Mat Rempit bunuh Inspektor Polis





polis road block

Inspektor wanita maut dilanggar mat rempit

Sedih betul tengok paper pagi ni. Inspektor wanita maut dilanggar mat rempit.
Seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor maut akibat dilanggar seorang mat rempit yang cuba melarikan diri daripada ditahan dalam sekatan jalan raya di Kilometer 58, Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 2.40 pagi itu, mangsa, Margaret Tagum Goen, 32, mengalami kecederaan parah apabila patah tangan kiri, tulang pinggul dan kaki kiri serta pendarahan dalaman di perut.
Suspek utama berusia 17 tahun telah merempuh Margaret. Remaja lelaki tersebut turut cedera ringan di tangan dan kaki selepas terjatuh daripada motosikalnya. Dia bersama rakan-rakannya ditahan reman empat hari untuk membantu siasatan kerana terlibat dalam kegiatan merempit.

Betapa susahnya tugas sebagai polis. Menjaga keamanan, menjaga lalulintas. Semuanya untuk bagi kesederan, keselesaan kepada kita.

Tapi segelintir manusia yang inginkan perhatian di jalan yang salah telah memburukkan kehidupan keluarga orang lain.

Masalah ni memang sukar di kekang kerana ianya perlu di betulkan dari akar umbi. Bukan sahaja bermulanya dari rumah, tapi keadaan sekeliling juga memainkan peranan. Dari sudut ekonomi, sosial dan juga politik. Semuanya memberi kesan kepada permasalahan ini.

Tidak terfikir ke golongan ini apa yang akan terjadi jika kejadian ini berlaku kepada keluarga mereka?

Apa yang mereka hadapai jika mangsa itu adalah emak mereka sendiri? Sudah terhantuk baru nak terngadah?




http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/inspektor-wanita-maut-dilanggar-mat-rempit-1.132500#sthash.GnA0kt71.dpuf

Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
PeRdU cINta
AUTHOR
7 September 2015 at 12:05 delete

Ikut nafsu ikut suka..orang lain merana..sedihnya..terkilan rasa hati..

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.