Tips elak kucing berak depan rumah





tips elak kucing berak halaman rumah

Tips elak kucing berak depan rumah

Confirm kucing tak datang berak

Sebenarnya, Abe We cuba petua dari Mommy Irra. Mulanya tak percaya. Apekejadahnya letak botol air kat luar rumah kucing takut nak berak?

Tapi, Abe We try jugak lah petua +irra yyan ni. Tak sangka memang menjadi petua +irra yyan ni. Kalau +irra yyan punya petua pakai botol air kecik, tapi Abe We pakai botol 1.5 liter. 

Besor sikit. Harap-harap dari anak kucing sampai tok nenek kucing pun takut. Sebab botol besor. Kikikiiii...

Abe We pun pelik sebenarnya, kenapa kucing takut nak berak dekat depan rumah bila nampak botol air ni.

Kisah dongeng kucing takut air

Kisah dongeng nombor 1

Agaknya, masa zaman kucing-kucing sedunia dulu, terjadi suatu kisah dimana semasa seekor raja kucing nak berak, anaknya telah jatuh lemas ke dalam tempat yang berisi air.

Lalu semasa nak berak tu, bila terdengar anaknya lemas, raja kucing yang baru hendak melepaskan hajatnya itu terdengar, lalu bingkas bangun dan berlari melulu mendapatkan anaknya.

Agaknya, fobia dengan benda-benda yang berisi air, lalu kucing-kucing keturunannya dan rakyat jelatanya pun takut bekas berisi air untuk berak.

Sehingga sekarang, semua kucing takut bekas berisi air bila nak berak

atau mungkin

Kisah dongeng nombor 2

Pada zaman dahulu, terjadinya kisah kucing bersama tuannya yang sungguh akrab. Mereka bermain, bergurau bersama.

Pada suatu hari, oleh kerana kucingnya selalu berak bersepah-sepah, lalu tuannya pun marah.

Dan akibat terlalu marah, maka tuannya menyuruh kucing itu membasuh najisnya dan kemudiannya menyuruh dan mendera kucingnya supaya cebok menggunakan air.

Kucing itu pun cuba mencebok menggunakan tangannya dan air. Namun akibat kukunya yang tajam, maka terlukalah pungkoknya itu.

Sehingga kini, kaum keluarga serta cucu cicit mocit tocit semua seriau dengan air. Takut nasib yang sama menimpa diri mereka.........


Sekian kisah dongeng petang ini.

Hehehee.....


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

12 comments

Write comments
Wani
AUTHOR
10 August 2015 at 17:55 delete

hahaaa adeiii lucu mendengarnya

Reply
avatar
Ummul Azkee
AUTHOR
10 August 2015 at 17:55 delete

aduhai..siap ada kisah dongeng..kihkihkih

Reply
avatar
10 August 2015 at 18:26 delete

yeker? Menjadi ke? Rumah saya pun selalu kucing masuk berak. Sampai nak tension di buatnya. Kena try buat ni, kalau berjaya, boleh bagi testimoni. Hahahahaha

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
10 August 2015 at 19:07 delete

Allah..masalahnya kucing mama bavah PC kat kampung tak takut air..main air dalam baldi..dalam besen..dalam kolah..dah macam bawang putih nyanyi tepi kolam pulak..

Reply
avatar
11 August 2015 at 08:08 delete

betul joi. memang berjaya. ni testi dari saya. sebab rumah sy sekarang ni kosong. xde orang duduk lagi. bila letak tu, memang kucing xde datang pun

Reply
avatar
11 August 2015 at 08:09 delete

wah...dahysat betul kucing PC. ni da kira kes lain ni. agaknya kena letak air coke kot. hehehe

Reply
avatar
11 August 2015 at 08:40 delete

kikiki...saja je buat readers happy

Reply
avatar
11 August 2015 at 08:40 delete

kikiki...saja je buat readers happy

Reply
avatar
11 August 2015 at 08:41 delete

try la. memang berkesan

Reply
avatar
Dunia Zumal
AUTHOR
11 August 2015 at 16:04 delete

Tersenyum sorang2 baca kisah dongeng tu ^-^

Reply
avatar
11 August 2015 at 17:35 delete

hehe....memang dongeng habis

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.