Yang di-Pertuan Agong ziarah jenazah Raja Puan Muda Kedah





Yang di-Pertuan Agong ziarah jenazah Raja Puan Muda Kedah




Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke Istana Anak Bukit di sini untuk memberi penghormatan terakhir kepada Raja Puan Muda Kedah yang mangkat pada Isnin.

Raja Puan Muda Kedah Tunku Hajah Raudzah binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, 86, mangkat pada 10.15 pagi di Hospital Sultanah Bahiyah akibat gering.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit kira-kira 4.30 petang dan berada kira-kira 15 minit memberi penghormatan terakhir kepada almarhumah Tunku Hajah Raudzah.

Jenazah almarhumah disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit selama satu jam bermula 4 petang bagi membolehkan istiadat penghormatan terakhir dilakukan.

Raja Muda Kedah Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah turut berangkat memberi penghormatan terakhir kepada almarhumah isteri baginda.

Yang turut berangkat memberi penghormatan terakhir termasuk Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah dan anggota jemaah, Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim.

Kerabat diraja lain termasuk Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Antara orang kenamaan yang hadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, barisan exco kerajaan negeri serta pegawai-pegawai kanan negeri.


Sebelum itu, Mufti Negeri Kedah Datuk Paduka Syeikh Muhammad Baderudin Ahmad mengimamkan solat jenazah di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit.

Tepat 5 petang, pedati khas membawa jenazah almarhumah meninggalkan Istana Anak Bukit menuju ke Makam Diraja Langgar dan istiadat pemakaman selamat disempurnakan kira-kira 7.15 malam.


Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Hilangkan masalah JERAWAT dan JERAGAT dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.