Nilai Ringgit Terkini





Nilai Ringgit Terkini

Nilai Ringgit Semakin Jatuh

Ringgit terus jatuh ke paras 17 tahun terendah


Ringgit dibuka rendah berbanding dolar pada dagangan pagi selasa selepas bank asing melepaskan pegangan ringgit mereka. Pada pembukaan pagi ringgit berada pada 3.933 berbanding dolar berbanding 3.927 penutup petang Isnin.                 - astro awani

Huhu..... Sedih tengok berita ni dekat tv malam tadi. Tak sangka, makin lama, makin susut nilai ringgit.

Abe We ingat lagi, masa tahun 1997, kegawatan ekonomi masa tu, nilai ringgit di tambat pada rm3.30/usd1.00 (kalau tak silap). Tapi, hari ni, makin turun.

Rakyat Malaysia resah

Jika nilai wang kita semakin susut, sudah tentu kita sebagai end user akan merasa akibatnya.

Yang paling tersepit ialah golongan pertengahan. Golongan pertengahan inilah yang sering kali tertindas. Tak de bantuan apa-apa. Tapi hutang dok keliling pinggang. Huhuuu.... Lagi-lagi yang duduk dekat kawasan bandar.

Kita juga pastinya risau akan kenaikan harga barangan. Sudah lah terbebabn dengan GST, bila nilai ringgit jatuh, barangan jadi semakin mahal. Minyak pun dah tak de kabor nak turun bawah rm2.00. Hmmm....

Golongan yang untung

Golongan elit, bangsawan yang kaya raya, hartawan dan dermawan juga yang untung. Nak beli apa je boleh. No limit.

Selain itu, mereka yang kerja di Singapore ataupun oversea memang untung.

Cuba bayangkan, gaji cleaner dekat Singapore  SGD1500, di darabkan dengan RM3.93 = RM5,895. Pergkhhh....clenaer je pun. Gaji 5k kot. Lepas tu duduk plak dekat JB. Silap hari bulan, boleh ada 3 biji rumah. Kayoooo.....

Doa Rakyat Malaysia

Kita sebagai rakyat Malaysia, haruslah berdoa agar nilai wang ringgit kita kembali naik. Kalau terus macam ni, memang habislah kita.

Nilai Ringgit setakat 12 Ogos 2015

Nilai Ringgit Terkini

Nilai Ringgit Terkini

Dan setakat pagi ini, nilai ringgit mencecah ke RM4.00/USD1.00. Inilah rekod yang paling teruk. Kita berharap agar kerajaan kita dapat buat sesuatu dan bukannya terus berkata  

Nilai ringgit jatuh bagus untuk industri pelancongan
Ini adalah satu kata-kata yang bertaraf budak tadika. Kalau macam tu biar je la ringgit jatuh ke RM10/USD1.00. Lagi bagus untuk pelancongan.


Akhir kata,

Jika baju biru kita sudah terlalu kotor, gantilah dengan yang lain. Yang lebih bersih. Yang lebih memberikan aura. Yang lebih suci. Dan tidak tercela.

Sama-sama kita berdoa......




Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
12 August 2015 at 10:03 delete

Betul2 mengerikan.... mcm mimpi ngeri...
Saya sebagai golongan end user dan fakir bandar nie....huhuhu
Apalah nasibnye... Semoga Allah memberi jln buat kte semua... Ameen.... huhuhu
"Dalam senyuman ada duka" cewahhhh

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.