Firefly tawar tambang serendah RM29 sempena merdeka

Firefly tawar tambang serendah RM29 sempena merdeka

firefly tiket murah

Firefly menawarkan tambang serendah RM29 bagi semua penerbangan domestik untuk perjalanan antara 21 September 2015 hingga 26 Mac 2016

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ignatius Ong, berkata tempahan dibuka bermula hari ini sehingga jam 11.59 malam pada Jumaat bagi tiket promosi bersempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia itu. 

"Ini peluang hebat untuk percutian dalam negara bagi keluarga semasa cuti sekolah yang bermula dari 19 hingga 27 Sept ini," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, Firefly juga akan melancarkan laluan baharu antara Kota Bharu dan Langkawi tiga kali seminggu (Selasa, Khamis dan Sabtu) pada 27 Oktober ini. 

Laluan ini akan mempermudah mereka yang tinggal di Kelantan mengembara ke Langkawi, katanya dan menambah mereka juga boleh memanfaatkan promosi pakej RM29 itu. 

Tiket boleh dibeli daripada ejen pelancongan dan menerusi laman sesawang Firefly serta pejabat tempahan. - BERNAMA



Tukar Domain blogspot ke .com dengan hanya RM35

Dapatkan kulit cantik dan jelita dengan set Q'Sarra


Image and video hosting by TinyPic

Share this:

Disqus Comments