Raya dan minyak

Raya dan minyak

Raya dan minyak

Harga minyak naik lagi

Harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Rasanya semua orang berharap agar di hari raya yang mulia ini, harga minyak turun sedikit. Tapi malam tadi, sekali lagi di hampakan.

Manakala pagi tadi, Abe We dengar radio, sekali lagi di hampakan apabila kerajaan tak akan umum harga minyak lagi selepas ini. Nak tahu harga minyak, kena pergi stesen petrol. Hmmm... Tak boleh nak kata apa lah kan. 

foto kredit ke www.imoney.my
Hanya pada bulan Februari sahaja kita dapat menikmati harga minyak di bawah RM2.00. Bulan selainnya harga di atas RM2.

Kalau hari-hari biasa, masih larat lagi lah nak menampung duit minyak. Tapi kalau hari perayaan, nak berjalan sana sini, memang meningkat sekali ganda sekurang-kurangnya.

Kang kalau tak berjalan, tak raya namanya. Tak kan nak duduk rumah pula tengok tv je. Ye tak?

Raya oo raya...minyak oo minyak....



Image and video hosting by TinyPic

Share this:

Disqus Comments