Tips Tingkatkan Selera Makan Anak





Tips Tingkatkan Selera Makan Anak

Tips Tingkatkan Selera Makan Anak

Kucai berkhasiat, tambah selera makan anak

Sape kat sini tak kenal daun kucai? Kalau malu turun tangan ye. Heheheheeee

Korang suka tak makan kucai? Kalau boh dalam kuew tiau goreng sedap kan? Tak pun masak air. Kalau orang jawa cakap masak bening.

Al kisah masa Danish umur antara 1 - 2 tahun, masa ni lah mood makan dia memang susah. Memang makan sikit je time ni. Kadang-kadang tak makan langsung. Minum susu je. Sampai 1 haritu, kitorang beli susu Pediasure. Memang sekejap je badan naik minum susu ni.

Lalu satu haritu, aunty Danish pun cakap, kawan dia mandikan anak dia dengan air kucai. Abe We dengar mula-mula "Aik...mandi air kucai? Tak kan lah...." bisik hati Abe We.

Memang mula-mula tak percaya, tapi buat gak lah. Sebab risau anak kan.

Last-last, bila buat, memang berkesan. Nampak perubahan. Tapi Abe We tak sure la perubahan tu sebab dia memang nak makan ke atau sebaliknya. Sebab masa buat tu, umur Danish lagi 3 bulan 2 tahun. Tapi memang ada perubahan lah.

Khasiat kucai


Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah.

Cara penggunaan

Untuk melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah, cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

Daun kucai juga mengandungi vitamin-vitamin yg sangat tinggi dan berfungsi utk menambah selera makan.

Caranya :

- Ambil segenggam daun kucai dan cuci hingga bersih.
- Patah-patahkan
- Tuang air suam 1/2 baldi kecik saja, rendam kucai
- Mandikan anak macam biasa, pastu baru mandikan ank dengan air yg
direndam dgn daun kucai td.(se-eloknya mandi waktu petang)
- Tuangkan sehingga 3-4 sedok air bersama-sama daun tersebut.
- Urut-urutkan dada & belakang dada anak.
- Bersihkan daun-daun yg melekat di badan anak.
- Tidak perlu dibilas dengan air biasa.

katanya jugak buat sampai 3x (3 hari)


p/s : Teringat dulu masa duduk hostel, nama member ni kitorang panggil dia Kucai. hahahah



Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

14 comments

Write comments
14 August 2015 at 12:26 delete

Uih...memang memula baca perenggan pertama ingat kene mkn kuchai tu...memang tak lah anak2 saya nk makan sayur...oh rupanye dimandikan....wow....x pernah dgr lagi petua nie... Boleh digunakan tuk anak yg dah besar mcm anak saya tak? 4 dan 6 tahun? hihihihi

Reply
avatar
14 August 2015 at 14:29 delete

tak sure pula saya blh pki kt anak yang da besar ke tak. Tak pernah try lagi. Tapi kalau nak try, apa salahnya

Reply
avatar
14 August 2015 at 14:48 delete

Mandikan anak daun kucai? Rare ni. hahahahha. Ok2. Nanti nak buatlah. :)

Reply
avatar
14 August 2015 at 15:37 delete

memang rare. Tp insya allah berkesan

Reply
avatar
14 August 2015 at 15:41 delete

buat mandi ke? ingat bg anak makan..haha..irine kalau kitorg masak mee goreng memg taruk daun kucai..tp dia sembur je daun kucai ngan sawi tu.a.dehhh

Reply
avatar
safurara
AUTHOR
14 August 2015 at 16:03 delete

eh seyes xtau! bagus gila tips ni!

Reply
avatar
14 August 2015 at 18:15 delete

baru tau ni...perkongsian yg bagus

Reply
avatar
14 August 2015 at 20:28 delete

kucai wat jeput udang pon syok...

wahh susu pediasure utk kelas2 atasan...wahhh..

Reply
avatar
19 August 2015 at 00:05 delete

anak saya pun kurang nak minum susu, jadi saya bagi gold series selalu supaya dia dapat khasiat lebih walaupun setakat beberapa oz sehari.. kaedah kucai ni lagi menjimat kan.. thanks for sharing.

Reply
avatar
ora adzlin
AUTHOR
11 June 2016 at 10:31 delete

tq tips ! nnt bleh try :)

Reply
avatar
amy norami
AUTHOR
12 July 2016 at 12:50 delete

boleh try ni...biasa makan buat jemput2 jek

Reply
avatar
amy norami
AUTHOR
12 July 2016 at 12:50 delete

boleh try ni...biasa makan buat jemput2 jek

Reply
avatar
gula-gula
AUTHOR
28 September 2016 at 23:53 delete

Macam mana nak mandikan dengan kuchai ni? Blend dulu ke letak je dlm besen? Air suam ke sejuk pun boleh? Mandi berendam ke mandi jirus? Sorry byk tanya saya tak boleh bayang T_T

Reply
avatar
wayne harraz
AUTHOR
4 October 2016 at 14:01 delete

maaf lambat reply. Hanya perlu patahkan kucai itu (agak-agak). Kemudian mandikan seperti biasa. Tapi jangan sabun pula. Lepas mandi, lap sahaja

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.