri perhatian ialah isyarat jari tengah.


Antara ikon lain ialah

The middle finger has been introduced along with 150 other new emoji including a taco, cheese wedge, hot dog, unicorn and a popping champagne bottle

The activities tab includes emojis for archery, cricket, weightlifting, badminton, skiing and ping pong

Developers with early access to the files of Apple's iOS 9.1 spotted more than a dozen new additions to the emoji keyboard last month, ahead of today's release, including a wedge of cheese, a taco, a burrito, chili pepper, new faces, a spider, crab, scorpion, and squirrel as well as a robot, unicorn, lion and turkey

Dan juga untuk pengguna Android, emoji jari tengah pun ada!!! dan semua emoji ini telah di update di Android juga. So, cek lah Whatsapp anda





Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
10:01:00

Perdana Menteri baru Kanada macam Model

Perdana Menteri baru Kanada macam Model

Ramai gadis cair, PM kita pun apa kurangnya

Justin Trudeau

Nin dia!!! PM baru kanada. Hensem bak ang. Ala super model kata ko!

Nama dia Justin Trudeau.

Abe We baca kat sini pagi tadi http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pm-baharu-kanada-jadi-fenomena-1.149173

Dalam utusan, dia habaq
Perdana Menteri Kanada yang baharu, Justin Trudeau kini mencuri tumpuan ramai, bukan disebabkan kehebatannya memimpin tetapi kerana kekacakannya serta gambar ‘ala model’ yang tersebar di media sosial baru-baru ini
Sebaliknya, ramai yang lebih tertarik dengan beberapa keping gambar Trudeau tanpa pakaian dengan tatu di bahu seperti seorang peninju yang diambil pada tahun 2012 ketika beliau menyertai sebuah perlawanan tinju amal.
Patut lah dalam gosip-gosip mak jemah dalam Johara pagi tadi, mak jemah ada cakap dia baru balik dari kanada. PM kanada invite dia.

Abe We pun carilah gambar PM kanada ni dan terjumpa


Wow!! kiut gak dia dengan rambut panjang! Tapi......bulu tiak pun panjang gak...kikikiki.....


Upppsss....bila sebut PM je, hat yang kat atas ni pun keluar gak.

"Dia" pun apa kurangnya sekarang ni kan?

Tetap menjadi sebutan gak

kbai

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Wednesday, 21 October 2015

11:26:00

Benarkah Amir Ukays di tahan polis miliki pistol?

Amir Ukays di tahan polis miliki pistol

Benarkah? Atau gosip hangat?

gegar vaganza 2015

Biar betul cerita ni?

Benarkah? Ini berdasarkan apa yang Abe We baca dari :



Macam biasalah, Abe We tak nak komen apa-apa. Tunggu siasatan pihak polis sahaja.

Nak komen banyak pun bukan kita tau pun kan? 


Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Monday, 19 October 2015

16:03:00

Lagu Tema Gegar Vaganza 2

Lagu Tema Gegar Vaganza 2

Feeling Good - Nina Simone


Setiap kali iklan Gegar Vaganza 2 ni, Abe We tertanya-tanya, lagu tema dia ni.



Best gak lagu ni. Tapi siapa penyanyi asal dia?

Dok google-google, jumpalah penyanyi dan lagu asal dia.



Lagu lama, jadinya kalau dengar pun boleh tidur. Last-last Abe We cari version rock. Baru Feeling Good!!!!

Feeling Good - Nina Simone (Rock Cover)






Dan rupanya, lagu ni Abe We pernah dengar dulu kala masa layan Muse. Tapi tak minat sangat lagu version Muse ni. So, tak dengar sangatlah.




Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
11:26:00

Adakah susah untuk mohon Adsense?

Adakah susah untuk mohon Adsense?

Tips Abe We sedia membantu

Tips lulus Adsense

adsense

Selalunya, bila keluar je bab persoalan Adsense ni, ramai yang takut nak mohon. 
Sebab apa?
Sebab takut google tak approve
Kenapa takut google tak approve?
Takut masalah content blog.

Tips Adsense

Antara tips adsense yang telah Abe We share ialah:-

Tips Pertama : http://www.wayneharraz.com/2015/07/tips-mohon-google-adsense.html
Tips Kedua : http://www.wayneharraz.com/2015/08/tips-mohon-adsense.html
Tips Ketiga : http://www.wayneharraz.com/2015/09/tips-mohon-adsense.html

Sebab adsense tidak approve


Ada beberapa sebab kenapa adsense tak approve content kita. Antaranya ialah kita provide link streaming/download illegal, content copy paste, template blog tak resposive dsb.
AdSense publishers may not display Google ads on webpages with content protected by copyright law unless they have the necessary legal rights to display that content. This includes sites that display copyrighted material, sites hosting copyrighted files, or sites that provide links driving traffic to sites that contain copyrighted material.
Examples of copyrighted content which may require legal rights in order to be displayed include, but are not limited to:
  • Television shows, movies, and audio files
  • Access to streaming cable or satellite television
  • Books and/or e-books
  • Video games
  • Images.
If you did not create the content yourself or if you created it using other peoples’ content as source material then you should ask yourself if you have a license or if an exception applies. For more information about potentially infringing content, please review our program policies and these tips from the policy team about avoiding copyright infringement.
Tapi kalau content blog kita suci murni dari anasir-anasir dekat atas ni, insya allah adsense approve. Bagi yang belum tahu, antara salah satu requirements untuk adsense lulus ialah blog mesti berumur 6 bulan ke atas.

Tetapi, untuk pengetahuan semua, blog ni di luluskan oleh adsense  tak sampai 6 bulan. Magic kan? 

Tiada yang magicnya. Sebab apa, sistem ni di cipta oleh manusia. Jadinya, manusia yang tentukan.

Abe We telah menolong beberapa rakan blogger sehingga adsense lulus.

Tolong rakan blogger lulus Adsense


Antara yang paling banyak bertanya ialah http://ceritaejoy.blogspot.com/

Blog http://ceritaejoy.blogspot.com/ boleh dikatakan agak tough juga untuk di luluskan adsense. Antara penambahbaikan yang di lakukan ialah penukaran template.

Blog http://ceritaejoy.blogspot.com/ ini juga berkali-kali submit lepas tu rejek. Bila submit lagi, di rejek lagi. Bila submit lagi, dah boleh log in adsense, tapi kena rejek lagi. Bayangkan, dari 25 Ogos 2015 sehingga 16 Oktober 2015 baru lulus dan dapat iklan.

Kemudian blog http://www.masturadin.com/. Blog ni tak susah sangat lulus. Beberapa kali submit lepas tu approve dah.

Sebelumnya blog http://www.akifimtiyaz.com/. Blog ni pun tak susah juga nak approve. Tetapi owner blog terklik iklan sendiri semasa skrol blog di hand phone.

Di ingatkan, kita sebagai owner blog yang ada iklan adsense, tidak boleh klik iklan itu. Sebagai akibat dari tindakan kita itu, adsense boleh menahan pengiklanan selama 30 hari atau dot dot dot (yang ni abe we belum buat kajian)



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
09:25:00

Indonesia SERANG Malaysia lagi

Indonesia SERANG Malaysia

Jerebu kembali lagi

jerebu

Baru lah rasanya seminggu tanpa jerebu, tup tup, semalam gelap gulita dunia....huhuhuh

Dan hari ni, untunglah budak sekolah......yang berkerja pun untung gak. Tak jem sangat.

Apa boleh buat kan, yang berkerja ni pemacu ekonomi negara. Kalau kita semua cuti, ekonomi tak bergerak.

Budak-budak sekolah ni ibarat kain putih yang sedang di corak. Banyak lagi yang perlu kita corakkan. Dan kita tak naklah apa yang kita tengah corak tu rosak.

Bagi yang berkerja ni, kain tu dah penuh corak. Macam-macam corak ada. Bak kata omputeh, kain putih tu dah full corak and disturbed. So, kalau dok umah pun tak de makna sebab dah disturbed. Lain lah budak sekolah, perjalanan dia jauh lagi.

Kesimpulannya, janganlah main bakar-bakar ni. Tak elok buat jiran marah. Jiran pun ada kehidupan sendiri. Kita ni bukannya duduk dekat planet masing-masing yang kita boleh buat ikut suka hati kita sendiri.

Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Tuesday, 13 October 2015

14:33:00

Tambang LRT, Monorel dan bas Rapid akan naik

Tambang LRT, Monorel dan bas Rapid akan naik

naik train pun penuh pagi-pagi, tambang naik lagi


Selepas tol naik harga DI SINI, kini sistem pengangkutan di bawah Syarikat Prasarana Malaysia Berhad sedang mempertimbangkan untuk naikkan tambang.

Tambang LRT, Monorel dan bas Rapid akan naik


Wah..........Semua nak naik harga sekarang ni. Pelik betul. Lepas satu, satu naik harga.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kadar-tambang-lrt-monorel-dan-bas-rapid-baru-sedang-disemak-semula-prasarana-76208

So? Gaji swasta naik tak?

Gaji gomen je yang selalu naik. Dengan gaji maid. Senang-senang je gaji maid nak naik gaji minimum RM1,200 sebulan.

Kita dok swasta ni....hmmm.....


Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
09:04:00

TAHNIAH! Tol Naik Harga!

TAHNIAH! Tol Naik Harga!

Lepas GST, turun naik harga minyak, tol pula naik harga

foto kredit Beritasemasa.com.my
Hehehehe......Apa kata anda?

Semakin sempitlah poket kita hari ni....huhuh.....Kalau hari-hari Abe We bayar tol RM1.00 sehala, sekarang ni dah jadi RM1.80 sehala. Maksudnya RM3.60 untuk perjalanan pergi dan balik kerja.

Tapi untuk pergi kerja, Abe We dapat elakkan tol. Kalau balik kerja, tak dapat elakkan. Sebab kalau nak elak tol, jem pulak.

Kadar baru Tol


kadar tol

1 je persoalannya, bila konsesi ni nak habis? Pelik betul. Sentiasa naik harga je. Tak kan diorang tak dapat untung? Mustahil! Sebab apa, nanti lepas habis audit, mesti diorang akan umum, keuntungan syarikat si polan, untung 2.6 billion........

Lagi masih mau naik harga tol ka?????

Ingatkah lagi kita dengan Manifestu PRU13 dari Barisan Nasional? Jom kita cekidot Manifesto PRU13 BN yang hanya..........................(faham-faham lah sendiri)

Manifesto PRU Barisan Nasional 2013



Ni adalah manifesto PRU13 BN yang boleh didapati di http://umnojb.com.my/p160/wp-content/uploads/2013/04/BM_manifesto01.pdf

Persoalannya = Adakah ianya hanya janji tinggal janji???

Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya. (HR Bukhari dan Muslim).

#geramsangatni


Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic