Tips Mohon Google Adsense





Tips mohon Google Adsense

Tips mudah mohon Google Adsense

Bagi yang tak berapa nak tahu, Google Adsense merupakan salah satu medium kita menjana pendapatan dengan memaparkan iklan yang di janakan oleh Google. Pembayaran adalah dalam bentuk USD. Wowww!!! Syok kan? 

Sebenarnya Abe We tak ada cara spesifik nak mohon Google Adsense ni. Tapi Abe We cuba upgrade blog ni. Blog ni pun usianya baru je beberapa bulan. Sepatutnya memang agak susahlah nak di approvekan oleh googel sebab requirement dari google, sesebuah blog tu mesti berusia 6 bulan dan mempunyai content yang mencukupi.

Ubah Template

Untuk memudahkan pihak google approve blog kita, kita perlu memilih template yang sesuai. Ini kerana, Google Adsense memerlukan ruangan iklan khas dan template yang mempunyai ciri-ciri SEO dan juga responsive.

Responsive SEO Friendly Blogger Templates
contoh pandangan responsive template

Bagaimanakah template yang sesuai

Persoalan ini sentiasa menjadi persoalan. Oleh itu, Abe We bagi tips sedikit. Untuk memilih template yang sesuai kita perlu cari template yang mempunyai ciri-ciri ini:-

  1. Responsive template
  2. SEO Friendly template
  3. Ads ready template
Antara 3 ciri template ini, ianya mudah untuk di approvekan oleh pihak google. Abe We sertakan beberapa sumber web yang mempu memberikan template seperti ini.


Email untuk Google Adsense

Antara kesalahan Abe We sebelum ini ialah kesilapan semasa menggunakan email untuk mendaftar Google Adsense.

Pada mulanya, Abe We menggunakan email yang pertama dan mendaftarkan wayneharraz.blogspot.com di adsense.

Namun, tanpa Abe We sedari, bila kita sudah tukar domain ke .com, kita perlu mendaftarkan email baru untuk adsense. Sebab, jika kita telah apply menggunakan domain .blogspot.com, kita tidak boleh menggunakan email yang pertama tadi untuk daftar di adsense. Kita perlu membuat email ke-2 dan apply adsense lagi sekali dengan menggunakan domain baru iaitu .com pula.

sebagai contoh : email matjeman@gmail.com telah daftar adsense matjeman.blogspot.com.

Tetapi bila di tukar ke matjeman.com, kita perlu membuat email baru matjeman02@gmail.com.


Tamat Bahagian 1

Tips Pertama : http://www.wayneharraz.com/2015/07/tips-mohon-google-adsense.html
Tips Kedua : http://www.wayneharraz.com/2015/08/tips-mohon-adsense.html



Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
31 July 2015 at 15:58 delete

huyeh huyeh, dah ada. heheehe.

Reply
avatar
31 July 2015 at 16:00 delete

cuba yang ini dulu. nnt kita cuba ke step details sikit

Reply
avatar
Wani
AUTHOR
31 July 2015 at 16:13 delete

salam singgah.. baru jer dok pening pasal googleadsense ni sebab jakun... so memang betul la nilai dalam USD..patut la terpelik sangat..hari tu cuba nak buat kot RM .. macam terpelik haaa.. . sekarang ni yg saya punya tengah tunggu posto dari google sebab nak verify alamat.. tapi pelik nape dia tak hantar email jer nak bg no pin ni nak hantar surat siap..sila bagi lagi more info kalo boleh :)

Reply
avatar
Papaglamz
AUTHOR
31 July 2015 at 17:06 delete

Siap to be continue lg..

Reply
avatar
kisah earty
AUTHOR
31 July 2015 at 17:14 delete

tasabarr nak tunggu bahagian 2 sbb kite pon problem kat emel ritu..hoho

Reply
avatar
31 July 2015 at 17:15 delete

saya haritu tuka RM gak. tapi dia xdelah smpi nk pos bagai. dia bg notification je. kalau siap anta surat tu dah mcm spam jek

Reply
avatar
Fendi Rocka
AUTHOR
11 August 2015 at 12:28 delete

perkongsian bermanfaat.

amik nota dulu

Reply
avatar
Saljuhumairah
AUTHOR
9 September 2015 at 01:51 delete

terima kasih banyak-banyak bro... baru tahu... patutlah semenjak jadi .com tak pernah approve walaupun dah apply banyak kali...

thans... semoga bro dilimpahi rezeki dunia dan akhirat...

Reply
avatar
9 September 2015 at 15:05 delete

sama-sama. moga bermanfaat dan blh membantu. sy pun bukan pandai sgt

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.