Langkah segera bantu sektor pelancongan






Langkah segera bantu sektor pelancongan

 Sebelum

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini berkata beliau merupakan antara individu yang paling gembira apabila nilai ringgit mengalami kejatuhan.
Menurut beliau, ini kerana pelancong dari negara yang nilai wangnya lebih besar seperti United Kingdom and Eropah akan membelanjakan wang mereka di Malaysia dengan lebih kerana nilai pertukaran yang tinggi.
“Ringgit semestinya membantu Malaysia, seperti yang saya katakan tadi semasa ucapan penggulungan, saya merupakan antara beberapa individu yang gembira bila ringgit jatuh,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.
“Hanya orang gila yang tidak memahami bahawa penurunan mata wang Ringgit membawa kepada kebaikan kepada pelancongan,” katanya.

Selepas 

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah segera bagi menangani kesan krisis ekonomi global terhadap industri pelancongan di negara ini.
Najib menjelaskan, berdasarkan laporan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kemasukan pelancongan bagi suku pertama tahun ini menurun sebanyak 8.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Persoalan

SIAPA YANG GILA?


Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
28 August 2015 at 15:50 delete

hehehe....mmg susah tu sis

Reply
avatar
28 August 2015 at 16:35 delete

sepatutnya memang dalam bulan 7-9 ni ramai penacong asing dtg malaysia.. tapi dah dekat 3 tahun ni memang agak berkurang.. kalau europe dtg malaysia sebab nak pi masuk hutan je contoh macam kat belum , arab pulak nak shopping.. hehe.. tp bersih yg hari ahad/isnin ni menyebabkan occupancy hotel cuma 25% je.. sedih..depa semua takut.. something need to do with this industry.. menteri & rakyat please tak yah holiday keluar..berdasarkan rekod company yoorin la..sebab yoorin kerja travel agency..kesian kat kami nak cari makan.. tp lupa pulak.. bulan ni bulan hantu.. tu yg agak menurun jugak tu

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.