Halaman

    Social Items



ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ

Jom rakan-rakan pembaca, votelah pic parody Abe We ni. Kot rezeki Abe We ke, boleh la bayar PTPTN nanti....hehee...

Ni gambar parody Abe We.


Macam mana nak LIKE?

"Selepas tamat tarikh tutup penyertaan, saya akan letakkan semua gambar peserta di Fanpage Facebook DRAMATIC UNIQ then kita ramai-ramai LIKE mana gambar yang kita rasa paling best..!! paling sporting...!! paling mirip dengan gambar asal dan kita boleh LIKEberapa banyak penyertaan sekali pun (boleh LIKE gambar sendiri juga..hehehehe..)

Peserta yang mendapat JUMLAH LIKE PALING BANYAK akan dikira sebagai pemenang.. so, boleh la ajak ramai-ramai kawan, saudara-mara, boyfriend/girlfriend, jiran tetangga, rakan sepejabat dan sesiapa sahaja untuk LIKE gambar penyertaan anda di fanpageDRAMATIC UNIQ.. 

alahaaiii... senangnya nak menang RM200....!! :)"

Jom LIKE pic Abe We ye




Image and video hosting by TinyPic

ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ


Tips hadapi jerebu

Panduan hadapi jerebu

Bila kita sebut sahaja musim jerebu seperti di SINI sudah tentu kita perlu cari tips dan panduan hadapi musim jerebu ni?

Jadinya, apakah yang kita perlu lakukan?

Jom kita lihat tips dan panduan ini:-

 
Tips hadapi jerebu



Image and video hosting by TinyPic

Tips hadapi jerebu

Jerebu

Jerebu tahap sederhana diramal landa pantai barat dan timur


Kawasan pantai barat serta pantai timur Semenanjung diramal mengalami keadaan jerebu pada tahap sederhana dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam dari sekarang, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata, imej satelit Hysplit yang diperoleh Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan asap jerebu dari titik panas di wilayah Sumatera dijangka bergerak merentasi Riau serta Selat Melaka seterusnya ke arah pantai timur dalam tempoh dua hari.

Kalau minggu lepas, Sarawak di landa jerebu, minggu ni semenanjung pula di landa jerebu.

Teruk gak lah. Dekat Putrajaya ni pun suram je. Macam-macam jerebu dekat Putrajaya ni.

Semalam Abe We pergi Kuala Selangor pun masalah yang sama. Bila tengah hari tu, dia punya panas....masya allah. Rasa nak berendam!

Musim jerebu ni, eloklah duduk rumah je bagi yang ada anak kecil. Layan tengok tv pun ok gak kan?

Heheee.....

Image and video hosting by TinyPic

Jerebu pulak dah...


Road block sana sini

Bersih ke Kotor puncanya?

Hadoiihhh......

Semalam masa balik kerja, tengah syok bawa kete laju-laju, tiba-tiba je kete kat depan semua slow. 

Ingatkan ada eksiden, tapi rupanya ada road block. Patutlah ada sebiji lori dari laluan sebelah dok main lampu.

Kendian, tengah hari ni, masa balik dari tengok rumah, ada road block dekat area Cyberjaya.

Oooo.....ni mesti sebab golongan tertentu....

Habis kita pula yang susah.

Bila yang Atas buat kecoh, yang Bawah pun buat kecoh juga....

Alahai....


Image and video hosting by TinyPic

Banyaknya Road Block



JENIS-JENIS WINDOWS ( DAHULU SEHINGGA KINI)

Uji kecerdasan minda anda

Abe We terpanggil untuk membuat entri ini setelah membaca entri di rahimaim.com.

Dari apa yang di kongsikan oleh rahimaim.com, Windows bermula dari Windows 1.0 sehingga yang terbaru Windows 8.1.

Sebenarnya, sejarah kita pun hebat juga.

Kita dari dahulu dah pakai Windows ni. Pelbagai Windows kita dah pelopori. Sejarah kita lebih maju sebenarnya dari Barat. Tak percaya?

Windows di asaskan di Tanah Melayu

Tak percaya ke dengan tajuk dekat atas ni?

Jom kita tengok Windows ciptaan orang dahulu. Kita menjelajah masa untuk melihat Windows Dahulu Hingga Sekarang......

Windows dahulu

Inilah dia Windows dahulu kala......


Siapa ingat windows macam ni? Kalau dulu nak buka tingkap ni ada cangkuk dia. Dekat belah dalam tu. Nak cakap cane ek? Tapi kat dalam gambar ni ada. Kalau buka tingkap ni, mesti kena cangkuk dulu. Barulah tak tertutup kena tolak angin.

Tingkap ni ada tingkap panjang, ada tingkap pendek. Kalau dalam gambar dekat atas ni, tingkap panjang, kalau tingkap pendek plak macam gambar ni.



Windows Sekarang

Windows sekarang ni macam-macam. Pelbagai bentuk ada...Google je...hehehe



Image and video hosting by TinyPic

JENIS-JENIS WINDOWS ( DAHULU SEHINGGA KINI)

Kulaijaya

Kulaijaya bakal di tukar kembali ke Kulai

Arahan serta merta Sultan Johor

Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (pic) has decreed for the name of the Kulaijaya district to be reverted back to its original name of Kulai effective immediately.

He instructed the state government, under Mentri Besar Datuk Mohamed Khaled Nordin, to change the name back to its original one.

"Though some names of places or kampung might have strange-sounding names, it is still a name given by our ancestors and we should preserve it and not change it," he said in his speech after the Friday prayers here.

He spoke after the launching of Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil at the Johor state police headquarters.


Sultan Ibrahim also told the state government to reconsider and come up with a new name for state administrative centre Nusajaya.

"The name Nusajaya to me does not reflect the history and background of the place so I hope that a new name can be given," he added.


sumber:
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/08/28/Johor-Sultan-revert-name-of-Kulaijaya/


Image and video hosting by TinyPic

Kulaijaya bakal di tukar kembali ke Kulai


Langkah segera bantu sektor pelancongan

 Sebelum

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini berkata beliau merupakan antara individu yang paling gembira apabila nilai ringgit mengalami kejatuhan.
Menurut beliau, ini kerana pelancong dari negara yang nilai wangnya lebih besar seperti United Kingdom and Eropah akan membelanjakan wang mereka di Malaysia dengan lebih kerana nilai pertukaran yang tinggi.
“Ringgit semestinya membantu Malaysia, seperti yang saya katakan tadi semasa ucapan penggulungan, saya merupakan antara beberapa individu yang gembira bila ringgit jatuh,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.
“Hanya orang gila yang tidak memahami bahawa penurunan mata wang Ringgit membawa kepada kebaikan kepada pelancongan,” katanya.

Selepas 

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah segera bagi menangani kesan krisis ekonomi global terhadap industri pelancongan di negara ini.
Najib menjelaskan, berdasarkan laporan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kemasukan pelancongan bagi suku pertama tahun ini menurun sebanyak 8.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Persoalan

SIAPA YANG GILA?


Langkah segera bantu sektor pelancongan

harga rumah terkini

Harga rumah terkini

Harga rumah semakin gila


Harga purata rumah di negara ini adalah 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat Malaysia dan kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati, harga itu ‘sangat tidak mampu dimiliki’ atau ‘sangat mahal’ berdasarkan piawaian antarabangsa.
Ya betul. Harga rumah sekarang memang rata-ratanya "Mampus di miliki". Kalau area bandar, memang tak jumpalah rumah harga RM300,000.00. Kalau ada pun rumah apartment. Tapi keluasan lantainya kecil.

Macam mana nak survive hidup di bandar kalau rumah harga dah mengarut. Kalau sewa rumah pun dah mahal. Sewa apartment dah boleh cecah RM700.00 sebulan.

KRI dalam laporannya menyatakan median harga kediaman di negara ini ialah RM242,000 berbanding pendapatan bulanan RM4,585 dan tahunan RM55,020. Harga kediaman di Kuala Lumpur yang mendapat skor 5.4 jauh lebih tinggi iaitu RM490,000 de­ngan median pendapatan bulanan RM7,620 dan tahunan RM91,440, iaitu di atas paras ‘sangat tidak mampu dimiliki’ atau ‘sangat mahal.’
Berada dalam kelompok sama ialah Kuala Terengganu (skor 5.5) iaitu RM250,000 berban­ding median pendapatan tahunan RM45,324; Pulau Pinang 5.2 (rumah RM295,000, pendapatan tahunan RM56,424) dan Sabah 5.1 (rumah RM230,000, pendapatan tahunan RM44,940).
Kajian itu membahagikan ne­geri-negeri kepada empat kelompok mampu milik iaitu skor 3 ke bawah sebagai mampu, 3.1 hingga 4 (sederhana), 4.1 hingga 5 (sangat tidak mampu), 5.1 ke atas (sangat-sangat tidak mampu).

Jika kita survey harga rumah di iproperty.com.my, harga untuk rumah apartment/flat di sekitar selangor bersamaan RM444,000.00. Mungkin kita boleh dapat lagi dalam lingkungan RM300,000 - RM350,000.00. Tapi lokasinya berkemungkinan jauh dari tempat kerja kita.

So, agak-agak berapa ye monthly installment kalau rumah RM300,000 ni. Rumah Abe We yang RM280,000 pun dah RM1,350 monthly. Kalau rumah range harga RM300,000 - RM350,000 berkemungkinan mungkin cecah atau lebih RM1,500.00 sebulan.

Berapa pula gaji yang kita perlukan untuk bayar rumah sebanyak tu? Tentunya gaji RM3,000.00 sebulan memang tak cukup. Kalau bujang lagi boleh lah.

Contoh kiraan komitmen bulanan:-

Gaji kasar  3,000.00
Tolak
EPF & Socso 200.00
Makan minum 300.00
Kereta 600.00
Minyak 300.00
Rumah 1,500.00
Baki 100.00

Contoh kiraan ni hanyalah sebagai contoh sahaja bagi gaji RM3,000.00 dan hanya untuk panduan umum.

Masa nak beli rumah pulak, downpayment kena standby 10%. Belum campur lawyer fees bagai. Bila dah nak hand over, tup-tup ada Late Payment Charges. Duit lagi. Lepas tu nak renovate plak. Paling kurang beli lampu dan kipas.

Dan yang menjadi persoalan sekarang, walau di jual dengan harga yang tinggi melangit, rumah tu tetap akan habis di jual!! Pergkhhh!! Habis tu, yang pendapatan sederhana ni macam mana?

Pemaju mestilah nak untung besar. Kalau rumah sederhana ni, tahap developer sederhana je yang boleh buat. Lepas tu banyak defect.

Betapa tertekannya kita.

Tu belum lagi mereka yang bergaji bawah RM2,000.00 sebulan. Masya allah......sangat tertekan.



sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/harga-rumah-4-4-kali-ganda-lebih-mahal-1.128287
http://www.propertyguru.com.my/
http://www.iproperty.com.my/



Image and video hosting by TinyPic

Harga rumah semakin gila


Aeon Big lagi murah dari Tesco

Ini adalah berdasarkan pengalaman Abe We. Abe We memang antara pengunjung tetap Aeon Big Alamanda. Lagi-lagi bila tarikh 28 haribulan. Bila 28 haribulan je, memang barang murah dekat Aeon Big.

Nak beli susu, pampers memang time ni lah.

Ok. Berdasarkan pengamatan Abe We yang mana Abe We telah berkunjung ke Aeon Big Alamanda dan juga Tesco Kajang, inilah hasil risikannya

Pampers

Aeon Big


Pampers Drypers di Aeon Big RM31.90.

Tesco


Pampers Drypers di Tesco RM41.25.

Televisyen

Aeon Big


LG 49" Full HD LED TV
LG 49" Full HD LED TV

LG 49" Full HD LED TV

Televisyen LG 49" Full HD LED TV di Aeon Big = RM1999.00

Tesco

LG 49" Full HD LED TV
LG 49" Full HD LED TV

 
LG 49" Full HD LED TV

Televisyen LG 49" Full HD LED TV di Tesco = RM2199.00

Botol Susu

Aeon Big

avent

Tesco

Dekat Tesco, Abe beli botol susu Avent 8 oz = RM45.00, manakala untuk 10 oz RM47.00. Punya jauh beza dengan Aeon Big. Dah la botol ni susah cari.

Kesimpulannya

Jika rumah anda berdekatan dengan Aeon Big, makanya, pergilah Aeon Big. Memang berbaloi.



Image and video hosting by TinyPic

Aeon Big lagi murah dari Tesco

Pertandingan Menulis Essei Seni Kraf Malaysia

Pertandingan Menulis Essei Seni Kraf Malaysia

Hadiah utama RM5,000 jadi rebutan

Wah....hadiah utama RM5,000 tu! Siapa yang tak nak kan?

Bagi mereka yang berminat, mari kita sertai pertandingan ini. Mana tau rezeki memihak dekat kita. Untung-untung dapat RM5,000.00, boleh buat downpayment kereta. Heheheee.

Borang Pertandingan Menulis Essei Seni Kraf Malaysia

Borang penyertaan boleh di muat turun di SINI.

Bagi mereka yang berminat, sila teliti syarat penyertaan dahulu sebelum menghantar essei anda. Kalau lari format, nanti hilang RM5,000.00 tu.



Image and video hosting by TinyPic

Pertandingan Menulis Essei Seni Kraf Malaysia

Yuna Live in Malaysia

Yuna Live in Malaysia

Kepada peminat Yuna, jangan lupa tarikh 16 Oktober 2015 ini, bertempat di Plenary Hall KLCC. 

Harga tiket serendah RM68 untuk pelajar. Untuk yang dah habis belajar, harga tiket RM88.00. Seriously, Abe We tak pernah pun pergi konsert. Huhuuu..... Ada sape nak belanja tak?

Tiket


Venue Layout

Kalau tengok layout dia ni, untungnya kalau dapat duduk VVIP. Teringin sangat nak duduk depan stage. Agak-agak kalau Yuna terbaca post ni, agak-agak dia nak belanja 1, 2 tiket VVIP tak? heheee



Image and video hosting by TinyPic

Yuna Live in Malaysia



Kucing jadi pelajar sekolah tinggi

Seekor kucing diterima untuk menjadi pelajar di sebuah sekolah tinggi di San Jose kerana sering dilihat sentiasa merayau-rayau di sekitar bilik darjah sekolah terbabit.
 Kucing yang diberi nama Bubba diterima untuk menjadi pelajar San Jose Leland High School malah haiwan comel itu juga diberi kad pengenalan pelajar. 


Kikiki.....lawak pun ada berita ni. Rasanya memang boleh di kategorikan lawaklah. Ada ke dia amek kucing jadi student sekolah. 

Nama pun kucing. Tak kannya jadi orang. Abe We rasa ni taktik marketing pihak sekolah je ni. Mungkinkah sekolah ni dah tak ramai student? Atau sekolah ni nak membela nasib-nasib kucing? Wallahualam.....

Memetik laporan The Independent, pemilik kucing itu, Amber Marienthal berkata, kucingnya yang diambil dari pusat jagaan haiwan pada tahun 2009 sering merayau-rayau di sekitar sekolah tersebut yang terletak bersebelah rumahnya.

Kalau kita tengok Wikipedia, sekolah ni boleh tahan juga hebatnya.

  • Robotics[8] - Team 604, also known as Quixilver, has participated in theFIRST Robotics Competition. Since the team was restarted in 2005,[9] the team has been rather successful, winning the 2005 Pacific Northwest Regional and 2010 Sacramento Regional, the Chairman's Award at the 2007, 2008, 2012, 2013, 2014 Silicon Valley Regional, 2010, 2011 Sacramento Regional, 2015 Central Valley Regional, and the 2008 and 2009 CalGames Competition.[9]
  • Journalism - Leland's school newspaper, The Charger Account, is completely student run and has received numerous awards from the American Scholastic Press Association, the Columbia Scholastic Press Association, and Quill and Scroll.[citation needed]
  • Speech and Debate - Leland's Speech and Debate team is one of the top teams in the nation. The National Forensic League has ranked the Leland Speech and Debate Team as number one in the nation over recent years.[10] The team has around 400 members, and has won numerous awards, including the 2015 state championship.
Bukan calang-calang sekolah ni. Pelbagai anugerah diorang terima. Mungkin dengan adanya Bubba ni, ia akan meningkatkan imej sekolah tu. Atau akan menjadi ikon.


Tapi kalau dah namanya kucing, memang perangainya macam dalam gambar dekat atas ni lah. Tak kan dia nak menari ballet plak. Tak gitu?

Bubba menjadi 'pelajar’ pilihan sekolah tersebut dan turut menghiasi muka depan majalah dan akhbar sekolah.

Malah, kucing comel tersebut juga mempunyai 6,000 peminat di laman Facebook miliknya.
 Berita ni mesti diorang cedok dari paper lain kan? Ada ke dia kata 6,000 peminat. Sekarang ni dah 31,787 orang Like. Mesti penulis dia tak buat kajian masa tulis berita ni.




sumber:
http://www.sinarharian.com.my/global/kucing-jadi-pelajar-sekolah-tinggi-1.423130



Image and video hosting by TinyPic

Kucing jadi pelajar sekolah tinggi

hujan lebat

Ramalan Kaji Cuaca

Hujan lebat sepanjang minggu ini

Di sebabkan hujan petang ni, Abe We pun tengok lah ramalan kaji cuaca sepanjang minggu ini DI SINI

Rupanya, sepanjang minggu ini, di jangka setiap petang akan mengalami hujan. Huhuuuu...

Kalau time sekolah dulu, kalau hujan petang ni memang heaven! Kita bantai tidor!!!

Jom kita tengok ramalan kaji cuaca bagi negeri yang Abe We pilih ni. Yang mana negeri takde tu, nanti tengok lah DI SINI ye. 

Johor

johor

Selangor

Selangor

 Kedah

kedah

 KL

kuala lumpur

 Kelantan

kelantan

 Penang

penang

Kepada yang menunggang motor tu, sila berhati-hati ye. Bukan sahaja motor, kereta pun sama. Jangan lupa baca tips dari Abe We semasa memandu ketika hujan




Image and video hosting by TinyPic

Hujan Lebat


carian di sini



Subscribe Our Newsletter