Resipi ikan yu





Resipi ikan yu

Seram pulak nak beli Ikan Yu

Ni lah first time Abe We jumpa ikan jaws aka ikan yu di jual dekat market. Kalau nak ikutkan hati, nak je beli.

Tapi, bila fikir-fikir, sambil membelek ikan tu, macam mana nak siang ikan ni? Da lah muka ganas, seram plak nak siang. Huhuuuuu....

Pada fikiran Abe We, kalau dia dah besor nanti dia makan kita, baik lah kita makan dia dulu sementara dia tengah kecik lagi ni. Kikikiiii

Setelah fikir-fikir tak jadi nak beli (walaupun nampak macam sedap di makan) Abe We pun membatalkan hasrat nak beli ikan jaws ni.

Lalu, sesampai di rumah, Abe We pun google kan diri mencari cara siang ikan jaws ni.

Cara menyiang ikan yu

Cara menyiang ikan yu ni Abe We ambil dari SINI

Cara untuk membuang kulit dan membersihkan ikan yu.

Letak ikan yu di dalam besen dan jurus ikan yu dengan air panas selama seminit.


buang air


lurut kulit yang kesat di bawah air paip


dah bersih


ikan yu dan isi anak ikan yu


***Anekdot
Ikan yu atau jerung ini nampak gagah, semua makhluk laut takut kepadanya tetapi jika terkena air panas sekitar tak sampai seminit, kulitnya telah mudah tertanggal dan jika direndam lebih lama isinya akan tertanggal - ingatkan gagah sangat! Ni ikan yu kecillah. He he he.

Tu cara siang ikan yu. Jom kita tengok resipi dia plak. Abe We sebenarnya teringin nak rasa sup ikan yu ni. Walaupun anak ikan yu, mungkin sedap maybe. Kan?

http://www.ecadwinkyasha.com/2012/06/resepi-sinagol-ikan-yu.html
http://izzahmansor.blogspot.com/2013/06/ikan-yu-masak-kicap.html
http://teratak-resepi-ummi.blogspot.com/2013/06/gulai-ikan-yu-dengan-terung.html
http://intaidapur.blogspot.com/2012/06/gulai-kuning-ikan-yu-dgn-kangkung-grg.html

Banyak juga resipi ikan yu ni. Di sebabkan jarang jumpa dan tak pernah masak, jadi kita pun tak tahu lah sangat kan.

Selain itu ada juga resipi semasa berpantang. Pantang apa? Pantang bersalin kot. Tak kan pantang jumpa plak kan?

Resepi berpantang


IKAN YU MASAK STIM

Bahan
1 ekor ikan Yu bersaiz sedang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 batang serai
2 sudu kecil lada hitam ditumbuk
Sedikit garam
Serbuk kunyit

Cara memasak
1. Ikan yu dipotong dan dibersihkan
2. Didihkan air panas kemudian masukkan ikan yu kedalam air mendidih dan kacau sekejap, lepas itu keluarkan dari air panas. Lalukan air paip ke badan ikan yu yang berpasir sehingga bersih.
3. Lumurkan ikan yu dengan garam, kunyit serta lada hitam dan sediakan bekas untuk mengukus.
4. Taburkan serai yang sudah diketuk atau dihiris bersama bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang ke atas ikan.
5. Kukus hingga masak.

Sedia dihidangkan bersama nasi panas.




Image and video hosting by TinyPic
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Ummul Azkee
AUTHOR
30 July 2015 at 16:39 delete

erkk..ngeri kot nk siang.mmg tak lah kalau ummul..suruh kedai siap potong..pernah gk mkn mak mertua beli mmg sedap isi dia wlpun ade perasaan pelik..hikhik..mak mertua kata elok sbg pengganti ubt cacing tuk anak2..

Reply
avatar
30 July 2015 at 17:04 delete

xtau plak elok untuk rawat cacing budak. saya pun seram nak siang....huhuhu....

Reply
avatar

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di ewentezahar@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.wayneharraz.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.