Jerebu pulak dah...

Jerebu pulak dah...

Jerebu

Jerebu tahap sederhana diramal landa pantai barat dan timur


Kawasan pantai barat serta pantai timur Semenanjung diramal mengalami keadaan jerebu pada tahap sederhana dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam dari sekarang, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata, imej satelit Hysplit yang diperoleh Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan asap jerebu dari titik panas di wilayah Sumatera dijangka bergerak merentasi Riau serta Selat Melaka seterusnya ke arah pantai timur dalam tempoh dua hari.

Kalau minggu lepas, Sarawak di landa jerebu, minggu ni semenanjung pula di landa jerebu.

Teruk gak lah. Dekat Putrajaya ni pun suram je. Macam-macam jerebu dekat Putrajaya ni.

Semalam Abe We pergi Kuala Selangor pun masalah yang sama. Bila tengah hari tu, dia punya panas....masya allah. Rasa nak berendam!

Musim jerebu ni, eloklah duduk rumah je bagi yang ada anak kecil. Layan tengok tv pun ok gak kan?

Heheee.....

Image and video hosting by TinyPic

Share this:

Disqus Comments