">

Tangan Melecur!!!

/
7 Comments

Tangan Melecur

Ni la kalau suka sangat main kat seterika. Kan dah kena ngap dengan seterika tu.


Habislah tangan anak bujang Abe We. So, dalam kalut-kalut tu, kitorang capai dulu minyak gamat. Sapu minyak gamat dulu.

Kalau masa kecik dulu, Abe We sapu je lah Colgate. Kalau pakai Darlie pun, di panggilnya Colgate, pakai Mukmin pun di panggilnya Colgate. Hehehee....

Tapi malam tadi, menggooglekan diri lepas letak minyak gamat ni, jumpa la tips nye. Danish senantiasalah menangis sejak dari kena. Letak minyak gamat pun dia masih nangis.

So, salah satu tipsnya ialah, letak kicap. Sebab ada 3 jenis kicap dekat rumah, masin, manis, lemak manis, Abe We bedal lemak manis la. Dalam tips tu tak cakap pun pakai jenis yang mana kan. So nenek danish dengan mama harraz pun berganding bahu mencurahkan kicap berulang kali dekat tangan danish.


Tapi, bila letak kicap ni, danish masih lagi nangis. Kurang sikit la dari awal. Nenek danish cakap dia pernah terbaca, kalau nak cepat kurangkan kesan melecur pakai satu benda ni. Tapi dia lupa apa bendanya.

Dalam masa danish kurang nangis tu, nenek danish pun capai handphone. Baru lah nenek danish ingat.

Pakai Tepung Gandum untuk rawat melecur. Betul!!! Cara ni berkesan. Tengoklah gambar bawah ni. Bukan setakat nangis hilang, di mainnya tepung tu.


Tengok. Tak nangis dah. Seronok dia main tepung. Masa tidur pun tangan tu tak basuh. Abe We biarkan aja. Nampaklah masa tidur tu danish keraskan tangan dia. Tidur pun selesa. Tak de nak ngamuk2.


Apa jadi esoknya? Sihatkah danish?

Tengok tangan dia ni. Still merah la. Tapi tak de melecur dan gelembung air.


Dan pagi ni.....

Tada.......

Boleh pegang rekoder lagi.


Gunakanlah Tepung tanpa was-was.......





Image and video hosting by TinyPic


You may also like

7 comments:

  1. Ya Allah.. Kesiannya.. Biasa la ank tgh membesar kan... Leka sikit... Habis la..

    ReplyDelete
  2. kicap tu hang buat berbuka pulop ke...

    ReplyDelete
  3. Allahhh... Sakitnyaa...danish kuat

    ReplyDelete
  4. adeshh sakitnya kena iron tu..kesian dia nasib dah okay..terima kasih share tips ni..

    ReplyDelete
  5. kesian Danish, alhamdulillah dah elok ye.. sok2 jangan main dekat2 seterika ye :)

    ReplyDelete