Bayi mati pada hari 
pertama di pusat jagaan

Bayi mati pada hari 
pertama di pusat jagaan

Gambar hiasan - ihsan google

Bayi mati pada hari 
pertama di pusat jagaan

Sepasang suami isteri tidak menyangka hari pertama anak bongsu mereka di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bertukar tragedi apabila bayi berusia tiga bulan itu meninggal dunia di situ.
Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6.30 petang semalam apabila penjaga pusat tersebut yang terletak di Alam Impian, Seksyen 35 di sini mendapati bayi terbabit secara tiba-tiba pengsan.
Dia kemudiannya membawa ba­­yi tersebut ke sebuah klinik berhampiran yang mana doktor me­lakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR).
Melihatkan tiada sebarang perubahan, bayi berkenaan kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut tetapi di­sahkan telah meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat dalam sidang akhbar di pejabatnya mengesahkan kejadian.
Menurutnya, siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah berlaku termasuk kecuaian atau penderaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)
Sedih kan? Ajal maut di tangan tuhan. Tak mampu nak ungkapkan kalau terjadi pada diri kita sendiri.
Inilah tanggungjawab paling berat sebagai pengasuh. Bukan senang nak jaga anak orang. Lagi-lagi dalam kuantiti yang ramai.

Dan bila terjadi kes, silap haribulan, memang bungkuslah jawabnya.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat famili ni. Sedih sangat bila baca berita ni.



http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/bayi-mati-pada-hari-8232-pertama-di-pusat-jagaan-1.131121#sthash.PV5oC4oS.dpuf


Image and video hosting by TinyPic

Share this:

Disqus Comments