Sejarah Kembara Mahkota Johor





Sejarah Kembara Mahkota Johor

Sejarah Kembara Mahkota Johor


Kembara Mahkota Johor adalah cetusan ilham DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang pada ketika itu sebagai DYAM Tunku Mahkota Johor, betujuan mendekatkan hubungan keluarga Diraja Johor dengan rakyat Negeri Johor menurut baginda.

Sejarah Kembara Mahkota Johor

Pada zaman dahulu, raja atau sultan ditandu ketika melawat jajahan takluknya, ada kalanya, raja menunggang kuda atau gajah untuk ke destinasi yang agak jauh.Kini, semuanya telah berubah. Dengan segala kemudahan yang tersedia, perjalanan semakin mudah dan dekat.Pihak istana juga tidak terlepas dilanda arus perubahan.Tandu tidak lagi digunakkan,gajah pula entah ke mana. Untuk ke sesuatu destinasi, raja dibawa dengan kereta yang lebih pantas dan selamat.

Buat pertama kalinya beliau memulakan program ini pada tahun 2001 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama-sama beberapa orang tokoh koprat, VVIP, serta ketua-ketua jabatan menyusuri setiap pelusuk negeri merangkumi 8 daerah pada ketika itu.

Keberkesanan Kembara Mahkota Johor


Lantaran kerbekesanan Kembara Mahkota Johor 2001, DYMM Tuanku Sultan telah mengumumkan agar program ini dijadikan acara tahunan istana. Selain mendekatkan hubungan antara pihak istana dengan rakyat, Kembara Mahkota Johor juga bertujuansebagai satu program amal bagi menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Program ini juga dapat mempromosikan lokasi lokasi menarik bagi industri pelancongan dan baginda dapat meninjau sendiri pembangunan yang telah disalurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat negeri Johor. Selain itu Kembara Mahkota Johor juga bermatlamat untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa di negeri Johor.

Konsep Kembara Mahkota Johor


Kembara Mahkota Johor mempunya beberapa konsep iaitu bermotosikal, menaiki bot (jelajah pulau), pacuan 4 roda (pedalaman), dan jelajah perkampungan orang asli.

Program Kembara Mahkota Johor ini menjadi lebih bermakna apabila DYMM Tuanku Sultan bersama keluarga baginda mencemar duli untuk bermalam di rumah penduduk kampung yang terpilih. Baginda seisi keluarga juga bersukan dan bermesra dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira darjat dan kaum. Program ini juga memperlihatkan kesetiaan rakyat terhadap institusi diraja apabila masyarakat berbilang kaum dan lapisan sanggup berhujan dan berpanas untuk menunggu keberangkatan DYMM Tuanku Sultan dan berebut untuk bersalaman dengan DYMM Tuanku Sultan yang mereka kasihi.

Logo Kembara Mahkota Johor

Kembara Mahkota Johor 2001
Kembara Mahkota Johor 2002
Kembara Mahkota Johor 2001


Kembara Mahkota Johor 2002

Kembara Mahkota Johor 2003
Kembara Mahkota Johor 2004
Kembara Mahkota Johor 2003


Kembara Mahkota Johor 2004

Kembara Mahkota Johor 2005
Kembara Mahkota Johor 2006
Kembara Mahkota Johor 2005


Kembara Mahkota Johor 2006

Kembara Mahkota Johor 2007
Kembara Mahkota Johor 2008
Kembara Mahkota Johor 2007


Kembara Mahkota Johor 2008

Kembara Mahkota Johor 2009
Kembara Mahkota Johor 2010
Kembara Mahkota Johor 2009
Kembara Mahkota Johor 2010
Kembara Mahkota Johor 2010
Kembara Mahkota Johor 2011
Kembara Mahkota Johor 2010


Kembara Mahkota Johor 2011

Kembara Mahkota Johor 2012
Kembara Mahkota Johor 2013
Kembara Mahkota Johor 2012
Kembara Mahkota Johor 2013

Kembara Mahkota Johor 2015










Kembara Mahkota Johor 2014

Kembara Mahkota Johor 2015


KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 pada tahun ini bertemakan “MUAFAKAT BANGSA JOHOR

Kembara Mahkota Johor 2015


Pengembaraan KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015 akan menjelajah di setiap pelusuk bandar dan kampung di seluruh negeri Johor dengan perjalanan sejauh melebihi 850 km; selama 4 hari / 3 malam untuk bertemu rakyat jelata.

Bermula pada 10 hingga 13 Ogos 2015, D.Y.M.M Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan yang DiPertuan Bagi Negeri Johor Darul Ta’zim dan ahli rombongan Kembara Mahkota Johor 2005, akan menemui anda di setiap laluan pengembaraan KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2015.

Laluan Kembara Mahkota Johor 2015


laluan Kembara Mahkota Johor 2015


10 OGOS 2015 (Isnin/Monday) 
DAERAH : PONTIAN, BATU PAHAT & MUAR

– Laman DiRaja, Pontian (acara pelepasan/flagging-off ceremony)
– Simpang Pt. Panjang, Pontian
– Taman Rekreasi Tampok Laut, Pontian
– Dewan Hj. Hashim, Kg. Pt. Tengah, Batu Pahat
– Lorong Haji Sidek, Parit Raja, Batu Pahat
– Dewan Orang Ramai Kg. Parit Yaani, Batu Pahat
– Parit Sulong, Batu Pahat
– Kg. Batu 15, Mukim Ayer Hitam
– Pekan Bakri, Muar

11 OGOS 2015 (Selasa/Tuesday) 
DAERAH: MUAR, LEDANG, SEGAMAT & KLUANG

– Tangga Agung Bangunan Sultan Abu Bakar (acara pelepasan/flagging-off ceremony)
– SMK Persisiran Perdana, Ledang
– Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Serom 3
– Kg. Paya Redan, Pagoh, Muar
– Padang Awam, Lenga
– Dataran Labis, Segamat
– Kg. Sri Gajah, Chaah
– Kangkar Baru, Batu Pahat
– Kg. Melayu Batu 3 1/2, Paloh, Kluang
12 OGOS 2015 (Rabu/Wednesday) 
DAERAH: KLUANG, MERSING & KOTA TINGGI

– Kem Batalion ke-5 RAMD Batu 3, Kluang (acara pelepasan/flagging-off ceremony)
– Perumahan Kilang Sawit PPNJ, Bt. 17, Kahang
– Sek. Ren. Jenis Keb. Tamil, Kahang
– Felda Nitar 1, Mersing
– Jeti Penyabong, Mersing
– Jemaluang, Mersing
– Felda Tenggaroh 3 (Projek Sentuhan Kasih)
– Jeti, Sedili Besar, Kota Tinggi
– Padang Awam, Tg. Sedili, Kota Tinggi
13 OGOS 2015 (Khamis/ Thursday) 
DAERAH: KOTA TINGGI, KULAIJAYA, JOHOR BHARU

– Tanjung Balau, Kota Tinggi (acara pelepasan/flagging off ceremony)
– Felda Semenchu, Kota Tinggi
– Menara Jam, Kota Tinggi
– Felda Taib Andak, Kulaijaya
– SMK Sultan Ibrahim, Kulaijaya
– Kampung Sinaran Baru, Kempas
– Hutan Bandar MPJBT, Mutiara Rini, Skudai (majlis penutup/closing ceremony)



sumber:

http://johordarultakzimjdt.blogspot.com/2013/08/logo-kembara-mahkota-johor.html
http://royalconnections.utm.my/kembaramahkota/
http://kembaramahkota.uthm.edu.my/




Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
aRz MoHa
AUTHOR
12 August 2015 at 16:28 delete

memang bagus program istana seperti ini. Ia mendekatkan raja dan rakyat...yang mana ada perbezaan taraf hidup

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
12 August 2015 at 17:10 delete

Wah menarik kan klau semua negeri buat gini...hehe

Reply
avatar
Akif Imtiyaz
AUTHOR
12 August 2015 at 17:10 delete

Wah menarik kan klau semua negeri buat gini...hehe

Reply
avatar
12 August 2015 at 17:13 delete

dulu masa dok bp, memang kalau tau kembara mahkota johor je nak lalu, memg bersidai depan rumah..rumah yoorin tepi jalan.. kalau waktu sekolah pulak, cikgu izinkan kitoran berbaris tepi jalan dengan baldi la, tong laa jadi drum.. hahahaa.rindunya..ni dok kl, xde la..tengok kat timeline fb je.

Reply
avatar
Puan Wawa
AUTHOR
12 August 2015 at 18:03 delete

Menarik info ni.. Tengku mahkota johor suak buat kembara kanZz

Reply
avatar
sheila
AUTHOR
14 August 2015 at 12:07 delete

hari tu angah sheila btaw yang KMJ bermalam dekat2 dgn rumah dia, kat Tanjung Balau...

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.