2.6 Billion Hadiri Hari Ikea Family Sale Preview





Ikea Family Sale Preview

2.6 Billion Hadiri Hari Ikea Family Sale Preview

Gila Ramai, Penuh Sesak, Jumpa Zul Ariffin

5 Ogos 2015, hari yang paling di nantikan oleh Mama Harraz. Dari 27 Julai lagi dia dah warning 

Pa, 5 Ogos nanti apply cuti tau. Nak cari barang dekat Ikea. Ada sale preview

Ikea Family Sale Preview
Mama Harraz memang nak cari katil Danish. Dah beso ni, tak kan nak duduk katil baby dia. So, Mama Harraz pun dah usha katil ni.

Murah je. RM299. Ok la kan. Dari segi ketahanan dia, tengok gaya memang ok.

Design pun simple mimple pimple.

Menepati cita rasa Mama Harraz.

Tapi, ada gak masalah kalau pilih katil ni. Pertamanya, Mama Harraz nak cantumkan katil ni dengan katil kitorang. Katil ni rendah sangat. So, tak berapa boleh nak cantum.

Ikea Family Sale Preview

Keduanya, katil ni sesuai untuk jangka masa pendek. Kalau belikan untuk Danish, berkemungkinan katil ni boleh pakai sampai dia umur 5-6 tahun. 

Hmmm....tengoklah gambar ni. Kalau dia dah besar, kena beli lagi katil. Macam not worthy plak and not value for money plak. So, tukar plan. Tak jadi beli. Hehehehe....

Ikea Family Sale Preview
model katil

Memang ramai orang dekat Ikea semalam. Gila ramai. Siap jumpa Zul Ariffin lagi. Tapi idok le Abe We nak amek gambo dia. Bila dia lalu je, ada la suara-suara "Jul Ripin!! Jul Ripin!!"  Haishh..Abe We ni apa kurangnya? Beza kitorang cuma tang body je. Kalau Abe We ketak-ketak, kompem......masih orang tak sebut nama. hehehe

Pembeli tinggalkan troli, tak larat nak beratur panjang


Ikea Family Sale Preview
troli yang di tinggalkan kesepian

Abe We sampai Ikea pukul 1.00 tengah hari. Lepas tu, dalam pukul 5.00 petang dan bersiap-siap nak bayar. Tapi masya allah.... tengok lah gambar-gambar ni.

Dekat kaunter, punya panjang orang beratur. Lepas tu banyak gila troli-troli di tinggalkan. Abe We ingat troli ni di tinggalkan sebab diorang nak cari barang. So, Abe We pekena meatball dulu lah. Macam biasa.

nyum..nyum...pren prais.....

Lepas habis makan, Abe We sekali lagi turun ke kaunter. Abe We nak cari dulu perabot yang dah tulis atas kertas.

Tapi keadaan masih sama. Banyak benau troli kat bawah ni. Apekehal?
Ikea Family Sale Preview

Bila Abe We riki, rupanya pembeli tinggalkan troli diorang kt sini sebab tak larat nak beratur. Panjang gila siang tadi. Tak tau lah macam mana panjang dia. Memang bersepah troli kat sini.

Pekerja Ikea tu siap cakap, kalau cari barang dekat rak tak de, cuba try cari dalam troli ni. 

Ikea Family Sale Preview

Punya banyak troli kena tinggal. Agaknya, berapa panjang diorang beratur ek?

Ikea Family Sale Preview

Ikea Family Sale Preview

Ikea Family Sale Preview

Ikea Family Sale Preview

Ikea Family Sale Preview

Ikea Family Sale Preview

Pukul 7.00 malam baru kurang sesak

Ikea Family Sale Preview

Abe We beratur ni dalam pukul 6 lebih. Dekat-dekat pukul 7.00 malam. Waktu ni dah kurang orang. Fuhh..selamat. Lega sikit. Masa pukul 5 tadi, memang gila panjang.

Ikea Family Sale Preview

Baru tau ada pelbagai lorong bayaran

Masa beratur tu, baru Abe We perasan, rupanya ada lorong-lorong tertentu untuk buat bayaran. Ada lorong kad kredit sahaja, beg kuning sahaja dan lorong yang tak ada apa-apa signboard, tu lorong tunai.

So, kalau nak beratur tu, tengok-tengok dulu lah lorong mana. Abe We selalunya memang amek lorong tengah. Tak pernah amek lorong lain. Heheeee....

Ikea Family Sale Preview

kbai...ciao...


Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

8 comments

Write comments
Amanda Suria
AUTHOR
6 August 2015 at 10:03 delete

Semalam SA pin ada kat area ni...beratur agak panjang jugak la...patut la banyak barang takde..dlm troli sbb ditinggalkan rupanya...SA pun selalu kat lorong tengah tu..hihi

Reply
avatar
safurara
AUTHOR
6 August 2015 at 11:55 delete

Allahuakbar.ramai gilaaaa! eh mcm besh je katil tu.princess pun dh besar.x larat nk bersesak dgn dia atas katil.

Reply
avatar
Farhain Azmi
AUTHOR
6 August 2015 at 12:08 delete

teringin nak pergi tp tengok mcm ada lautan manusia..tak berani ler nak masuk :)

Reply
avatar
6 August 2015 at 13:41 delete

Tudia. Panjang beraturnya....

Reply
avatar
7 August 2015 at 16:44 delete

sama lah kita..sep sikit

Reply
avatar
7 August 2015 at 16:44 delete

memang gila ramai siang tu. kitorang pun xmmpu bersesak atas katil da. xblh nk pusing2

Reply
avatar
7 August 2015 at 16:45 delete

saya berani masuk. tp tak berani nk g bayar. ahahhahha

Reply
avatar
7 August 2015 at 16:45 delete

panjang bak hang. memang letih

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.