Harga rumah semakin gila





harga rumah terkini

Harga rumah terkini

Harga rumah semakin gila


Harga purata rumah di negara ini adalah 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat Malaysia dan kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati, harga itu ‘sangat tidak mampu dimiliki’ atau ‘sangat mahal’ berdasarkan piawaian antarabangsa.
Ya betul. Harga rumah sekarang memang rata-ratanya "Mampus di miliki". Kalau area bandar, memang tak jumpalah rumah harga RM300,000.00. Kalau ada pun rumah apartment. Tapi keluasan lantainya kecil.

Macam mana nak survive hidup di bandar kalau rumah harga dah mengarut. Kalau sewa rumah pun dah mahal. Sewa apartment dah boleh cecah RM700.00 sebulan.

KRI dalam laporannya menyatakan median harga kediaman di negara ini ialah RM242,000 berbanding pendapatan bulanan RM4,585 dan tahunan RM55,020. Harga kediaman di Kuala Lumpur yang mendapat skor 5.4 jauh lebih tinggi iaitu RM490,000 de­ngan median pendapatan bulanan RM7,620 dan tahunan RM91,440, iaitu di atas paras ‘sangat tidak mampu dimiliki’ atau ‘sangat mahal.’
Berada dalam kelompok sama ialah Kuala Terengganu (skor 5.5) iaitu RM250,000 berban­ding median pendapatan tahunan RM45,324; Pulau Pinang 5.2 (rumah RM295,000, pendapatan tahunan RM56,424) dan Sabah 5.1 (rumah RM230,000, pendapatan tahunan RM44,940).
Kajian itu membahagikan ne­geri-negeri kepada empat kelompok mampu milik iaitu skor 3 ke bawah sebagai mampu, 3.1 hingga 4 (sederhana), 4.1 hingga 5 (sangat tidak mampu), 5.1 ke atas (sangat-sangat tidak mampu).

Jika kita survey harga rumah di iproperty.com.my, harga untuk rumah apartment/flat di sekitar selangor bersamaan RM444,000.00. Mungkin kita boleh dapat lagi dalam lingkungan RM300,000 - RM350,000.00. Tapi lokasinya berkemungkinan jauh dari tempat kerja kita.

So, agak-agak berapa ye monthly installment kalau rumah RM300,000 ni. Rumah Abe We yang RM280,000 pun dah RM1,350 monthly. Kalau rumah range harga RM300,000 - RM350,000 berkemungkinan mungkin cecah atau lebih RM1,500.00 sebulan.

Berapa pula gaji yang kita perlukan untuk bayar rumah sebanyak tu? Tentunya gaji RM3,000.00 sebulan memang tak cukup. Kalau bujang lagi boleh lah.

Contoh kiraan komitmen bulanan:-

Gaji kasar  3,000.00
Tolak
EPF & Socso 200.00
Makan minum 300.00
Kereta 600.00
Minyak 300.00
Rumah 1,500.00
Baki 100.00

Contoh kiraan ni hanyalah sebagai contoh sahaja bagi gaji RM3,000.00 dan hanya untuk panduan umum.

Masa nak beli rumah pulak, downpayment kena standby 10%. Belum campur lawyer fees bagai. Bila dah nak hand over, tup-tup ada Late Payment Charges. Duit lagi. Lepas tu nak renovate plak. Paling kurang beli lampu dan kipas.

Dan yang menjadi persoalan sekarang, walau di jual dengan harga yang tinggi melangit, rumah tu tetap akan habis di jual!! Pergkhhh!! Habis tu, yang pendapatan sederhana ni macam mana?

Pemaju mestilah nak untung besar. Kalau rumah sederhana ni, tahap developer sederhana je yang boleh buat. Lepas tu banyak defect.

Betapa tertekannya kita.

Tu belum lagi mereka yang bergaji bawah RM2,000.00 sebulan. Masya allah......sangat tertekan.



sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harga-rumah-4-4-kali-ganda-lebih-mahal-1.128287
http://www.propertyguru.com.my/
http://www.iproperty.com.my/



Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
27 August 2015 at 12:40 delete

sy baru tau..yg govt benar kn pembelian rumah dr org luar means org bkn malaysian...tp ada bbrapa syarat la..11 of the syarat is..hnya boel beli rumah hrga 500k ke atas..dats y byk sgt rumah2 skrg hrga gila2..spy bole jual kat org luar..sbb tu rmh area yg strategik n bagus2 suma hrga x mmpu milik..ole rakyat sendiri yg mkn gaji..yg baru nak mula kn hidup..sedihhhh..sib baik smpt beli rumah teres hrga 200K++..now my house rate..500k..beli tahun 2007..hrga rmh naik dlm 20% setahun..

Reply
avatar
27 August 2015 at 15:08 delete

yup..kerajaan nak untung tapi rakyat makin tersepit. Alhamdulilah saya dah ada rumah sendiri. Walaupun kecil, ia tetap sebuah rumah. Alhamdulilah.

Reply
avatar
Maria Firdz
AUTHOR
27 August 2015 at 18:41 delete

Mmg menggila... Tambah kat kl...x mampu nak beli..

Reply
avatar
Diana Rashid
AUTHOR
27 August 2015 at 19:06 delete

Mujur kami dah beli rumah awal2..walaupun kecil cukup la untuk 4 beranak ni..kesian pada yang nak ada rumah idaman..nampak gaya cari rumah yang asal boleh duduk je la..

Reply
avatar
Fendi Rocka
AUTHOR
1 September 2015 at 16:32 delete

itulah...

dulu bukan main main jutaria beli rumah sampai 20 bijik.

skrg dah takde duit nak beli rumah dah

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.